Pages

Showing posts with label Kau MakmumKu dan Aku ImamMu. Show all posts
Showing posts with label Kau MakmumKu dan Aku ImamMu. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 4]



Aku Terima Nikahnya.

Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.

Ashraf kaku berbaju melayu bersampin siap keris dicelah pinggang mengenggam erat tangan tok kadi dan melafaz dengan sekali lafaz;

“Aku terima nikahnya NurFarysa binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…”

Tok kadi memanding saksi kiri dan kanan.

“Sah..”
“Sah..”
“Sah..”

“Alhamdulillah..” 

Selanjutnya, bacaan doa oleh tok kadi. dan

Ashraf yang tadi gugup terus menghembus nafas lega dan bersyukur.
Farysa pula berlinang air matanya.

Kedua-dua pasangan itu memanjatkan syukur pada illahi, tuhan yang telah menyatukan mereka bersama (ijab qabul). Barakah Allahu Lakuma wa Barakah. Ameen.

Friday, 9 November 2012

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 3]


 Keputusan : Kahwin Muda..



  Setelah mereka berbincang, akhirnya mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga masing-masing. Walaupun terlalu awal bagi mereka tetapi sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku lebih baik mereka bersatu. Ada yang memberi cadangan supaya tidak perlu terburu-buru, ada juga yang menyokong mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka terlibat dengan dosa zina, zina mata , zina mulut dan termasuk zina hati. Jika ia berterusan, mereka akan mencipta kasih dineraka Jahanam. Ashraf - dua kali solat ikhtikarah menyata hasratnya untuk menjadikan farysa sebagai teman hidupnya. Satu sebelum membuat keputusan dan kali kedua semasa memberi keputusan.

Alhamdulillah mereka tekad, mereka yakin bahawa Allah ciptakan mereka untuk bersama. Terbukti apabila Ashraf dalam sujudnya ternampak bayangan dia, farysa dan anaknya sedang bermain diruang tamu rumahnya. Hubungan yang indah adalah hubungan yang rapat pada Allah. Yang menjadikan Allah sebagai khalik untuk mereka terus bersama. Mereka bercinta kerana Cintakan Allah. Jika hilangnya cinta pada Allah, maka hilanglah cinta mereka. Cinta itu sungguh Indah.

Keputusan telah dibuat setelah memohon pertolongan Allah, pendapat sahabat karib, dan juga pandangan beberapa ustaz dan ustazah. Dan “Aku terima Nikahnya”…


*****

Sebuah rumah teres dua tingkat berdepan dengan jalan raya, mereka tinggal bersama. Hidup sederhana, tetapi cinta mereka terus mekar setiap kali mereka bertentang mata.. Indahnya Hidup bercinta. Indahnya Hidup bersyariat.

Farysa : Abang! ini kopi yang abang minta?

Asyraf : Allah *menyapu muka

Farysa : Aih bang, termenung jauh nampak?

Ashraf : takdelah sayang..

Cinta itu bermula dengan senyuman, hadirnya kasih dan sayang. Kerana senyuman itu sedekah, menjadi barokah yang berterusan. Zauj dan zaujan ditakdirkan bersama untuk mencapai cinta syurga.

*****


“Kahwin bukanlah suatu permainan. Apabila sudah sah bernikah, boleh main cerai-cerai. TIDAK! Kahwin merupakan suatu tanggungjawab. Tanggungjawab antara dua pihak, baik laki-laki mahupun perempuan. Allah suka hambanya berkahwin dan Allah benci hambanya bercerai. Oleh itu pesan saya, jangan anggap perkahwinan itu permainan tetapi anggaplah suatu tanggungjawab yang diberikan untuk kalian sentiasa bersama dalam mencapai syurga Allah, InshaAllah.” kata prof. madya ustaz Attar bin Syafie kepada kami yang meminta pandangannya mengenai perkahwinan. Alhamdulillah beliau tidak menghalang malah memberi semangat kepada kami untuk terus bernikah. Katanya lagi “Saya dulu pun, kahwin awal, tahun akhir diploma.”. Bilik kecil itu menjadi ceria dengan gelak ketawa kami.

Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan.” (HR. Ibnu ‘Addi)

Keesokan harinya, di perpustakaan baru, mereka berjanji untuk berjumpa. Farysa ditemani Aliyah dan Ashraf datang keseorangan. Mereka mencari tempat, duduk di sebuah meja belajar sambil membentangkan ‘pelan’ perkahwinan.

