Pages

Friday, 9 November 2012

Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 3]


 Keputusan : Kahwin Muda..



  Setelah mereka berbincang, akhirnya mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga masing-masing. Walaupun terlalu awal bagi mereka tetapi sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku lebih baik mereka bersatu. Ada yang memberi cadangan supaya tidak perlu terburu-buru, ada juga yang menyokong mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka terlibat dengan dosa zina, zina mata , zina mulut dan termasuk zina hati. Jika ia berterusan, mereka akan mencipta kasih dineraka Jahanam. Ashraf - dua kali solat ikhtikarah menyata hasratnya untuk menjadikan farysa sebagai teman hidupnya. Satu sebelum membuat keputusan dan kali kedua semasa memberi keputusan.

Alhamdulillah mereka tekad, mereka yakin bahawa Allah ciptakan mereka untuk bersama. Terbukti apabila Ashraf dalam sujudnya ternampak bayangan dia, farysa dan anaknya sedang bermain diruang tamu rumahnya. Hubungan yang indah adalah hubungan yang rapat pada Allah. Yang menjadikan Allah sebagai khalik untuk mereka terus bersama. Mereka bercinta kerana Cintakan Allah. Jika hilangnya cinta pada Allah, maka hilanglah cinta mereka. Cinta itu sungguh Indah.

Keputusan telah dibuat setelah memohon pertolongan Allah, pendapat sahabat karib, dan juga pandangan beberapa ustaz dan ustazah. Dan “Aku terima Nikahnya”…


*****

Sebuah rumah teres dua tingkat berdepan dengan jalan raya, mereka tinggal bersama. Hidup sederhana, tetapi cinta mereka terus mekar setiap kali mereka bertentang mata.. Indahnya Hidup bercinta. Indahnya Hidup bersyariat.

Farysa : Abang! ini kopi yang abang minta?

Asyraf : Allah *menyapu muka

Farysa : Aih bang, termenung jauh nampak?

Ashraf : takdelah sayang..

Cinta itu bermula dengan senyuman, hadirnya kasih dan sayang. Kerana senyuman itu sedekah, menjadi barokah yang berterusan. Zauj dan zaujan ditakdirkan bersama untuk mencapai cinta syurga.

*****


“Kahwin bukanlah suatu permainan. Apabila sudah sah bernikah, boleh main cerai-cerai. TIDAK! Kahwin merupakan suatu tanggungjawab. Tanggungjawab antara dua pihak, baik laki-laki mahupun perempuan. Allah suka hambanya berkahwin dan Allah benci hambanya bercerai. Oleh itu pesan saya, jangan anggap perkahwinan itu permainan tetapi anggaplah suatu tanggungjawab yang diberikan untuk kalian sentiasa bersama dalam mencapai syurga Allah, InshaAllah.” kata prof. madya ustaz Attar bin Syafie kepada kami yang meminta pandangannya mengenai perkahwinan. Alhamdulillah beliau tidak menghalang malah memberi semangat kepada kami untuk terus bernikah. Katanya lagi “Saya dulu pun, kahwin awal, tahun akhir diploma.”. Bilik kecil itu menjadi ceria dengan gelak ketawa kami.

Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan.” (HR. Ibnu ‘Addi)

Keesokan harinya, di perpustakaan baru, mereka berjanji untuk berjumpa. Farysa ditemani Aliyah dan Ashraf datang keseorangan. Mereka mencari tempat, duduk di sebuah meja belajar sambil membentangkan ‘pelan’ perkahwinan.

Aliyah : Haih Asyraf, senyum semacam nampak? Ada apa-apa ke ?

Asyraf : Laa. Senyum kan sedekah, salah ye?

Aliyah : tak salah , cuma.. yelakan. Bakal isteri depan mata.

Asyraf : dah! dah! ke situ pula dia. *senyum manis

Sedang mereka sibuk membincang perancangan untuk berkahwin..Aliyah mengajukan soalan kepada Ashraf. Farysa memandang.

