Pages

Monday, 30 January 2017

Entry Baru 2017




Oh hai. Assalamualaikum. Pe habaq? . Baik, itu saja untuk entry baru 2017. 



Follow abang di twitter https://twitter.com/AsyrafMuda

Monday, 1 September 2014

Sembang Pencetus Ummah

Assalamualaikum bro. wassap!

Nampak mcm gempak kan. Pakai blazer hitam pakai kemeja ungu. Rambut belah tepi. Muka cover hbis kacak dah. Tp sayang masa ujibakat tdi tak segempak gambar ni. Sayu dan bayu. (hahahaha) apapun aku dapat pengalaman power.


Steady bro.

Cerita dua hari lepas
Aku bawa tajuk Dengan Siapa Kita Berdakwah?
Nampak klise dan general gila
Dan kira apa entah aku punya tajuk ni
Dah mmg lah kita tahu dakwah tu tuju
khusus untuk manusia
Untuk ummah

Kebenda lah special sangat dengan tajuk tu
Takda special bro. Yg aku spesifikan
Manusia ni berperingkat umur

Anak kecil
Remaja
Dewasa
Tua

Aku percaya setiap diantara kita ada pelbagai cara nak dekati dan sampaikan. Ada yg senang dengan cara ni, ada yg dengan cara tu. Ye bro. Pelbagai.

Dipendekkan cerita, tazkhirah 3 minit. Aku cuba ketengahkan dimana kita bila anak anak yatim, anak anak yg tidak mempunyai ibu bap, anak anak yg tak bernasib ni perlukN kita.

Mereka pun nak belajar bro. Ko mahasiswa ko ustaz tak kan nak diam dan tengok je. Woi sedarlah. Dakwah tu bukan ko sembang agama je tp ko tunjuk akhlak baik, kau mngajar benda akedemik ke matematik sains. Ah.

Sambil tu boleh selit selit. Baru power. Dari ko buat tak peduli baik amek peduli. Dah ah. Jeng Kreng betul. Aku cerita kat fb mcm gempak kan. Masa ujibakat ritu apa yg aku fikir tak macam aku bg tazkhirah. habis kelaut nun jauh disana. hanya aku dengan saz yang tahu.

Seteres betul masa tu. Hahahaha

Nasihat power ni. Dawah pelbagai cara. Apa yg penting kau sampaikan dengn ikhlas. IKHLAS. IKHLAS.


"Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta'ala dan hati engkau tidak berasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka. " Imam Al Ghazali

credit Sazrul Faez

tak lupa, aku pegi ujibakat dengan kawanku ni. Sazrul Faez. cara penyampaian sempoi selamba berani nak mampus. hahaha 

dah ah. aku tertarik dengan apa yang dikatakan oleh penulis sastera ni.

"Andai si biji hanya menumbuhkan akarnya, tanpa kehendak untuk tampil dengan batang, menggapai langit dengan ranting dan cabang. Jadilah dia bangkai, yang layaknya memang terkubur dalam-dalam."
[Salim A. Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah, m/s 58 (Pro-U Media, 2010)]


Sekian. Sembang ex bakal Pencetus Ummah Asyraf Muda. 

  

Monday, 14 July 2014

Buku Jalanan UiTM Pahang


Buat permulaan kisah kami.

Kami berkampung di Dewan Indera Segara 19 June 2014.
Sempena HOMSIS UiTM Pahang sesi Jun/Okt 2014.
Dapatkan risalah khas dari kami.



Ramai yang salah anggap.Menyangka kami menjual buku.
Tidak sama sekali.
Kami tak jual buku tapi kami kongsikan ia secara percuma.
Berharap ada benda yang kalian dapat belajar dari benda bersegi empat itu

      
 Ada awek-awek yang agak sempoi malam tu.
Terima kasih kat korang sebab terus support.

Moga tuhan izinkan kami terus beroperasi.

Aktiviti Pertama kami 25 jun 2014


Aktiviti pertama.
Tiada yang gempak. Cuma perkenalan sekali lagi mengenai siapa kami.Minggu depan kami akan mulakan aktiviti.
Sempat kongsi buku itu buku ini bersama cewek dan laki-laki.

Dan baru baru ni, hari khamis lepas. 10.7.2014
Pukul 5.45 petang

Sempat berkongsi 


Diskusi pasal teologi islam. Tak byk sangat dpt dikongsi, hanya beberapa aliran teolog ni, khawarij, murjiah, muthazilah, qadariah, jabariah dan ahli sunnah waljamaah. Start pukul 6.15 selesai 6.55. kemudian bergegas ke bazaar beli makanan berbuka.

Tak lupa juga antara aktiviti kami dengan menyebarkan risalah
Buku Jalanan UiTM Pahang.



  Come and Join Us! 
Buku Jalanan UiTM Pahang. Bersama dua orang geng BJUP power dan berani, 
Faiz Musa dan Faiz Mecha.

Salam Perkenalan dari kami. BJUP.

jangan lupa like page kami diFB, https://www.facebook.com/bukujalananuitmpahang 
Sekian.