Aliyah : Haih Asyraf, senyum semacam nampak? Ada apa-apa ke ?

Asyraf : Laa. Senyum kan sedekah, salah ye?

Aliyah : tak salah , cuma.. yelakan. Bakal isteri depan mata.

Asyraf : dah! dah! ke situ pula dia. *senyum manis

Sedang mereka sibuk membincang perancangan untuk berkahwin..Aliyah mengajukan soalan kepada Ashraf. Farysa memandang.

Aliyah : Kau dah sedia ke?

Ashraf : hmm InshaAllah. Aku dah sedia. cuma .. cuma..

Aliyah : Cuma apa!! *nada tengking.

Ashraf : Cuma aku takut farysa tak sedia..

Farysa yang menundukkan wajahnya, pipinya kemerahan seperti Rasulullah memanggil isterinya, Aishah dengan gelaran humairah yang bermaksud pipi kemerahan. Diusik lagi oleh Aliyah, sehingga malu dibuatnya. Kata Aliyah “orang dulu ada kata, malu tanda setuju”..


*****

Hujan lebat, sangat lebat. Angin bertiup kuat. Cuaca diluar gelap, bukan disebabkan hujan tetapi tanda sudah lewat malam. Dalam bilik, di atas katil. Mereka ...

Ashraf : Sayang ingat lagi tak? *menyelak rambut isterinya ke belakang.

Farysa : kalau abang tak bagitahu macamana sayang nak ingat?

Ashraf : Ala., yang first time abang telefon umi sayang..

Farysa yang mula ingat kembali ketawa kecil, mana tidaknya, semasa Ashraf telefon ibunya, dia mengigil. Percakapannya pun gagap. Masa tu farysa ada bersamanya. *Setelah penat mereka bergurau senda, sehinggalah Ashraf bangun dari katil. Tutup lampu..

*****


Mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga masing-masing. Ashraf sudah bercakap dengan keluarganya. Alhamdulillah walaupun mulanya ditentang, tetapi bila dipujuk beberapa kali akhirnya mereka setuju. BUkan senang untuk memujuk mereka. Ashraf terpaksa menunjukkan dia sudah bersedia, sudah matang untuk menjadi seorang anak dan suami yang bertanggungjawab; kerana perkahwinan itu merupakan suatu tanggungjawab yang berat. Yela sebagai orang muda, kita hanya berhujah berdasarkan teori tetapi ibubapa berhujah berdasarkan pengalaman dan pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Apa sahaja syarat yang diletakkan, Ashraf menuruti dengan tenang.

Kata ulama terdahulu “Seorang yang jiwanya besar, apa saja halangan mahupun masalah yang datang, dia dapat hadapinya dengan tenang”.

Farysa juga sudah berbincang dengan ibunya. Dia mendapat tentangan hebat. Walaupun sudah dipujuk beberapa kali tetap tidak diendahkan. Bukan ibunya menolak niat Farysa untuk kahwin awal tetapi dia ingin melihat anaknya berjaya kerana Farysa merupakan satu-satunya anak kesayangannya. Mana ada ibu tidak sayang pada anaknya. Dalam masa yang sama, Dia juga ingin melihat kebahagian dimata farysa. Setelah beberapa hari, Entah mengapa pintu hati ibunya terbuka untuk mengenali lelaki yang diceritakan oleh Farysa. Perkara ini disembunyikan daripada suaminya, ayah Farysa. Dia mencapai telefon bimbit..

Farysa  : Assalamualaikum umi, ada apa telefon esha?

Umi       : Waalaikumsalam. Umi rindu esha..

Farysa  : esha pun rindu umi. Rindu sangat.

Umi       : ni umi nak cakap sikit.. betul ke esha sedia nak berlaki? Esha masih belajar tau?

Farysa : InshaAllah umi, Allah sentiasa bersama esha. Esha sedia.

Umi      : tapi esha ..

Farysa : Umi, Hnya Allah saja tahu perasan esha pada dia, Allah sebagai khalik antara kami berdua. Esha cinta dia kerana agama padanya, jika hilang agama padanya maka hilanglah cinta esha. Umi, percayalah. Esha diciptakan untuk dia. Bersama dia mencapai syurga yang dijanjikan Allah.

