Thursday, 30 August 2012
Reminder : Taqabbalallahu minna wa minkum
Ramadan atau tidak , kita tetap melakukan kesilapan. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan tetapi sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan adalah bertaubat kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum . Semoga amalan kita dan saya diterima Allah . Selamat Hari Raya . Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga.
Reminder : Jatuh Hati ...
"Apa yang membuatkan kau jatuh hati dengan dia?" "kerana agama padanya, bukan kerana rupa paras dan hartanya. kalau dia boleh setia dengan Allah , saya yakin dia pasti setia untuk saya ."
#cinta manusia mati , cinta Allah kekal abadi .
Friday, 17 August 2012
Biar Oh My English.. Jangan Oh My Tajwid !
Assalamualaikum .
Mari Belajar Tajwid . Mungkin ada antara kita yang terlupa bacaan-bacaan yang betul termasuklah saya . Okey ini sedikit info pasal tajwid yang mana perlu berhenti yang mana perlu teruskan bacaan .
Biar Broken English.. jangan Broken Tajwid ..
Biar Oh My English.. jangan Oh My Tajwid ! hehee :D
p/s : Jangan bimbang tak reti speaking english tapi bimbanglah kalau tak reti bahasa arab ,kerana bahasa arab adalah bahasa syurga .
Thursday, 16 August 2012
Malam Pertama Perkahwinan
JUST MARRIED
Malam pertama perkahwinan . si isteri tanya pada suami tersayang sambil berpegangan tangan..
"Abang, boleh tak janji dengan ayang yang abang tak cintakan orang lain."
jawab si suami dengan suara lembut ...
"Maaf , abang tak boleh janji , mungkin suatu hari nanti hati abang akan cinta orang lain ..."
mimik muka si isteri berubah. si suami terus kan...
"Dan orang itu akan panggil awak "umii"."
balas si isteri ..
"Abang.. , jom masuk tidur."
hehehe. The END .
Our prophet Muhammad S.A.W say
"When a man marries, he indeed perfects half of his religion. Then he should fear Allah for the remaining half." (Bukhari)
"Marriage is my Sunnah, whoever disregards my (sunnah) path is not from among us". (ibn Majah)
"Whoever is able to marry, should marry". (Bukhari)
Wallahu 'alam...
Yeah i think we should get married . hehe Insya Allah saya tak lama lagi . Doakan kebahagian kami, ehh !! ecehhh gurau saja. Akhir lafaz , Assalamualaikum akhi ukthi .
Monday, 13 August 2012
Qiamuallail – The last 10 days of Ramadan
Assalamualaikum
Selamat Datang ke Fasa Terakhir iaitu 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan. Ini sedikit info mengenai malam lailaturqadar dan amalan-amalan yang boleh kita amalkan. Insya Allah, bagi para pemburu lailaturqadar maka teruskan, perjuangan anda tidak sia-sia disisi Allah.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH
MUKMIN
10 akhir
Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan
dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang
ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam
Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana
yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya
firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah
yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih
baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan
keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga
terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar
mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang
lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan
sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang
lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk
berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu
Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang
lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang
Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka
sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan
mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t.
menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al
Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa
yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat
gembira.
Daripada ayat
di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah
pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan
lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah
s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja
tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah
r.a.
Maksudnya:
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat
kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk
sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan
ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam
Lailatulqadar
Kerana
mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia
menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan
ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a.
Maksudnya:
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang
dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat
Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah
s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar
terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di
Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar
yang mulia.
Ini
diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding
dengan masa yang lain."
Dalam hadis
yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada
malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam
yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan
Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa
malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam
21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis
yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang
sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan
menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27
Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang
lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya
bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah
s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada
Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan
akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan
menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut
diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang
diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya:
"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya
mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada
saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya:
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf
hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga
beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti
membaca doa
Orang yang
beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan
telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud
pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam
Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam
hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati
malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah
diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar
hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus
beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala
larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulama
r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam
Lailatulqadar:
- Ada yang
berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang
benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari
r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak
semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau
mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Kata seorang sheikh "Janganlah kejar sesuatu yang lepas yang mana kamu tidak dapat mencapainya lagi tetapi kejarlah sesuatu yang masih berada dihadapan dan capailah sebanyak mungkin kamu inginkan". Marilah kita menjadi Para Pemburu Lailaturqadar(PPL).
Antara amalan yang kita boleh amalkan semasa berqiam(Qiamullail) :-
- Pertamanya, Mulakan dengan niat, seperti yang kita tahu niat melambangkan amalan. Setiap amalan bermula dengan niat.
