Assalamualaikum
Tuntutlah Ilmu
Prof Dr Syed Naquib
Alattas telah mendefinisikan ilmu sebagai ketibaaan makna dalam diri
seseorangan yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang
diperolehi.
Secara ringkasnya :
Pengertian
ilmu :-
Bahasa :
merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan
yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.
Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran
tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada
rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek
lahiriah dan batin.
Secara umumnya, ilmu
didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang
disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan
untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.
Perbezaan pengertian Ilmu antara Islam
dan Barat
|
Dalam pengertian barat
moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas
tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat
dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara
lain diluar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak
termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara auti matrik
ajaran agma terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai
kepercayaan semata-mata.
|
Islam mengabungkan agama
dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam islam malah agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan
ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antarnya
Al-quran, Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain.Ilmu merupakan teras dalam
sistem pendidikan islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran
dan Sunnah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi
ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturnkan kepada nabi
Muhammad saw.
|
Ayat Al-Quran dan Hadith-hadith mengenai Ilmu .
Allah mengangkat martabat
orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah
seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan
melalui beberapa firmanNya :
“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11
- Ilmu
dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia:
“Katakanlah
adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya
mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang
berilmu dan bijaksana”
Surah al Zumar:9
- Membentuk
peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan ALLAH swt
dan Rasul-NYA
“Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang
berilmu” Surah al-Fathir:28
Antara
hadith yang menekankan kewajipan agar umat islam untuk menuntut ilmu :
Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud
“Tuntutlah
ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Sabda Rasulullah saw lagi
yang bermaksud
“Tuntutlah
ilmu walau sampai ke negeri china”
Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud
“Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”
Ayat
Al-Quran dan Hadith yang menerangkan tentang kelebihan orang yang berilmu :
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya
kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih
baik dari kamu solat sunat 100 rakaat”
Sabda rasulullah yang
bermaksud:
“Ilmu
itu ibarat gudang dan anak kuncinya adlah pertanyaan, dari itu bertanyalah!
Sesungguhnya setiap kali ada yang bertnya, ada 4 golongan yang diberi pahala
iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar yang mengintai mereka”
Daripda Abu hurairah
berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Barang
siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan badi orang
itu kerana ilmu adalah jalan menuju ke
syurga.”ang berilmu dengan beberapa darjat.”
Firman Allah dalam surah
al mujahadah :11
“Diangkat
oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan
beberapa darjat.”
Kepentingan
Ilmu Pengetahuan
Terlalu banyak dalil
daripada Al-Quran dan hadith yang menunjukkan ketinggian ilmu dan orang yang
berilmu. Ini bererti Allah amat bersungguh-sungguh meninggikan darjat orang
yang berilmu. Manakala dalam kalangan manusia pula orang berilmu akan dipandang
tinggi dan ditinggikan kedudukannya.
Mengenai keutamaan
menuntut ilmu, Rasulullah saw ada menyatakan:
“Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada pencari ilmu
kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta
ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air.
Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti
keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi
mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat
keuntungan yang banyak.
Hadith riwayat Abu daud,
tirmizi dan ibnu hibban
Maka jelaslah apa yang
dikatakan oleh Sayidina Ali ra kepada Kamil bin Ziyad:
“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan
menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, Dan harta, sebaliknya
semakin berkurang jika dibelanjakan. Ilmu pembimbing dan harta dibimbing”
“Imam Mazhab” iaitu Imam
Syafie katanya “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan
membuatmu cemerlang didunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para
Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.”
Ini sejajar dengan
penurunan suruh al-Alaq sebagai perintah kepada manusia menuntut ilmu. Menuntut
ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw yang
bermaksud “Jadikanlah dirimu orang
alim(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar
pengajaran atau orang yang mencintai(tiga golongan yg tersebut) dan janganlah
engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa” –Riwayat
al-Bazzar.
Imam Al-Ghazali dalam
‘Al-Iqtisad Fi Al-I’tiqad’ menulis, “Perumpamaan akal adalah laksana
penglihatan yang sempurna dan tidak cacat. Sedangkan perumpaamaan al-Quran
adalah seperti matahari yang cahayanya tersebar merata, hingga memberi
kemudahan bagi para pencari petunjuk.”