Ibunya mengakhiri dengan ucapan salam. Air mata seorang ibu mengalir ke pipi akhirnya jatuh ke bumi, dia menangis bukan kerana anaknya melawan kata tetapi Kerana anaknya menemui cinta sebenar. Cinta yang mengenal tuhan.

“Redha Allah terletak pada redha ibubapa dan murka Allah terletak pada murka ibubapa” (Hadith riwayat At-Tirmidzi) 

Farysa juga menangis. Menahan sebak di dada. Air matanya mengalir, dia mengambil kain mengesat air mata yang membasahi pipi. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu dia patut bersedih ataupun gembira. Alhamdulillah syukur hadrat Illahi, dia tahu ibunya pasti merestui niatnya untuk bernikah. Itulah yang dikatakan tangisan kegembiraan. Walau bagaimanapun ada syaratnya….


                                                                                                                                Bersambung...

                                                             
                                                                Episod 1                                          

                                       

Thursday, 11 October 2012

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 2]

Title : Jodoh itu pun rezeki Allah

Photo by AsyrafMuda


Ashraf dan farysa bawa anaknya maisarah jalan-jalan di taman permainan berdekatan rumahnya. Dalam perjalanan, maisarah yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ternampak pakcik menjual aiskrim. 


Maisarah : Abi.. umi.. sarah nak aiskrim
Abi           : Aiskrim. Kejap ye sayang, abi belikan. Awak nak jugak ke?
Umi          : Tak pelah laa wak, saya tengok anak kita makan pun dah kenyang. *senyum
Abi           : Kenapa laa comel sangat. *senyum balik
Umi          : Ada-ada je abang ni.. 


maisarah pilih aiskrim kesukaannya, yang pasti asikrim vanila jadi pilihan. Saling tak tumpah dengan umi nya. Ashraf teringat zaman universiti.....sebelum kahwin.


*******************************

Farysa : Ehh awak! awak lupa something kan?
Ashraf  : lupa.lupa apaa?
Farysa : awak ada janji dengan saya?
Ashraf  : janji apa pula ni awak?
Farysa : alaa, buat-buat lupaa pulak. merajuk laa macam ni..
Ashraf  : Belanja Awak AisKrim kan, Haish mana boleh saya lupa. saya gurau je.

Ashraf, Amir, Farysa dan Aliyah singgah sebentar dikedai tujuh sebelas (seven-eleven). 

Asyraf  : Awak nak aiskrim apa?
Farysa : Saya nak.......

*******************************


Maisarah : Abi..abi.. umi dah lama tunggu tuh.
Abi           : Allah.. *menyapu muka.


Farysa menunggu suami dan anak kesayangannya disebuah pondok kecil. Al-maklumlaa sudah berbadan dua, tak larat ke sana ke mari. Ashraf yang pimpin tangan maisarah berjalan kearahnya, dia hanya mampu tersenyum dari jauh melihat maisarah gelak ketawa dengan ayahnya.. Tapi tak lama. belum sempat maisarah merasai aiskrim yang baru dibeli, tiba-tiba aiskrim itu jatuh. Ditiup angin agaknya. Maisarah menangis. kuat. sehingga menarik perhatian orang ramai apa yang sebenarnya berlaku? Tempat dah dicop banyak berlaku penculikan. Ashraf pula merasa dipersalahkan. Nasib baik ashraf pandai cover dan ceritakan apa yang berlaku. Keadaan jadi tenang. Bagus juga rakyat Malaysia. Prihatin. Maisarah dipujuk oleh ayahnya..


Abi           : Laa Tahzan.. anakku.. Jangan menangis lagi.
Maisarah : tapi abi... aiskrim sarah jatuh.
Abi           : Allah nak tunjukkan kepada sarah sesuatu. Pasti ada hikmahnya..
Maisarah : sarah tak faham?
Abi           : Satu je sarah kene ingat. Rezeki itu milik Allah, diberikan kepada manusia. Manusia patut bersyukur.
Maisarah : tapi abi.. sarah tak sempat lagi nak makan aiskrim?
Abi           : Itu maknanya bukan rezeki sarah. Abi bagi contoh ye, tak semstinya sarah ada makanan ditangan itu dikira rezeki, mungkin terjatuh macam sarah tadi. ada juga yang dah nak masuk dalam mulut tetiba ada orang tolak, jatuh makanan. Ada juga dah makan sampai kerongkong termuntah. buekkk. itu semua belum dikira rezeki tetapi bila makanan itu dah masuk dalam perut sarah. Sarah kenyang, itulah rezeki. 
Maisarah : apa abi cakap ni? sarah tak faham.


