Kerna Cinta, Aku masih menulis. Pedagogi Cinta
Terima Kasih pada kawan-kawan yang membantu dan menjayakan Forum Pedagogi Cinta semalam. Secara ringkasnya, kita berbincang mengenai pedagogi cinta secara umum dan khusus dan akhirnya diklasifikasikan sebagai Kaedah pendidikan berteraskan cinta.
banyak yang aku pelajari dari para panel; prof madya ust rashid, cik asmidar dan sdr wan khairul azman, biarpun masa itu aku seorang moderator. syukur program berjalan dengan lancar.
tertarik dengan kata ahli falsafah plato "Knowledge is a act of love" , kiranya pendidikan adalah satu cara untuk mempamerkan cinta, cinta adalah penyelesaian kepada ekonomi, politik , pendidikan dan sebagainya.
adanya dalam forum ini membicarakan hal cinta yang mana definisi cinta yang aku rasa sangat luas dan tidak hanya khusus kepada hubungan lelaki dan perempuan. forum ini juga membicarakan tentang hal pendidikan. lagi menampakkan adanya daya intellektual secara santai menjadikan pedidikan berteraskan cinta capai tahap.
apa yang menariknya, jarang mahasiswa dpt mnjadi panel dalam sesebuah forum, kalau ada pun hanya moderator. semalam menampakkn mahasiswa pun boleh. jadi takda masalah jika kita buat satu diskusi mahasiswa menampilkan mahasiswa pula berforum sesama mereka. bolehlah invite aku ke sebb semalam jadi moderator tak boleh cakap banyak nanti bertukar sapa panel sapa moderator. haha
kalau ditanya , apakah cukup masa untuk terangkan keseluruhan apa itu pedagogi cinta secara mendalam, rasanya belum tentu cukup jika hanya dua jam berbicara. mungkin kita boleh buat kelas yang fokus khas untuk pedagogi cinta saja. insya allah akan kami cuba set masa dan tarikh, kemungkinan panel dah ada.
ini kali kedua aku terlibat dengan forum menjadi moderator, kurang gugup dan nervous. pertama kali forum penah bersama imam muda najdi dan imam muda amar diprogram anak angkat dikuala krau. cerita lanjut boleh baca di blog.
selepas saja selesai forum pedagogi cinta, aku dan para panel terus menjamah jamuan ringkas yg telah disediakan, ada perbincangan tentang sistem kupon, kelas pencerahan, budaya diskusi , budaya ilmu, pemikiran student uitm jengka, ziarah intelektual dan banyak lagi bersama nydp mpp sekali. aku seronok dengar.
ada post mortem pukul 12 tengah malam, jadi ada sedikit perbincangan dan penambaikan. dan aku tak rasa mereka tahu apa yang aku nak bawa dan kenapa adanya forum ini yang mana aku rasa sendiri, tak sama seperti program lain. tapi aku tak nafikan ada baik dan buruk, itu normal. kelemahan kena perbaiki, cuma kalau kita letak taraf pemikiran serata dalam kengkangan ataupun dalam kerangka 'budaya biasa' uitm, maka tak kemanalah kita. padahal kita boleh berfikir jauh dan bukan hanya mengangguk kepala, kata pemimpin tanpa ada kajian dan analisis biarpun siapa dia pangkat dia apa.
contoh, " saya penah jaga biro ini dan ini, ada tetamu ni terpaksa layan karenah apalah, siap makanan pun dia pilih", kalau tanya aku, aku tak kan ajak dia , dan siapa dia peduli apa. aku percaya manusia diberi akal oleh tuhan untuk berfikir bukan mengikut-ikut tanpa tujuan. sedang dato rektor lepas pun tak banyak kerenah dan sangat respek pada tolenransi beliau semasa ceramah pasal syiah ust aizam jakim semester lepas, sekrang beliau berada diuitm machang. manusia pelbagai ragam.
tapi seperti yang saya kata, tak nafikan ada baik ada buruk, itu normal, kelemahan kena perbaikan, dan kritikan sebagai penambaikan. selepas saja post mortem, suma ajk dijemput makan, ada makanan khas yang ditempah lebih. terima kasih danTahniah semua!
habis berkemas dan nak balik, aku perasan cik asmidar, azman, fatin dan faiz masih duduk lepak depan DIS, aku pergi sergah sekejap. dan aku rasa mungkin ini post mortem kedua, kami berbincang isu berat seperti sistem kupon diuitm dan ipt lain, mengenai pendidikan , sukarelawan dan banyak lagi selain isu cawan dan dulang. hahaha
Forum Pedagogi cinta membincangkan isu pendidikan berteraskan cinta kasih dan sayang. analogi mudah, mana mungkin kamu suka dia, kalau kamu tidak mencintainya. bukankah ada satu hadith, jika kamu tidak menyayanyi, kamu tidak akan disayangi.
Sekian;
Asyraf Muda
Pengarah Forum Pedagogi Cinta
Timbalan Kelab CA
PM TFTN Ray Jengka
Sukarelawan
Youtube Betting & Casino Review & Rating by videodl.cc
ReplyDeleteYoutube Betting & Casino Review & Rating by videodl.cc. The following players have already reviewed Youtube Betting & Casino on the online youtube mp3 platform and