Pages

Sunday, 5 August 2012

Nuzul- AlQuran

Assalamualaikum

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 


Ada sahabat tanya kenapa jarang update blog ni, ehh kantoi usha blog aku . haha gurau saja . Sebenarnya aku ingat nak berhenti sekejap, nak banyak kan membaca , mencari ilmu. Lagipun busy sikit dengan assignment yang berlambak *mungkin .

Lama jugak tak update, last entry dua minggu lepas rasanya , sebelum kita puasa . Marhaban Ya Ramadan . Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak sahabat semua , insyallah semoga kita dilimpahi rahmat ALLAH subhannallah taala dibulan mulia ini . Amcam guys, puasa tak? harap you all puasa laa ye sebab puasa itu wajib dan merupakan rukun islam .

oh!

Haiii hoiii huiii sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan ramadan , tak lama lagi nak raya . So how bout you guys, dah beli baju raya? kalau yang perempuan rasanya before puasa dah beli kan.. kan .. hmm lelaki ye, aku rasalah esok nak raya sempat lagi beli. Well lelaki kan, but ada sajo yang beli awal coz tempah kan. UNTUNGLAA.. Insyallah tahun ni mungkin jubah putih jadi pilihan, sunnah nabi .

Ehh ehh! dah masuk bab raya pulak , aku nak cerita sedar tak sedar dah tengah2 bulan ramadan . Dah bersediakah kita untuk tinggalkan bulan beribadah ni. alahai~ aku rasa kalau boleh, tambahla tambahlah hari supaya aku dapat beribadah di bulan pahala digandakan . ALLAH .

Apapun , andai kita masih bernyawa , insyallah kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang . "Ya ALLAH , temukanlah aku pada Ramadan akan datang ." .

fuh!

Seperti yang kita ketahui esok Nuzul Al-Quran , bebudak selangor mesti pikir esok cuti terutama budak sekolah kan, nampak sangat . FYI pahang pun cuti jugak, so esok takde kelas . wuhuuuuu~ oh! ehehe

Sedikit peringatan buat kita semua termasuk saya mengenai apa itu Nuzul Quran ?

Ya, pada 17 ramadan ini, umat islam memperingati tepat ulangtahun ke 1402 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M . Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia juga merupakan peringatan dan petunjuk kepada kita.

Nuzul Al-Quran bererti "Penurunan Al-Quran" oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui jibrail pada malam 17 ramadan 610M di Gua Hirak.

Masa itu, nabi Muhammad saw tengah asingkan diri daripada kaum quraish dan berkhalwat(berseorangan) di gua Hirak, datang Jibrail menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq . Sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasullullah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.

Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah malam Nuzul Al-Quran yang mana turunnnya kitab ALLAH yang paling suci .

Last but not least , sempena menghormati Nuzul Quran elok kita membaca surah Al-Alaq , nak lagi baik baca sahaja Al-quran itu, dapat pahala . lagi-lagi dalam bulan yang digandakan pahala. Insyallah.

Pesoalannya :  aku bahagikan soalan kepada dua . untuk orang muda dan veteren . hehe hormat .

untuk orang muda :

       "Kalau kita boleh bukak facebook, twitter and etc berjam-jam, apa salahnya kita mengambil 5 minit untuk bukak Al-Quran dan baca surah Al-Alaq . "

for you all yang sudah veteran :

      " kalau pakcik makcik semua boleh baca surat khabar yang berhelai-helai tu, apa salahnya pakcik dan makcik baca surah Al-Alaq yang mana surahnya tak sampai sehelai muka surat"




Pesanan untuk diri yang masih perlu banyak belajar ini, ingat azam kau ! khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan .

Insya Allah





No comments:

Post a Comment