- Bersihkan diri dan bersiap sedia untuk menghadap Allah swt.
- Kalau boleh pergi ke masjid terdekat agar lebih dekat kita dengan Allah dirumahnya sendiri. Tak salah pun dirumah tapi nabi Muhammad Saw sanggup beriktikaf di masjid dan nabi Saw tak pernah tinggal beriktikaf pada 10 malam terakhir, tidakkah kita ingin mencontohi baginda.
- Dirikan solat malam seperti solat tahajud, taubat, hajat. tasbih dan witir dan lain-lain.
- Berdoalah pada Allah dengan bersungguh dengan doa yang nabi Saw beritahu pada aisyah iaitu “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pengampun dan ampunilah dosaku.”
- Basahilah lidah kita dengan zikrullah dan membaca kalam Allah iaitu Quran.
Kalau
diikutkan banyak lagi amalan-amalan para sahabat, ulama semasa berqiam tetapi
ini cuma sebahagian saja, Cuma berkongsi apa yang saya tahu kepada semua
readers , Insya Allah kita boleh bersama-sama pratikkan . Ustaz saya kata, fasa terakhir fadhilatnya pembebasan dari api neraka. Wallahu a'lam .
Jika anda masih kurang memahami, Alhamdulillah ini video kedua saya yang mana menunjukkan amalan semasa berqiam. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada diri ini yang masih perlu banyak mempelajari ilmu agama.
Qiamuallail- The last 10 days of Ramadan
p/s Masih banyak kekurangan, Insya allah saya cuba perbaiki dari masa ke semasa. Syukran, jazaka Allah for watching .
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa. Selamat Memburu Lailaturqadar . Allahu Akhbar .
Saturday, 11 August 2012
Disebabkan dia ! aku tak khusyuk ...
Assalamualaikum
Azan
isyak berkumandang. Iqamat dilaungkan . Imam mengangkat takbir , diikuti oleh puluhan
makmum. Menghadap dia yang ESA.
Aku
budak biasa. Iman tak kuat. Cepat terganggu ,kekadang fikiran melayang ketika
berhadapan dengan Allah. Malu rasanya..
Dan…
Aku
perlukan ketenangan dan kesunyian apabila solat. Ya, aku perlukan kekhusyukkan.
Al-fatihah
dibaca oleh imam, selesai bacaan pembuka diteruskan lagi dengan bacaan surah.
Sebagai makmum, setelah imam selesai membaca al-fatihah, kita yang makmum perlu
baca al-fatihah pula . para ulama bersepakat “tidak sah solat bagi seorang mukmin tanpa membaca alfatihah” .
al-fatihah itu sendiri maknanya pembuka.
Aku
membaca al-fatihah dengan suara yang perlahan, makmum sebelah kuatkan
bacaannya. Aku hilang kekhusyukan . Aku hilang tumpuan. Contohnya, apabila kita
tengah menghafal sesuatu tetiba ada kawan kita kacau, tumpuan kita akan terganggu bukan?. Begitulah
yang berlaku pada aku.
Aku
kuatkan iman, teruskan mencari kekhusyukan yang hilang . Akhirnya aku hanya
dapat berserah pada Allah agar terima solat aku.
Imam
memberi salam. Aku menyapu muka . Alhamdulillah, selesai satu kewajipan untuk
hari ini.
Jabat
tangan dengan makmum sebelah, aku pandang tepat pada matanya…
Dia
teruskan dengan solat sunat rawatib iaitu solat sunat selepas isyak. Aku pun
mengambil kesempatan yang ada untuk solat hajat. Hajat ingin menegurnya,
biarlah khusyuk itu hilang pada aku, jangan dibiar terus menerus hingga makmum
lain menjadi mangsa.
MAAF!
Aku tidak kata kuatkan bacaan itu salah cumaaa.. Apakata kamu ikuti perbualan
aku dengan dia .
Aku
: Assalamualaikum Sahabat . *bersalaman
Amir : Waalaikumussalam .
Aku : Sapa nama?
Amir : Amir . awak ?
Aku
: tak payahlah berawak-awak . aku kau sudah. Nama aku Johan .
Amir : Oo! johan.
Aku : Maaflah tetiba tegur kan. Kau
busy ke?
Amir : ehh tak laa. Ada apa?
Aku : oh begini, tadi kita solat
bersebelahan kan. Bukan apa, aku nak tegur sikit kalau boleh perlahan kan sikit
bacaan kita ketika solat. Contohnya , semasa kau baca alfatihah.
Amir : kenapa dengan bacaan saya ?
Aku : eh tiada salahnya. Cuma kalau
boleh perlahankan sikit bacaan kau .
Amir : Ooo.. tak boleh ke?
