Pages

Thursday 27 September 2012

Reminder - Peringatan

Assalamualaikum

What's up guys ?



Alhamdulillah I still can breath until now and thank you Allah for give me chance to live the life. In Sha Allah , this entry will tell you what actually mean by 'reminder' that I write before.

Reminder mean Peringatan..

Remind for who ?

Hah ! apa? tak faham bahasa Inggeris, Okey-okey saya akan tulis entry ini dalam bahasa melayu ye. hehe gurau saja. Sebenarnya saya sendiri tak hebat dalam penulisan bahasa inggeris. Sambung kay..

Peringatan untuk siapa ?

Korang ? pakcik makcik yang sudah berumur? pak mak mertua? pak guard? pak cik kantin ? anak ikan? anak jiran rumah sebelah? 

bukan! tapii..

Peringatan untuk diri saya sendiri .

I'm sinner and I still do sin. So saya buat entry ini untuk mengingatkan saya agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. The title "Reminder". I think you guys should read . hehe

Nabi SAW pernah berkata "Setiap anak cucu adam tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat pada Allah"


" I'm sorry , I can't understand what you try to said?" orang amerika

"Sorry dude, let's me translate for you ." 


Our prophet SAW say " Every son of Adam will not escape from do sin, but the best of sinner are those who repent to Allah"


pakcik google tolong translate kan, kalau salah? tolong betulkan.


Nabi SAW ada kata lagi "umat yang bijak tidak akan jatuh pada lubang yang sama dua kali".


"Dude ?" orang german.

"What !! Don't be lazy, ask Uncle Google?" . jawab saya.


boleh kita teruskan, ada je orang nak bertanya . haih~ :D

Kalau boleh saya tak nak melakukan kesalahan yang sama berulang kali, mungkin dengan ada nya entry "Reminder" dapat mengingatkan saya yang serba kekurangan ni.

Dengan adanya entry "Reminder" juga, saya harap ada kawan-kawan saya sekarang dapat tegur saya jika saya ada melakukan kesalahan. Boleh ye kengkawan? Okey, terima kasih.

Saya tidak mengharap gunung yang tinggi tunduk pada saya tetapi saya berharap boleh mendaki gunung yang tinggi melihat kebesaran Sang Pencipta dan saya hanya tunduk kepadaNYA.

"O ALLAH"

"I swear there is no God except Allah , and I swear that Muhammad as his messenger "


"Kata hati merayu aku pergi..."
Haha done for today, (menguap) mengantuk. Selamat Malam. Jazak Allah Khair




Da'wah Project- Let's Spread the Message by AsyrafMuda



Reminder : Teka-Teki ??? (Siap Jawapan)


Aku ada satu teka-teki..

Semua orang ada,
Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering...

apakah itu?

Jawapannya adalah Do'a.

Do'a merupakan senjata umat Islam, dikala kamu sedang bersedih maka berdo'a lah kepadaNYA memohon bantuan.

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat ke-4 :
"Kepada DIA kita sembah dan kepada DIA juga kita memohon bantuan."

:D peace





p/s : Saya tanya saya jawab, dah biasa , jangan tanya kenapa? hehe. 

Let's Spread The Message.


Wednesday 26 September 2012

Pengertian Ilmu Dalam Islam

Assalamualaikum




Tuntutlah Ilmu

Prof Dr Syed Naquib Alattas telah mendefinisikan ilmu sebagai ketibaaan makna dalam diri seseorangan yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi.

Secara ringkasnya :

Pengertian ilmu :-

 Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.

 Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

                             Perbezaan pengertian Ilmu antara Islam dan Barat

Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain diluar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara auti matrik ajaran agma terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam mengabungkan agama dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam islam malah  agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antarnya Al-quran, Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain.Ilmu merupakan teras dalam sistem pendidikan islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturnkan kepada nabi Muhammad saw.


 Ayat Al-Quran dan Hadith-hadith mengenai Ilmu .

Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan melalui beberapa firmanNya :
  •   Diangkat darjatnya:

Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11 
  •  Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia: 

“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” Surah al Zumar:9
  •  Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan ALLAH swt dan Rasul-NYA 

Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu” Surah al-Fathir:28

  
Antara hadith yang menekankan kewajipan agar umat islam untuk menuntut ilmu :

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
          “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud
          “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
            “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam
                                
                                                         
Ayat Al-Quran dan Hadith yang menerangkan tentang kelebihan orang yang berilmu :

 Rasulullah saw bersabda:
   “Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik dari kamu solat sunat 100 rakaat

Sabda rasulullah yang bermaksud:
  “Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adlah pertanyaan, dari itu bertanyalah! Sesungguhnya setiap kali ada yang bertnya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar yang mengintai mereka
                                                               
Daripda Abu hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda:
    “Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan badi orang itu   kerana ilmu adalah jalan menuju ke syurga.”ang berilmu dengan beberapa darjat.”

Firman Allah dalam surah al mujahadah :11
    “Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.


Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan hadith yang menunjukkan ketinggian ilmu dan orang yang berilmu. Ini bererti Allah amat bersungguh-sungguh meninggikan darjat orang yang berilmu. Manakala dalam kalangan manusia pula orang berilmu akan dipandang tinggi dan ditinggikan kedudukannya.

Mengenai keutamaan menuntut ilmu, Rasulullah saw ada menyatakan:
“Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi,  mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak.
Hadith riwayat Abu daud, tirmizi dan ibnu hibban

Maka jelaslah apa yang dikatakan oleh Sayidina Ali ra kepada Kamil bin Ziyad:
Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”

“Imam Mazhab” iaitu Imam Syafie katanya “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.”

Ini sejajar dengan penurunan suruh al-Alaq sebagai perintah kepada manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw yang bermaksud “Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai(tiga golongan yg tersebut) dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa” –Riwayat al-Bazzar. 

Imam Al-Ghazali dalam ‘Al-Iqtisad Fi Al-I’tiqad’ menulis, “Perumpamaan akal adalah laksana penglihatan yang sempurna dan tidak cacat. Sedangkan perumpaamaan al-Quran adalah seperti matahari yang cahayanya tersebar merata, hingga memberi kemudahan bagi para pencari petunjuk.”

Imam Hasan Al-banna pula berkata, “Mencintai dan memuji orang soleh kerana amal perbuatan mereka yang baik, dapat mendekatkan diri kepada ALLAH swt .”

Fatah al-Maushili rahimahullah menjelaskan, “Bukankah si pesakit itu apabila tidak diberikan ubat, dia kan mati!” Orang ramai menjawab, “Benar katamu!” Fatah al-Maushili berkata lagi, “Demikian pulanya sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”

Kata-kata nasihat seorang pujangga Muadz bin Jabal Radhiiyyallahu anhu
Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya sebab ALLAH adalah kasyah. Menuntutnya adalah ibadat, mempelajarinya adalah tasbih dan mencarinya adalah jihad. Mengajarnya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah dan menyerahnya kepada ahlinya adalah taqarrub. Sesungguhnya, ilmu adalah teman dekat dalam bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”


Perintah Iqra’

 











Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umunya ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

·         Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah swt kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia. Tidak dapat dinafikan bahawa wahyu adalah sumber pengetahuan yang penting yang telah disampaikan Allah kepada manusia sama ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad saw atau para nabi terdahulu. Wahyu juga teras kepada segala ilmu kerana didalam al Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia.

·         Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga merupakan ilmu pengetahuan yang utamadan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul . Kesemua pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.

·         Akal
Beza antara manusia dengan haiwan adalah akal yang mana Allah berikan hanya kepada manusia untuk berfikir secara kreatif. Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia, dengan akal juga manusia dapat membezakan antara baik dan buruk. Firman Allah dalam kitab yang paling suci dan dalil dalil hadith banyak mencerita kepentingan mencari ilmu supaya manusia sentiasa berfikir kearah kebaikan dan tidak terpesong dari akidah islam. Sabda Rasulullah “Selagi mana kamu berpegang pada Al-Quran dan hadith, maka kamu tidak akan sesat”.

