Pages

Thursday, 30 August 2012

Reminder : Remaja Terlanjur , Pintu Taubat masih Terbuka..


Bermain cinta dalam lingkungan remaja, hancur hatinya dikecewa , baru menyesal tak guna , ada yang mengandung beranak tiga , hahaha ketawa syaitan padanya, dihina oleh masyarakat dunia . tidak mengapa ! jangan putus asa . bertaubatlah , kerana ALLAH maha pengampun . bertaubatlah selagi masih bernyawa.


Reminder : Don't make it as Reason version Wanita


Seorang wanita cantik sering mengeluh dan akhirnya membuat keputusan untuk bertanya kepada seorang ustazah.

perempuan : ustazah , dalam islam perempuan kene pakai tudung kan?

ustazah : tak payah pun takpe .

perempuan : hah biar betul !

ustazah : ye betul tapii.. dalam islam wajib tutup aurat . tutup semua kecuali muka dan tapak tangan, bukan pakai tudung saja.

perempuan : oh begitu, terkejut saya . tapi kan ustazah , entahlah saya tak tahu kenapa berat sangat diri ni nak pakai tudung , memang tak berdayalah lagi-lagi nak beli tudung. ini nak pakai tudung. berat rasanya .

ustazah : oh , kamu boleh berjalan?

perempuan : boleh.

ustazah : jom , teman saya pergi shopping, saya pun nak beli tudung baru .




Pengajaran : Alasan pencetus kepada kegagalan . Alasan penghalang kearah kebaikan . Untuk menjadi seorang yang baik tidak memerlukan seribu alasan untuk berubah . Man Jadda Wa jadda . Siapa yang berusaha , dia berjaya .






Reminder : Don't make it as Reason version Lelaki

Ada sorang lelaki jumpa sorang ustaz untuk bertanya pasal masalahnya .

lelaki : ustaz, saya tak tahu kenapa berat sangat saya nak solat! da macam2 cara saya buat tapi ...ermm entahlah ustaz, memang saya tak boleh, tak kuat .

ustaz : oh, kamu boleh berjalan ?

lelaki : boleh.

ustaz : pergi ambil wuduk dan solat .

Pengajaran : Manusia yang hidup dengan beribu alasan sukar untuk berjaya . Alasan punca kegagalan . Jangan jadikan stiap sesuatu sebagai alasan untuk kita tidak menunaikan apa yang diperintah. Kalau kamu ingin slow talk dengan ALLAH, dirikan solat. INsyaAllah . 


Reminder : Sweet ..


*Tetiba "ayang, kalau abang nak kahwin lagi satu boleh?" datang dekat saya, cubit pipi "jangan mimpi, awak untuk saya je" . alahai sweetnyaa .



Reminder : Saya tidak Sempurna UntukMu ..

Kita masih tidak sempurna tetapi perkahwinanlah yang menyempurnakan kita . Kepada bakal isteri yang saya sayang, walaupun kita belum bertemu , insyallah esok lusa jumpalah kita. saya nak awak tahu yang saya mungkin tidak sempurna seperti lelaki yang awak impikan tetapi saya janji saya akan jadi imam yang baik untuk awak. biar cinta kita cinta syurga . Insyallah . 

#berjauhan tidak bermakna tidak sayang bukan? .




Reminder : Bukan Kaum yang LEMAH ..


Biarpun wanita dikatakan kaum yang lemah, namun dari rahim merekalah lahirnya insan hebat di muka bumi ini, termasuk para nabi atau segagah-gagah panglima perang di medan laga, para penakluk atau ulama terbilang sekalipun.





Reminder : Padah MeRempit ..

Anak itik tok wi mati dalam kolam, 
Anak remaja tok esah mati dalam longkang .

Itulah padah merempit lagi . jawablah sendiri dimakhamah ALLAH .