Imam Hasan Al-banna pula
berkata, “Mencintai dan memuji orang soleh kerana amal perbuatan mereka yang
baik, dapat mendekatkan diri kepada ALLAH swt .”
Fatah al-Maushili
rahimahullah menjelaskan, “Bukankah si pesakit itu apabila tidak diberikan
ubat, dia kan mati!” Orang ramai menjawab, “Benar katamu!” Fatah al-Maushili
berkata lagi, “Demikian pulanya sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan
hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.”
Kata-kata nasihat seorang
pujangga Muadz bin Jabal Radhiiyyallahu anhu
“Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya sebab ALLAH adalah kasyah.
Menuntutnya adalah ibadat, mempelajarinya adalah tasbih dan mencarinya adalah
jihad. Mengajarnya kepada orang tidak mengetahui adalah sedekah dan menyerahnya
kepada ahlinya adalah taqarrub. Sesungguhnya, ilmu adalah teman dekat dalam
bersendirian dan sahabat dalam kesunyian.”
Perintah Iqra’
Sumber-sumber
Ilmu Pengetahuan
Secara umunya ilmu
pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau
ilham.
·
Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan
daripada Allah swt kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya
dengan secara sulit dan rahsia. Tidak dapat dinafikan bahawa wahyu adalah
sumber pengetahuan yang penting yang telah disampaikan Allah kepada manusia
sama ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad saw atau para nabi terdahulu.
Wahyu juga teras kepada segala ilmu kerana didalam al Quran terkandung pelbagai
jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia.
·
Pancaindera
Semua pancaindera seperti
sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa juga merupakan ilmu
pengetahuan yang utamadan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi sesama
manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul . Kesemua pancaindera ini
merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa
percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.
·
Akal
Beza antara manusia dengan
haiwan adalah akal yang mana Allah berikan hanya kepada manusia untuk berfikir
secara kreatif. Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia, dengan akal
juga manusia dapat membezakan antara baik dan buruk. Firman Allah dalam kitab
yang paling suci dan dalil dalil hadith banyak mencerita kepentingan mencari
ilmu supaya manusia sentiasa berfikir kearah kebaikan dan tidak terpesong dari
akidah islam. Sabda Rasulullah “Selagi mana kamu berpegang pada Al-Quran dan
hadith, maka kamu tidak akan sesat”.
·
Intuisi atau Ilham
Dalam islam ilham ini
boleh dikenali sebagai “firasat” yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang
tertentu. Contohnya, kita mempunyai masalah, secara tiba-tiba ada jalan
penyelesaian kepada masalah kita setelah kita berusaha mencari jalan
penyelesaian.
Kesimpulannya
Pujangga Hamka berkata
“Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah
mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi
mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak
yang belum saya ketahui.”
Abdulullah bin Mubarak
pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia
menuntut ilmu.”
Akhir kata, menuntut ilmu
adalah wajib bagi setiap muslim. Ini ditegas dalam al-Quran dan hadith. Ilmu
dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah. Walau
bagaimanapun, ilmu yang perlu didalami sebelum yang lain adalah ilmu Fardhu Ain.
Ilmu ini termasuklah tentang solat, berpuasa dan ia juga merangkumi asas ilmu
tauhid dan sifat mahmudah dan mazmumah.
Selain itu, dalam islam
mengalakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardhu Kifayah iaitu ilmu duniawi
seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak ketinggalan jauh ke
belakang. Di samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang
berguna dan mampu membina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh
yang dilakukan oleh cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun,
Al khawarizmi dan lain-lain.
Kata Imam Syafie “Ilmu
yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak
kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan
matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan
Allah yang tiada batas.”
Rujukan
1.
Pengantar
Tamadun dan Sejarah Pemikirang Islam
2.
Anakku..
HIDUP SEKALI BIAR BERERTIT
3.
30
Wasiat IMAM SYAFIE
"Ilmu itu Pelita Kehidupan"