Farysa gelak kecil. Ashraf garu kepala, tak tahu nak terang macam mana. Lupa anaknya baru 3 tahun manalah nak faham. Farysa ambil alih.


Umi         : sarah, cuba lihat awan . cantik kan.
Maisarah: cantiknya umi.
Umi         : cantik macam sarah kan. 
Maisarah: tapi umi.. cantik itu apa?


Aduh. farysa pula mengaru kepala. Ashraf ketawa berguling-guling sebalik pokok... Ambil jalan mudah, ashraf pun belikan lagi aiskrim perisa vanila. Settle. maisarah senyum girang. bermain dengan kanak-kanak sebaya umurnya. Tiba-tiba ashraf dicubit manja..


Ashraf  : ehh awak.. sakitlah..
Farysa : Ooo.. tadi awak ketawa saya kan.. nah amik ni.. *semakin ganas mencubit
Ashraf  : mana ada lah awak, saya ketawa sebab anak kita tu macam awak?
Farysa : macam saya ?
Ashraf  : lambat pick up. he he he


Suami isterinya berkejaran. Bergurau manja. Susah senang bersama. Inilah yang dikatakan jodoh. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Rezeki itu milik Allah yang diberikan kepada manusia. Manusia perlu bersyukur. Kita perlu bersyukur pada dia Pemberi Rezeki.

Jodoh itu pun rezeki Allah. Jazak Allah Khair ..


Wednesday, 10 October 2012

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu

Title   :Kerana Seruan Illahi, mereka jatuh cinta.
Genre : Cinta. Romantik. Agama


Ashraf merupakan kawan baik Farysa. Tahun akhir. mereka belajar di UiTM, segala masalah belajar sering merujuk bersama, kadang-2 masalah peribadi pun berkongsi bersama. Al-maklumlah kawan baik laa katakan. Biarpun mereka teman tapi mesra, batasan pergaulan tetap dijaga. Walaupun pukul, cubit-cubit gedik.

Dari semester awal hingga akhir mereka masih kekal berkawan sehinggakan ada yang kata mereka couple, Ashraf hanya mampu menafikan kerana dia teringat pesan ustaznya dulu "Boleh kamu couple tapi ingat! kamu kene tanggungjawab. Tanggung "dosa" dan jawab di makhamah Allah nanti". Kata ashraf "Siapalah nak kat aku?". 

Farysa juga begitu, menafikan. Dia pernah terdengar ustazah kata dalam kelas semasa dibangku sekolah "Kita orang perempuan, kene jaga maruah. Kalau kasi maruah kita pada orang yang bukan milik kita merana nanti, ingat pesan ustazah ni." Ustazah Siti merupakan ustazah favourite farysa, balik sekolah je mesti bertegur sapa. Mana tak nye rumah farysa dengan ustazah dekat, farysa buat muka comel dan ustazah pun hantarnya pulang.

Sebelum melelapkan mata, Ashraf teringat ceramah semalam, "Kahwin merupakan sesuatu perkara yang indah, Apabila dua jiwa menjadi satu hati, itulah cinta". Bangun dari katil, ambil air sembahyang. Dua solat sepertiga malam, solat sunat menghajatkan ajar ditemukan jodoh dan solat isthikarah agar diberi petunjuk dalam penemuan jodoh. Dalam doanya ada sisipan "Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang solehah, dan Jika benar dia jodohku maka kuatkanlah sayapku untuk terbang kepadanya".

"Ya Allah, jika benar dia imamku, sinarilah wajahku kepadanya" singkatan doa farysa setelah selesai solat istikharah.

Apabila dua jiwa menjadi satu, itulah cinta ...

Ashraf pernah bincang dengan ibunya pasal kahwin. Yela sebagai orang muda, kita hanya berhujah berdasarkan teori tetapi ibubapa berhujah berdasarkan pengalaman dan pengalaman adalah the best learning. Ibunya kata "Ashraf dah jumpa calon ke?" "belum ibu". "kata nak kahwin umur 21?" balasnya. "Alaa ibu, tak payah susah. Nanti kenal terus kahwin.. tapi kene mulakan dengan sesi taaruf sesi perkenalan". 