·         Intuisi atau Ilham
Dalam islam ilham ini boleh dikenali sebagai “firasat” yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya, kita mempunyai masalah, secara tiba-tiba ada jalan penyelesaian kepada masalah kita setelah kita berusaha mencari jalan penyelesaian.


Kesimpulannya

Pujangga Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.”

Abdulullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia menuntut ilmu.”

Akhir kata, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegas dalam al-Quran dan hadith. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Walau bagaimanapun, ilmu yang perlu didalami sebelum yang lain adalah ilmu Fardhu Ain. Ilmu ini termasuklah tentang solat, berpuasa dan ia juga merangkumi asas ilmu tauhid dan sifat mahmudah dan mazmumah.

Selain itu, dalam islam mengalakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardhu Kifayah iaitu ilmu duniawi seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Di samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang berguna dan mampu membina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Al khawarizmi dan lain-lain.

Kata Imam Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tiada batas.”


Rujukan

1.    Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikirang Islam
2.    Anakku.. HIDUP SEKALI BIAR BERERTIT
3.    30 Wasiat IMAM SYAFIE
  
  "Ilmu itu Pelita Kehidupan"

Tuesday 25 September 2012

Reminder : Sembang Kahwin Muda


Memang best sembang-sembang, cerita-cerita pasal kahwin muda, dan aku juga diantara yang berminat . hehe tapi .. kene ingat ! kahwin bukan permainan yang mana nanti bila sudah kahwin boleh main cerai2. Kahwin adalah ikatan suci dan merupakan suatu kesempurnaan dalam hidup berteman. Kahwin adalah tanggungjawab, kalau tiada tanggungjawab tok sah la pikir pasal kahwin muda. Begitu juga dengan cinta, cinta adalah tanggungjawab. tanggungjawab pasal agama paling penting. Kerana agama, kita bercinta. kerana agama kita berkahwin. Agama ALLAH . 

Kalau anda sudah bersedia untuk bercinta maka bersedialah untuk bertanggungjawab. Tanggung 'dosa' dan Jawab la sendiri dengan Allah diAkhirat kelak. 



Reminder : Fail in University you can repeat but AKHIRAH ? NO way..


Fail in University, don't worry we still can repeat paper, but when we fail in Akhirah. So sorry, there are no chance to repeat again. Tingkatkan amal ibadah sebelum kita disahut seruan Illahi . InsyaAllah

Allah doesn't look what you get but Allah look what you effort. Effort to Jannah .


Saturday 22 September 2012

Sketsa Pendek : Gay...







Selesai solat di masjid , aku naik bilik . Sampai saja , aku terus dipeluk dan dicium oleh kawan aku . Apa lagi , aku terus mengelak. Agaknya kalau ada pisau dah lama aku bunuh dia. Terkejut dibuatnya , walaupun dia cuma main-main saja . Yang bab cium tu aku sempat mengelak , kalau tak.... 

aku      : Kau kenapa doh ?


kawan : Biarlah, Okelah tu aku pegang kau dari aku pegan
g perempuan.

aku      : pergh tak boleh blaa. 



dia nak pegang aku, aku jerit . "HOIII GAY" .


aku      : Okey apanyaa , lelaki pegang lelaki dengan bernafsu lagi teruk dari pegang perempuan.


kawan : apasal pulak , pegang lelaki kan tak dosa .

aku      : memang tak berdosa kalau tak bernafsu.

kawan : ada hadith kata pegang perempuan berdosa, pasal lelaki takde pulak?

aku      : ehh! pandai pulak keluarkan hadith, sapa kata takde. nabi kata siapa yang suka lelaki sama lelaki , dia bukan dari kalangan umat ku .

aku sambung lagi...