Aku : Bukan tak boleh, tapi bila kita
solat berjemaah. Kita mesti menghormati Jemaah lain. Mereka yang lain juga
mengejar kekhusyukan seperti kau.
Amir menganguk kepalanya seakan
memahami apa yang aku cuba terangkan. Aku terus kan.
Aku : Kita solat untuk apa?
Amir : untuk mendapatkan keredhaan
Allah.
Aku : Bagaimana solat yang dituntut
oleh Allah?
Amir : khusyuk dalam solat.
Aku :
Khusyuk ?
Amir : yang menetapkan hatinya hanya pada
Allah tanpa memikirkan hal dunia .
Aku : Suasana khusyuk ?
Amir : tenang, sunyi dan yang paling penting tiada gangguan . kalau
ada gangguan pasti hilang kekhusyukan dalam solat .
Aku : gangguan yang macam mana ye?
Amir : sebagai contoh bunyi bising
semasa solat .
Aku : Apa hukum orang yang menganggu
orang lain yang tengah solat ?
Amir : Setahu saya, hukumnya haram,
dan berdosa.
Aku : kamu bayangkan, Kalau kita
kuatkan bacaan semasa solat, tidakkah menganggu Jemaah sebelah yang sedang
mencari kekhusyukan.
Amir : haih macam perli saya je bang .
Aku : Mana ada, teguran. Okey ,
beginilah ye, mungkin bila kita menguatkan bacaan dalam solat akan timbul
kekhusyukan tetaapii… adakah kita ingin mendapatkan keredhaan Allah dengan
perbuatan yang dimurkai oleh Allah? iaitu dengan menganggu mereka yang juga
mencari keredhaan Allah . Ingat pesan nabi saw “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia
yang lain.”
Amir : oh begitu …
Aku : Pasal menguatkan bacaan dalam
solat itu tak salah cumaaa.. hormatlah Jemaah yang lain. Boleh saja kalau kau
nak baca kuat-kuat dalam solat tapi biarlah solat berseorangan bukan berjemaah.
Lagi satu, jangan kau solat dalam masjid sorang-sorang pastuh baca kuat-kuat
sudah, kang tak pasal-pasal kene cop gila . hehee gurau saja.
Aku
akhiri perbualan aku dengan ucapan salam. Assalamualaikum
So agak-agak kita yang mana? tepuk dada tanya iman . Wallahu 'alam
So agak-agak kita yang mana? tepuk dada tanya iman . Wallahu 'alam

Banyak
lagi cara untuk khusyuk dalam solat selain dengan bacaan yang kuat. Insya Allah
aku akan updates entry aku mengenai khusyuk dalam solat. Akhir kata, thanks for reading.
Thursday, 9 August 2012
My First Video for My Blog ..
lalala...
Blog + Video = Vlog .
Assalamualaikum
"Kesilapan dan kesalahan bukan beerti gagal! tapi tapi.. ia adalah permulaan mencipta kejayaan. Yakinlah pada DIA , mohonlah kepada-NYA agar dapat membuka hati kita mencari cahaya Illahi mencari cahaya kejayaan"
Thats all from me . wish me luck for listening test . Assalamualaikum !
p/s : Wuhuuuu .... akhirnya, dapat jugak buat video. haha maybe ada kekurangan or banyak kekurangan . just testing saja . Enjoy . Insya Allah jika terdetik hati nak buat video lagi, aku akan update lagi . credit to my roomate, shaz and my friends yang support aku . Thanks beb .
Blog + Video = Vlog .
Assalamualaikum
Hai Whats' up ?
This is my first video specially i create for my blog. Yeah ! for my own blog. Just for fun dan ini juga cara aku mengisi masa lapang kat universiti daripada buat perkara yang tak berfaedah. As fact, aku tak tahu nak kata apa, *malu cuma.. selamat menonton. Kalau ada tersilap , tegurlah dan aku susun sepuluh jari memohon seribu kemaafan . Thanks for watching guys ! this is from me , Asyrafmuda . Enjoy !
"Kesilapan dan kesalahan bukan beerti gagal! tapi tapi.. ia adalah permulaan mencipta kejayaan. Yakinlah pada DIA , mohonlah kepada-NYA agar dapat membuka hati kita mencari cahaya Illahi mencari cahaya kejayaan"
Thats all from me . wish me luck for listening test . Assalamualaikum !
p/s : Wuhuuuu .... akhirnya, dapat jugak buat video. haha maybe ada kekurangan or banyak kekurangan . just testing saja . Enjoy . Insya Allah jika terdetik hati nak buat video lagi, aku akan update lagi . credit to my roomate, shaz and my friends yang support aku . Thanks beb .
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)