Pages

Sunday 30 March 2014

PUISI CINTA


 "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ."


-Buya Hamka 


Semasa dalam forum Pedagogi Cinta. 

Saturday 15 March 2014

Buku yang perlukan Pembaca

 oh ya!

Awal semester lepas, aku dan kawan-kawan merancang ingin membuka perpustakaan terbuka disekitar dalam UiTM Pahang. Lebih kurang sama macam event buku jalanan, idea ni pun tercetusnya bila aku nampak aktifnya budaya membaca semasa berada disana termasuk budaya intelektual diskusi.

Aku mula kumpul buku dan mengutip sumbangan buku-buku dari kawan dan pensyarah disini. Tak banyak pun dapat, mungkin kurang publisiti dan tarikan. akan cuba lagi untuk semester depan. 

Ini antara buku yang aku beli dan sumbangan yang perlukan pembaca setia;



1. Teologi Islam ; Harun Nasution
2. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
3. (New) Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Ust Dr Zulkifli
4. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
5. Kebangkitan Al-Islam ; Dr Ir Hidajat Nataatmadja
6. Haji ; Dr Ali Shariati
7. Sun Tzu Art of War 
8. Motivasi Gaya Rasulullah


Buku-Buku yang perlukan pembaca;


1. Menyelami Pengurusan, Umar Abdul Aziz ; Prof Madya Rasid
2. Ini Bukan Klise'Himpunan Analisa Terpilih Seorang Aktivis ; Amin Iskandar
3. Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Dr Zulkifli Al Bakri
4. Kopiah ; Lejen Press
5. Cinta Ahmad Mutawakkil
6. SARAB, Antologi Cerpen Moden Syria
7. ABABIL ; Mariam Omar
8. Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trostsky Kamu Semua ; Lucius Maximus
9. Bercakap dengan Jun ; Hasrul Razman
10. Bukan Kitab Rumi 'Dapatkan EX Kembali' ; Rumi


11. Motivasi Gaya Rasulullah ; Mohd Khairul Nizam
12. Falsafah Kalam diEra Postmodernisme ; Prof Dr M Amin Abdullah
13. Teologi Islam ; Harun Nasution
14. Ayyuhal Walad ; Al Imam Hujjatul Islam, Imam AlGhazali
15. Haji ; Dr Ali Shariati
16. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
17. Biblioholisme ; Shaharom TM Sulaiman
18. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
19. Sun Tzu Art of War

aku tahu ada yang menarik bukan? ada buku yang kau nak baca kan?

Sapa nak pinjam boleh, tapi hanya dalam lingkungan daerah jengka saja. yang jauh, harap maaflah, aku bukan penjual buku. aku cuma inginkan budaya membaca itu merebak terutamanya dalam kalangan mahasiswa UiTM Pahang. kenapa? kerana aku belajaq kat sana. kahkahkah

kepada kawan-kawan yang nak sumbangkan buku sangat dialu-alukan, boleh email kepada aku terus , flashar1022@gmail.com . tak pun pi twitter aku, asyraf muda. 

Sekian saja . Buku yang perlukan pembaca.


p/s: ke kita boleh bergabung sekali dengan buku jalanan kuantan dan temerloh!