aku      : pegang perempuan berdosa , kalau dia insaf. insyaAllah Allah ampunkan tapi kalau gay , Nabi laknat Allah pun laknat . acaner tuh ? semua dah ada dalam alquran dan hadis. Kisah-kisah mereka terdahulu .

kawan  : *******




Pengaran disini : Bukan nak kata pegang perempuan boleh , tak boleh! sabda nabi SAW "lebih baik ditusuk besi dikepala daripada sentuh wanita bukan mahram" , ada lagi "pegang prempuan tanpa sebab, nanti kat akhirat sana Allah bakar badannya sampai hangus" . Cuma nak kata JANGAN jadi GAY . Allah laknat Nabi Saw pun Laknat . Tapi ingat Lelaki lembut bukan Gay , itu sifat mereka . Nabi Saw juga seorang yang sifatnya lembut , baik And PERFECT . Peace :D



Ini hanyalah sketsa rekaan, tiada kaitan mereka yang masih hidup ataupun sudah mati. Sketsa pendek ini mungkin ada sedikit pengajaran buat kita. InsyaAllah kita dapat jauhi daripada fitnah manusia pada abad ini. Terima kasih kerana sudi membaca .


Thursday 20 September 2012

Reminder : Kalau nak Allah tolong kita, Kita kene tolong Allah ..

Assalamualaikum

Teringat saya pada kata-kata Syed Abdul Kadir Al-Jofree , jika jiwa kita kecil , masalah kecil pun nampak besar . So besarkan jiwa kita dengan zikir kepada Allah .

Katanya lagi, " kalau nak Allah tolong kita, kita kene tolong Allah. Tolong macam mana? bukan dengan beri rezeki dekat orang. itu kerja DIA , tetapi dengan melakukan apa yang diperintah. Percayalah Kalau Allah nak tolong, tiada apa dapat menghalang termasuklah manusia, jin, syaitan dan sakit ."

Monday 10 September 2012

Reminder : Berubah Kerana ALLAH Bukan kerana Manusia

Assalamualaikum

"Ehh dia dah jadi baik laa, tak sangka. dulu bukan sial lagi perangai dia " . Contoh . itulah perubahan, dimata manusia dan masyarakat tetapi yang penting disisi Allah. perubahan kearah kebaikan . Alhamdulillah . Saya teringat pesanan sahabat lama , "kalau berubah kerana ingin dilihat oleh manusia maka prubahan itu tidak akan kekal tetapi jika berubah kerana Allah , insyaAllah kita akan dapat merasai nikmat perubahan itu dan akan kekal selama mana kita taat pada dia yang satu " .


Reminder : Saya Orang Muda , Pilihan Saya .


Nasihat ibu bapa berdasarkan pengalaman , Fikiran orang muda seperti saya hanya berdasarkan teori dan harapan. So tak salah buka pintu hati kita mendengar nasihat mereka. Tetapi kalau bab memilih pasangan sehidup semati , berilah kami membuat keputusan siapa bakal zauj dan zaujan yee. peace :D

Reminder : You Can Do It AsyrafMuda

Assalamualaikum

Saya tak salahkan sesiapa, salah saya jugak sebab tidak berusaha. Betul kata orang, hidup berlandaskan alasan punca kegagalan . Insya-Allah saya akan berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang saya inginkan dan saya yakin Allah ada bersama orang beriman . 



Reminder : Cinta itu BUTA kalau Hati BUTA pada Allah

Assalamualaikum

Pernah tak dengar orang kata cinta itu buta? kenapa ? Cinta itu buta jika hati kita buta pada Allah S.W.T . bak kata pepatah "biar buta mata, jangan buta hati."



Thursday 6 September 2012

Petua IMAM HEBAT .

Assalamualaikum



Imam Syafie merupakan antara 4 Imam mazhab yang paling berpengaruh terutama dinegara kita, Malaysia. Kehebatannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana beliau sememangnya antara imam yang hebat . For those who don't know about this men, is much better you know. For who already know this men , Beliau tersangatlah Awesome kalau kita baca his life story. Lagipun, kita sekarang (Malaysia) mengikut mazhabnya, so lebih elok kita mengetahui mengenainya.  Mazhab Imam Syafie , Muhammad bin Idris Al-Syafie.




Petua IMAM SYAFIE



4 perkara yang menajamkan fikiran
- Bercakap dengan orang soleh
- Tidak banyak berbual kosong
- Bergaul dengan para ulama'
- Rajin bersugi (gosok gigi)

4 Perkara yang menajamkan mata
- Duduk mengahdap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang yang hijau
- Berpakaian bersih

4 Perkara yang menguatkan badan
- Berpakaian dari kapas
- Memakai haruman
- Makan daging
- Kerap mandi

4 Perkara yang merosakan mata
- Melihat orang dibunuh
- Membelakangi kiblat
- Memandang najis
- Melihat kemaluan

4 perkara yang melemahkan badan
- Banyak minum ketika makan
- Banyak makan bahan masam
- Banyak bersentuhan
- Selalu cemas .



That's all for this entry , insyaAllah there will have new entry for you guys . JazakaAllah . 



Jawapan Ringkas bagi Soalan "Kau ada awek?" - AsyrafMuda

Assalamualaikum . 


Saya pernah ditanya oleh beberapa sahabat . Dibawah adalah sembang saya bersama mereka, dan jawapan saya kepada soalan yang ditanya . Setiap soalan pasti ada jawapan dan jawapan terletak pada hati kita . For readers, selamat membaca .  Mungkin ada antara kita pernah ditanya soalan ini , so mungkin ini juga boleh menjadi jawapan anda . 


Habis kelas agama, disapa seorang sahabat dari belakang. Dia bertanya

sahabat : kau dah ada awek ?

saya : belum . 

sahabat : yeke. kau tak payah nak membongak(menipu)

saya : Ya Allah , betullah . 

sahabat : kenapa pulak?

saya : Emm sebabnyaa.. aku tak nak memulakan hubungan aku dengan orang yang aku sayang dengan permulaan yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin aku gembira dengan si 'dia' dan pada masa yang sama Allah murka padaku .

saya : Lagipun ada awek nih tak best, tak boleh pegang-pegang. HARAM. sekali pegang Allah janji kat akhirat bakar hangus badan kita. Aduhai. Better kahwin kan, boleh pegang-pegang, ehh lebih dari tuh pun boleh.

saya : kalau aku couple sekarang, mana manisnya hubungan selepas perkahwinan nanti kan.

saya : kalau betul aku nak buktikan cinta aku padanya , bukan dengan ber'couple' tetapi merisik . itu baru bukti cinta! hehe

saya : kalau 'dia' cinta aku, dia akan menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. Jika dia boleh setia dengan Allah, aku yakin dia pasti setia dengan aku.

saya : InsyaAllah bila aku jumpa dengan si 'dia' , aku pergi dekat dia dan cuba mengorat. Ehh ngorat? Boleh ke? hehe boleh saja . Well, dalam islam kita ada sesi ta'aruf iaitu sesi perkenalan. Tak kenal maka ta'aruf , maka berkenallah. Yang penting PANDAI jaga batas pergaulan. hehe kang tak pasal2 kene fitnah kan susah, almaklumlah mulut orang melayu. haha maaf tapi realiti .

saya : Jika kita benar cintakan dia, cintailah Allah dulu. tunaikanlah perintahnya dan tinggalkan larangannya. Kalau yang simple pun tak dapat buat, tok sah pikir kahwin ye. Nanti tok imam pulak yang kahwin dengan bakal bini . haha

saya : Jika ditanya siapakah anda lebih mencintai adakah Allah atau 'dia' maka jawablah "aku mencintaimu kerana cintaku pada Allah" . konfem cair .

saya : Kepada #futurewife "Saya mungkin bukan yang terbaik tetapi insyaAllah saya cuba jadi terbaik untukmu".


The END. 



Thanks for reading .