 Nantikan aktiviti menarik daripada kami dari minggu ke minggu. 

Thursday, 24 April 2014

INILAH YANG AKU NAK BAGITAHU KAU

Pacaran bahasa mudahnya Couple

Amru Khalid menulis tentang orang yang berpacaran;

'Sebelum memasuki alam pernikahan, mereka yang bercinta di luar keizinan agama berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangannya. Namun, setelah mereka bersatu menerusi ikatan perkahwinan, mereka mendapati sesuatu yang berbeza berbanding sebelumnya. Hari hari yang dilalui tidak lagi indah.'

Katanya lagi;

'Seandainya kita belum mengetahui pasangan kita, sebenarnya kita masih boleh mencari kesesuaian. Kita akan berusaha memahami kehidupan pasangan kita. Namun kerana bercintaan dan hubungan itu tidak diberkati, masing-masing tetap pada tabiat serta bentuknya. Oleh itu, sangat sulit bagi keduanya untuk bersama-sama saling memahami dan saling menyesuaikan diri.'

Inilah yang aku nak bagitahu kau...

Wednesday, 16 April 2014

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 4]



Aku Terima Nikahnya.

Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.

Ashraf kaku berbaju melayu bersampin siap keris dicelah pinggang mengenggam erat tangan tok kadi dan melafaz dengan sekali lafaz;

“Aku terima nikahnya NurFarysa binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…”

Tok kadi memanding saksi kiri dan kanan.

“Sah..”
“Sah..”
“Sah..”

“Alhamdulillah..” 

Selanjutnya, bacaan doa oleh tok kadi. dan

Ashraf yang tadi gugup terus menghembus nafas lega dan bersyukur.
Farysa pula berlinang air matanya.

Kedua-dua pasangan itu memanjatkan syukur pada illahi, tuhan yang telah menyatukan mereka bersama (ijab qabul). Barakah Allahu Lakuma wa Barakah. Ameen.

Sunday, 30 March 2014

PUISI CINTA


 "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ."


-Buya Hamka 


Semasa dalam forum Pedagogi Cinta. 

Saturday, 15 March 2014

Buku yang perlukan Pembaca

 oh ya!

Awal semester lepas, aku dan kawan-kawan merancang ingin membuka perpustakaan terbuka disekitar dalam UiTM Pahang. Lebih kurang sama macam event buku jalanan, idea ni pun tercetusnya bila aku nampak aktifnya budaya membaca semasa berada disana termasuk budaya intelektual diskusi.

Aku mula kumpul buku dan mengutip sumbangan buku-buku dari kawan dan pensyarah disini. Tak banyak pun dapat, mungkin kurang publisiti dan tarikan. akan cuba lagi untuk semester depan. 

Ini antara buku yang aku beli dan sumbangan yang perlukan pembaca setia;



1. Teologi Islam ; Harun Nasution
2. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
3. (New) Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Ust Dr Zulkifli
4. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
5. Kebangkitan Al-Islam ; Dr Ir Hidajat Nataatmadja
6. Haji ; Dr Ali Shariati
7. Sun Tzu Art of War 
8. Motivasi Gaya Rasulullah


Buku-Buku yang perlukan pembaca;


1. Menyelami Pengurusan, Umar Abdul Aziz ; Prof Madya Rasid
2. Ini Bukan Klise'Himpunan Analisa Terpilih Seorang Aktivis ; Amin Iskandar
3. Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Dr Zulkifli Al Bakri
4. Kopiah ; Lejen Press
5. Cinta Ahmad Mutawakkil
6. SARAB, Antologi Cerpen Moden Syria
7. ABABIL ; Mariam Omar
8. Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trostsky Kamu Semua ; Lucius Maximus
9. Bercakap dengan Jun ; Hasrul Razman
10. Bukan Kitab Rumi 'Dapatkan EX Kembali' ; Rumi


11. Motivasi Gaya Rasulullah ; Mohd Khairul Nizam
12. Falsafah Kalam diEra Postmodernisme ; Prof Dr M Amin Abdullah
13. Teologi Islam ; Harun Nasution
14. Ayyuhal Walad ; Al Imam Hujjatul Islam, Imam AlGhazali
15. Haji ; Dr Ali Shariati
16. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
17. Biblioholisme ; Shaharom TM Sulaiman
18. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
19. Sun Tzu Art of War

aku tahu ada yang menarik bukan? ada buku yang kau nak baca kan?

Sapa nak pinjam boleh, tapi hanya dalam lingkungan daerah jengka saja. yang jauh, harap maaflah, aku bukan penjual buku. aku cuma inginkan budaya membaca itu merebak terutamanya dalam kalangan mahasiswa UiTM Pahang. kenapa? kerana aku belajaq kat sana. kahkahkah

kepada kawan-kawan yang nak sumbangkan buku sangat dialu-alukan, boleh email kepada aku terus , flashar1022@gmail.com . tak pun pi twitter aku, asyraf muda. 

Sekian saja . Buku yang perlukan pembaca.


p/s: ke kita boleh bergabung sekali dengan buku jalanan kuantan dan temerloh!