Pages

Tuesday, 20 August 2013

#R4BIA Bukan Sekadar Trending!

Bismillah


Up-to-date isu semasa. Kepada sahabat yang masih tidak tahu atau mencari-cari apa yang sebenarnya berlaku diMesir sekarang, cuba fahami gambar dibawah. Siapa pemberontak siapa pejuang?



Okey, dah faham apa yang berlaku. Secara ringkas, Dr-Morsi merupakan Presiden Mesir yang baru dilantik selepas memenangi pilihanraya tahun lepas, 2 bulan lepas beliau telah digulingkan oleh  jeneral yang dipercayainya sendiri. Akhirnya, Dr-Morsi dipaksa meletak jawatan sebagai presiden atas desakan tentera dan pemberontak. Jadi, Berlakulah pertembungan diantara pro-morsi dan pemberontak (tahghut). Sedangkan tidak patut sama sekali beliau(Morsi) diperlakukan begitu. 

Seterusnya korang boleh baca entry sedara 'angel pakai guci' . Khas buat sedara sedari yang nak tahu lebih lanjut konflik diMesir. cara penyampaianny simple. boleh faham . serius talk, bagi saya. wajib baca. "Konflik Mesir untuk dummies" .

Jika Sedara sedari yang kaki facebook juga boleh up-to-date dengan page Mesir Kini , Prihatin Mesir , Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir , dan Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini . Insya-Allah yang baik kita boleh percaya.

Okey, sekarang diFacebook dan twitter kita penuh dengan hash tag #R4BIA kan.

Apa itu #‎R4BIA‬?


" Why is ‪#‎R4BIA‬ is trending right now?

The “Rabaa Sign” has become the sign of the anti-coup protests in Egypt. It literally means number four or fourth in Arabic.

The "Rabaa Sign", like the "Peace Sign" for Palestine, symbolizes a specific event that is the massacre on August 14 at the famous Rabaa al-Adawiya Square where the anti-coup protesters voice their demands by raising their four fingers.

Ameen Misran

Dengan kata lain. Raba'ah / Arbaah = Empat

Dimana "Raba'ah" atau "Dataran Rabiah Adawiyah" merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.


Maksudnya juga :

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Jadi kita boleh kata #R4BIA adalah satu tanda protes kepada kekejaman yang berlaku diMesir. Tanda Kebebasan . Solidariti buat mereka. 

And I hope please don't underestimate the power of a sincere do'a. No matter who you are, your sincerity will break any barriers between you and Allah. Done solah, pray for them.

"Allahumma mansur ikhwanana majahideen fi Palestine, fi Gaza, fi Syria, fi Mesir, fi Kashmir, fi kulli makan wa kulli zaman ya Allah."


Akhir kalam, aku harap ini bukan semata-mata trending. dulu masa raya tahun lepas isu palestin kena serang zionis israel, kita kecoh sampai nangis-nangis serta boikot McD dan sebagainya , tapi bila dah lama, korang pun senyap. Tak lama selepas itu, Isu diSyria. punya bersemangat sehingga penuh dengan kata makian terhadap basyar diFB dan twitter. tapi bila dah lama, korang pun senyap. Sekarang , berlaku perkara yang sama diMesir. adakah korang masih begitu?

Jika sama, aku harap moga tarbiyyah ikut musim ini menjadi istiqamah dalam diri anda semua. Buka minda dan hati, Bangkit dari pintu-pintu khayalan anda, sedara kita disana serang berperang menegakkan kebenaran. tak kan lah kita hendak berdiam saja. 

Aku ingin berkongsi dengan sedara sedari satu text daripada adik kepada 'ustazah' yang aku kenal belajar dimesir, katanya..

"Urung mangen, orak eneng selero. saudara ku kabeh wes syahid neng medan perjuangan masakan ak neng kene mangen seenaknyo. sedih loh troso waey perasaan ko, yo ler kok cedek banget tmpt peperangan neng kene. ak ki sedang menghafal quran, orak iso turu. masjid cedek neng kene yagudi wes bakarin"

Dia orang jawa aku rasa. jadi suruh dia translate. 

"Belum makan. takda selera, saudaraku semua syahid dimedan peperangan. tak kan aku nak makan seenaknya. sedihlah terasa sangat kat perasaan ni, teruk sangat peperangan kat sini. aku sekarang kena menghafal al-quran, tak boleh tidur dah. masjid habis kena bakar dengan yahudi"



Jangan berdiam saja, Bangkitlah daripada tidur. Umat disana sedang berperang!

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."
[al-Anfal, 8:22]



Andai sedara sedari sudah bertindak. Don't Stop. Keep it going. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment