Pacaran bahasa mudahnya Couple
Amru Khalid menulis tentang orang yang berpacaran;
'Sebelum memasuki alam pernikahan, mereka yang bercinta di luar keizinan agama berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangannya. Namun, setelah mereka bersatu menerusi ikatan perkahwinan, mereka mendapati sesuatu yang berbeza berbanding sebelumnya. Hari hari yang dilalui tidak lagi indah.'
Katanya lagi;
'Seandainya kita belum mengetahui pasangan kita, sebenarnya kita masih boleh mencari kesesuaian. Kita akan berusaha memahami kehidupan pasangan kita. Namun kerana bercintaan dan hubungan itu tidak diberkati, masing-masing tetap pada tabiat serta bentuknya. Oleh itu, sangat sulit bagi keduanya untuk bersama-sama saling memahami dan saling menyesuaikan diri.'
Inilah yang aku nak bagitahu kau...
Thursday, 24 April 2014
Wednesday, 16 April 2014
Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 4]
Aku Terima Nikahnya.
Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.
Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.
Ashraf kaku berbaju melayu bersampin siap keris dicelah pinggang mengenggam erat tangan tok kadi dan melafaz dengan sekali lafaz;
“Aku terima nikahnya NurFarysa binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…”
Tok kadi memanding saksi kiri dan kanan.
“Sah..”
“Sah..”
“Sah..”
“Alhamdulillah..”
Selanjutnya, bacaan doa oleh tok kadi. dan
Ashraf yang tadi gugup terus menghembus nafas lega dan bersyukur.
Farysa pula berlinang air matanya.
Kedua-dua pasangan itu memanjatkan syukur pada illahi, tuhan yang telah menyatukan mereka bersama (ijab qabul). Barakah Allahu Lakuma wa Barakah. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)