Jodoh itu telah ditetapkan, Kalau dah jodoh tak kemana...

"Umi berat hati kalau nanti suatu hari ada lelaki soleh mengambil anak umi, awak tu dah laa satu-satunya anak perempuan umi. Nanti kalau esha tinggalkan umi, tiada siapa nak temankan umi lagi." air mata umi dikesat oleh farysa(esha). "Umi, kalau esha kahwin nanti, esha nak anak ramai pastu bolehla anak esha jadi peneman sunyi umi, alang-alang tu umi boleh jaga anak esha sekali" . Kesedihan dipecahkan oleh gurau senda farysa. ibu dan anak senyum menitiskan airmata.

Zauj dan Zaujan pasti bertemu bila tiba masanya..

Ashraf sibuk dengan persiapan final exam tak lama lagi, begitu juga dengan farysa. Study merupakan rutin harian mereka bergelar pelajar. Ashraf call farysa...

Ashraf : Assalamualaikum awak, saya dah ada kat perpustakaan ni? awak kat mana?
Farysa : Waalaikumsalam, cepatnya awak sampai. sekejap nak bersiap. 10 minit?
Ashraf : laa yeke, 10 minit? Takpelah saya 'up' lagi 10 minit lagi. jadi 20 minit. hehe Saya tunggu.
Farysa : perli nampak.

Suasana mesra terputus apabila smart phone ashraf mati habis bateri. Ashraf selak dari sehelai ke sehelai buku Programming. Seperti yang dijanjikan Farysa datang tepat pada waktu. Janji melayu sering dimungkir tetapi kita sebagai orang islam janji mesti ditepati.

Mata bertentang mata. Berfantasi sekejap seperti filem hindustan. Chore chore chupke chupke. Hum Kum ( kau dan aku). Kawan sebelah, Amir tak bagi chance langsung untuk kami lama berfantasi. Ashraf yang tersedar terus beristhigfar. Farysa mengalih pandangan dan terus duduk dibangku disebelah BFF nya , Aliyah. Meja yang luas menjadi sempit kerana dipenuhi dengan buku dan nota rujukan.

Kata pujangga "Dari mata turun ke hati, dari hati timbulnya perasaan cinta"...

"Aku tengok kau dengan farysa macam ada apa-apa je" kata amir. "Ehh kau nih, mana ada! biasa je. kawan baik kan." Ashraf tetap mengnafikannya padahal hakikat sebenar dia memang ada perasaan pada farysa.

Renungan tajam aliyah pada farysa, "Awak dah kenapa lia?" tanya farysa. "Takde pe, aku tengok kau dengan Ashraf macam ada apa-apa je, betul ke?" kata aliyah. "Astaghfirullah lia, mana ada . kalau betul pun, dia mana laa pilih saya, dia comel saya.." sambung aliyah "awak cantiklah" sambil betulkan tudung esha yang kemek didepan.

Allah telah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga dengan wanita yang baik untuk lelaki yang baik...

Amir dan aliyah dah lama tahu mereka ada perasaan antra satu sama lain cuma mereka malu dan tidak berani. "Lia, saya ada satu rancangan. Apakata nanti habis study, kita biarkan dorang jalan bersama." kata Amir. "Habis tu, siapa nak teman saya balik?" balas aliyah. "Siapa lagi kalau bukan saya." Dua-dua hamba Allah shy-shy cat.

Cinta itu bermula dengan senyuman, diikuti dengan doa dan harapan.

Jam menunjukan pukul 4 petang, mengemas buku dan nota yang besepah diatas meja. Mereka bersiap untuk pulang. Amir dan Aliyah masih dengan rancangan mereka. "Sorry acap, aku dengan lia nak pergi bandar jap. ada hal sikit. Kau temankan esha balik ye". Ashraf seakan tahu rancangan mereka yang nak dia dan farysa balik bersama. 

Cinta itu buta jika cinta itu tidak berlandaskan syariat yang ditetapkan...

Berjalan, berborak dan juga bergurau senda. Kadang-kadang perangai ashraf mengalahkan budak darjah satu, entah macam mana boleh dengar desas desus ada mengatanya sombong. Bagi Ashraf, tak kenal maka tak cinta. Tak kenal maka taaruf, maka kenallah. Dalam perjalanan...

