Pages

Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

Monday, 10 June 2013

Cintalah Dengan Memberi Cinta.

Assalamua'laikum



Cintalah Dengan Memberi Cinta.


Dalam perhubungan suami isteri. mesti ada give and take. ada masa memberi, ada masa menerima. itulah hukum bercinta. yang dimaksudkan memberi dan menerima itu adalah kasih sayang. lupakah kita pesan baginda Muhammad SAW, tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima. si suami janganlah ego, si isteri janganlah kedekut, dalam memberi kasih sayang. barulah cinta yang didambakan sampai ke syurga. InshaAllah. cintalah dengan memberi cinta. cintalah kerana Allah. 

Senyum.



Thursday, 6 June 2013

Sebelum Menegur

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man




Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niat mu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batallah niat menegur itu. Jika niat mu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niat mu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niat mu. Jikalau niat mu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niat mu. Jikalau niat mu untuk lawan untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niat mu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruah mu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depan mu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-kata mu dan ayat-ayat mu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegur mu itu mesti akur dan terima teguran mu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguran mu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguran mu, bersediakah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguran mu itu juga seorang manusia ciptaan Allah. Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu. Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Senyum

Thursday, 27 December 2012

REMINDER : Pesanan Yang BerManfaat

Assalamualaikum.

Ustaz Khalil merupakan ustaz saya dalam kelas CTU(agama). Beliau pesan;

1. Baca Al-quran. walaupun satu muka surat sehari.
2. Jangan tinggal solat kerna Solat itu tiang agama.
3. Banyakkan membaca/mencari ilmu yang bermanfaat.
4. Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama bab (aurat).
5. Menuntut ilmu itu ibadah sehinggalah kita mati.

Selamat Beramal. Salam Jumaat Semua.

REMINDER : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya

Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahi, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji ALLAH tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik, bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi dipertengahannya, dipenghujungnya malah sepanjang jalan ke SYURGA. Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Thursday, 27 September 2012

Reminder - Peringatan

Assalamualaikum

What's up guys ?



Alhamdulillah I still can breath until now and thank you Allah for give me chance to live the life. In Sha Allah , this entry will tell you what actually mean by 'reminder' that I write before.

Reminder mean Peringatan..

Remind for who ?

Hah ! apa? tak faham bahasa Inggeris, Okey-okey saya akan tulis entry ini dalam bahasa melayu ye. hehe gurau saja. Sebenarnya saya sendiri tak hebat dalam penulisan bahasa inggeris. Sambung kay..

Peringatan untuk siapa ?

Korang ? pakcik makcik yang sudah berumur? pak mak mertua? pak guard? pak cik kantin ? anak ikan? anak jiran rumah sebelah? 

bukan! tapii..

Peringatan untuk diri saya sendiri .

I'm sinner and I still do sin. So saya buat entry ini untuk mengingatkan saya agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. The title "Reminder". I think you guys should read . hehe

Nabi SAW pernah berkata "Setiap anak cucu adam tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat pada Allah"


" I'm sorry , I can't understand what you try to said?" orang amerika

"Sorry dude, let's me translate for you ." 


Our prophet SAW say " Every son of Adam will not escape from do sin, but the best of sinner are those who repent to Allah"


pakcik google tolong translate kan, kalau salah? tolong betulkan.


Nabi SAW ada kata lagi "umat yang bijak tidak akan jatuh pada lubang yang sama dua kali".


"Dude ?" orang german.

"What !! Don't be lazy, ask Uncle Google?" . jawab saya.


boleh kita teruskan, ada je orang nak bertanya . haih~ :D

Kalau boleh saya tak nak melakukan kesalahan yang sama berulang kali, mungkin dengan ada nya entry "Reminder" dapat mengingatkan saya yang serba kekurangan ni.

Dengan adanya entry "Reminder" juga, saya harap ada kawan-kawan saya sekarang dapat tegur saya jika saya ada melakukan kesalahan. Boleh ye kengkawan? Okey, terima kasih.

Saya tidak mengharap gunung yang tinggi tunduk pada saya tetapi saya berharap boleh mendaki gunung yang tinggi melihat kebesaran Sang Pencipta dan saya hanya tunduk kepadaNYA.

"O ALLAH"

"I swear there is no God except Allah , and I swear that Muhammad as his messenger "


"Kata hati merayu aku pergi..."
Haha done for today, (menguap) mengantuk. Selamat Malam. Jazak Allah Khair




Da'wah Project- Let's Spread the Message by AsyrafMuda



Reminder : Teka-Teki ??? (Siap Jawapan)


Aku ada satu teka-teki..

Semua orang ada,
Kadang-kadang panjang,
Kadang-kadang pendek,
Kadang-kadang basah,
Kadang-kadang kering...

apakah itu?

Jawapannya adalah Do'a.

Do'a merupakan senjata umat Islam, dikala kamu sedang bersedih maka berdo'a lah kepadaNYA memohon bantuan.

Firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat ke-4 :
"Kepada DIA kita sembah dan kepada DIA juga kita memohon bantuan."

:D peace





p/s : Saya tanya saya jawab, dah biasa , jangan tanya kenapa? hehe. 

Let's Spread The Message.


Tuesday, 25 September 2012

Reminder : Sembang Kahwin Muda


Memang best sembang-sembang, cerita-cerita pasal kahwin muda, dan aku juga diantara yang berminat . hehe tapi .. kene ingat ! kahwin bukan permainan yang mana nanti bila sudah kahwin boleh main cerai2. Kahwin adalah ikatan suci dan merupakan suatu kesempurnaan dalam hidup berteman. Kahwin adalah tanggungjawab, kalau tiada tanggungjawab tok sah la pikir pasal kahwin muda. Begitu juga dengan cinta, cinta adalah tanggungjawab. tanggungjawab pasal agama paling penting. Kerana agama, kita bercinta. kerana agama kita berkahwin. Agama ALLAH . 

Kalau anda sudah bersedia untuk bercinta maka bersedialah untuk bertanggungjawab. Tanggung 'dosa' dan Jawab la sendiri dengan Allah diAkhirat kelak. 



Reminder : Fail in University you can repeat but AKHIRAH ? NO way..


Fail in University, don't worry we still can repeat paper, but when we fail in Akhirah. So sorry, there are no chance to repeat again. Tingkatkan amal ibadah sebelum kita disahut seruan Illahi . InsyaAllah

Allah doesn't look what you get but Allah look what you effort. Effort to Jannah .


Thursday, 20 September 2012

Reminder : Kalau nak Allah tolong kita, Kita kene tolong Allah ..

Assalamualaikum

Teringat saya pada kata-kata Syed Abdul Kadir Al-Jofree , jika jiwa kita kecil , masalah kecil pun nampak besar . So besarkan jiwa kita dengan zikir kepada Allah .

Katanya lagi, " kalau nak Allah tolong kita, kita kene tolong Allah. Tolong macam mana? bukan dengan beri rezeki dekat orang. itu kerja DIA , tetapi dengan melakukan apa yang diperintah. Percayalah Kalau Allah nak tolong, tiada apa dapat menghalang termasuklah manusia, jin, syaitan dan sakit ."

Monday, 10 September 2012

Reminder : Berubah Kerana ALLAH Bukan kerana Manusia

Assalamualaikum

"Ehh dia dah jadi baik laa, tak sangka. dulu bukan sial lagi perangai dia " . Contoh . itulah perubahan, dimata manusia dan masyarakat tetapi yang penting disisi Allah. perubahan kearah kebaikan . Alhamdulillah . Saya teringat pesanan sahabat lama , "kalau berubah kerana ingin dilihat oleh manusia maka prubahan itu tidak akan kekal tetapi jika berubah kerana Allah , insyaAllah kita akan dapat merasai nikmat perubahan itu dan akan kekal selama mana kita taat pada dia yang satu " .


Reminder : Saya Orang Muda , Pilihan Saya .


Nasihat ibu bapa berdasarkan pengalaman , Fikiran orang muda seperti saya hanya berdasarkan teori dan harapan. So tak salah buka pintu hati kita mendengar nasihat mereka. Tetapi kalau bab memilih pasangan sehidup semati , berilah kami membuat keputusan siapa bakal zauj dan zaujan yee. peace :D

Reminder : Cinta itu BUTA kalau Hati BUTA pada Allah

Assalamualaikum

Pernah tak dengar orang kata cinta itu buta? kenapa ? Cinta itu buta jika hati kita buta pada Allah S.W.T . bak kata pepatah "biar buta mata, jangan buta hati."



Thursday, 30 August 2012

Reminder : Kubur Masing-Masing ...


Kata dia nanti dia mati kubur lain-lain, Ya memang kubur lain-lain tapi cuba fikir balik nanti kau mati, siapa yang 

mandikan,

kafankan,

solatkan, 

kuburkan

kalau bukan kami yang masih hidup. Oh lupa ! mungkin kau nak kami bakar mayat kau, tak lah menyusahkan kami , ambil minyak terus bakar . tak gitu? Astaghfirullah . Jauhilah

Reminder : Apa Hukum Cinta dan Couple ?


Apa hukum cinta dan couple ? Cinta tak haram , couple haram . Cinta itu fitrah , sebab itu ALLAH ciptakan setiap manusia itu berpasangan.


Reminder : Aku jahat, Aku banyak buat DOSA !


Aku jahat , aku banyak buat dosa . Adakah Allah masih ampunkan dosa aku walaupun aku masih jahil ? jawapan terletak pada diri kita. Allah telah berfirman "Aku tidak akan merubah sesuatu kaum kecuali dirinya niat untuk berubah" (surah Ar-Rad:11). Berdoalah pada Allah sesungguhnya dia maha pendengar ! Allah berfirman lagi "Jika kau memohon keampunan dengan sebenar-benar keampunan nescaya aku akan ampunkan" . See semuanya terletak pada diri kita, nak atau tidak. Surah Alfatihah ayat 6-7 "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat".


Reminder : #DearFutureWife


#DearFutureWife Aku tak kenal siapa kau dan aku tak tahu kat mana kau sekarang , Andai takdir kita tertulis untuk bersama, insyallah kita akan bertemu. Dalam sisipan doa aku selitkan "Ya ALLAH, jika benar dia jodohku, maka kuatkan sayapku untuk terbang terus kepadanya".

Kalau jodoh tak kemana . Usaha tangga kejayaan , doa pemangkin harapan .

Reminder : "Kau tak jealous ke tengok orang couple ?"


"kau tak jealous ke tengok dorang couple?" 

"kenapa aku nak jealous dengan orang yang buat dosa ? bukan ke couple boleh dekatkan diri kita dengan maksiat yang nyata."