Allahu akhbar .... Allahu akhbar...
Allahu akhbar ..... Allahu akhbar...

Seruan Illahi telah memanggil semua umat Islam untuk menyahutnya...

Berhenti sekejap di perkarangan masjid. 

Ashraf : Awak , saya ada temujanji laa.
Farysa : temujanji? dengan siapa ? makwe eeh!
Ashraf : Saya mana ada makwe, awak tahu kan.
Farysa : habis itu dengan siapa? *dari mimik muka Ashraf, farysa dah tahu cuma sengaja buat tak tahu je.
Ashraf : Temujanji dengan Allah. Jom awak ..

Farysa tergamam seketika, pandangannya menjadi kabur. Seakan memberi sesuatu petunjuk. 

Ashraf : awak.. awak.. awak! 
Farysa : ye saya. awak pergilaa. saya tak boleh. 
Ashraf : baiklah. saya pergi dulu ye.. *Dia Memahami orang perempuan ada time.

"Ya Allah, apakah perasaan ini? Tunjukanlah aku kebenaran." hatinya berbisik perlahan. Jantungnya berdegup kencang seperti pasangan yang baru jatuh cinta. Adakah ini cinta? pelbagai soalan melayang diminda farysa. Untuk menyedapkan hati, ini mungkin cara syaitan untuk menyesatkan manusia. Ada tuhan ada agama, rujuklah.

Solat yang telah diimamkan oleh ustaz asjad. Entah mengapa sujud terakhir ashraf begitu lama. Ashraf menangis, air matanya berlinang jatuh ke lantai masjid. Doa dibaca dan di ameen kan oleh puluhan makmum. "Ya Allah, jika benar dia diciptakan untuk aku, maka berikan aku kekuatan untuk bersamanya sehingga ke syurga mu".

Tanya sama pokok apa itu cinta? nanti jawab pokok tanyalah abang. Tanya sama abang apa itu cinta? nanti jawab abang .. kasih dan sayang...

Ashraf keluar dari masjid ternampak esha tengah termenung jauh seorang duduk dalam kawasan yang tidak jauh dari perkarangan masjid.

Ashraf : Assalamualaikum cik kak oiii! dok termenung gapo tuh?
Farysa : waalaikumsalam , mana ada la wak.

Sebelum ini, farysa atau nama manja esha. Dia pernah terdengar kawan dia bertanya pada sorang ustaz "betul ke dalam islam, ada perigi cari timba, timba cari perigi?" jawab ustaz "dalam islam ajar, kalau suka seseorang pergila merisik tak kira lelaki atau perempuan yang mulakan dulu". Dia tekad. dia yakin bahawa dia sudah temui bakal Imam nya. Ashraf.

Farysa : awak, saya nak bagitahu sesuatu pada awak boleh? *malu
Ashraf : Saya pun sama. awak nak bagitahu apa?
Farysa : awak laa dulu...

**************************
Dalam sujud terakhir, ashraf ternampak bayangan dia dan farysa telah mendirikan masjid serta dikurniakan seorang anak perempuan. Ashraf menangis ..

***************************

Maisarah : Kenapa abi menangis ?
Ashraf : Abi tak menangis, cuma teringatkan umi . *menahan air matanya
Maisarah : Ingat pesan umi. Tak baik abi menangis pada orang sudah meninggalkan kita. Allah lebih meyayanginya.


Kau makmumku, dan Aku Imammu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama sehingga ke syurga. 

Cinta bermula dari senyuman turun ke hati, dipenuhi dengan doa dan harapan. Diakhiri dengan perpisahan dalam kebahagian.

Allah temukan dua pasangan , dan pasangan itu Ashraf dan Farysa. Dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Nur hidayah Maisarah binti Ashraf.

Setiap yang datang pasti pergi, Setiap yang hidup pasti kembali, Kembali pada Pencipta yang ESA.

Ya Allah, Jika benar dia jodohku, maka kuatkanlah sayapku untuk terbang terus kepadanya. 


Aku cinta dia kerana aku cinta Allah. 

Let's Spread the Message. Sebarkan kebahagian. Sebarkan Cinta.



                                                                                                                                  by : AsyrafMuda