Aliyah : Kau dah sedia ke?

Ashraf : hmm InshaAllah. Aku dah sedia. cuma .. cuma..

Aliyah : Cuma apa!! *nada tengking.

Ashraf : Cuma aku takut farysa tak sedia..

Farysa yang menundukkan wajahnya, pipinya kemerahan seperti Rasulullah memanggil isterinya, Aishah dengan gelaran humairah yang bermaksud pipi kemerahan. Diusik lagi oleh Aliyah, sehingga malu dibuatnya. Kata Aliyah “orang dulu ada kata, malu tanda setuju”..


*****

Hujan lebat, sangat lebat. Angin bertiup kuat. Cuaca diluar gelap, bukan disebabkan hujan tetapi tanda sudah lewat malam. Dalam bilik, di atas katil. Mereka ...

Ashraf : Sayang ingat lagi tak? *menyelak rambut isterinya ke belakang.

Farysa : kalau abang tak bagitahu macamana sayang nak ingat?

Ashraf : Ala., yang first time abang telefon umi sayang..

Farysa yang mula ingat kembali ketawa kecil, mana tidaknya, semasa Ashraf telefon ibunya, dia mengigil. Percakapannya pun gagap. Masa tu farysa ada bersamanya. *Setelah penat mereka bergurau senda, sehinggalah Ashraf bangun dari katil. Tutup lampu..

*****


Mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga masing-masing. Ashraf sudah bercakap dengan keluarganya. Alhamdulillah walaupun mulanya ditentang, tetapi bila dipujuk beberapa kali akhirnya mereka setuju. BUkan senang untuk memujuk mereka. Ashraf terpaksa menunjukkan dia sudah bersedia, sudah matang untuk menjadi seorang anak dan suami yang bertanggungjawab; kerana perkahwinan itu merupakan suatu tanggungjawab yang berat. Yela sebagai orang muda, kita hanya berhujah berdasarkan teori tetapi ibubapa berhujah berdasarkan pengalaman dan pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Apa sahaja syarat yang diletakkan, Ashraf menuruti dengan tenang.

Kata ulama terdahulu “Seorang yang jiwanya besar, apa saja halangan mahupun masalah yang datang, dia dapat hadapinya dengan tenang”.

Farysa juga sudah berbincang dengan ibunya. Dia mendapat tentangan hebat. Walaupun sudah dipujuk beberapa kali tetap tidak diendahkan. Bukan ibunya menolak niat Farysa untuk kahwin awal tetapi dia ingin melihat anaknya berjaya kerana Farysa merupakan satu-satunya anak kesayangannya. Mana ada ibu tidak sayang pada anaknya. Dalam masa yang sama, Dia juga ingin melihat kebahagian dimata farysa. Setelah beberapa hari, Entah mengapa pintu hati ibunya terbuka untuk mengenali lelaki yang diceritakan oleh Farysa. Perkara ini disembunyikan daripada suaminya, ayah Farysa. Dia mencapai telefon bimbit..

Farysa  : Assalamualaikum umi, ada apa telefon esha?

Umi       : Waalaikumsalam. Umi rindu esha..

Farysa  : esha pun rindu umi. Rindu sangat.

Umi       : ni umi nak cakap sikit.. betul ke esha sedia nak berlaki? Esha masih belajar tau?

Farysa : InshaAllah umi, Allah sentiasa bersama esha. Esha sedia.

Umi      : tapi esha ..

Farysa : Umi, Hnya Allah saja tahu perasan esha pada dia, Allah sebagai khalik antara kami berdua. Esha cinta dia kerana agama padanya, jika hilang agama padanya maka hilanglah cinta esha. Umi, percayalah. Esha diciptakan untuk dia. Bersama dia mencapai syurga yang dijanjikan Allah.

Ibunya mengakhiri dengan ucapan salam. Air mata seorang ibu mengalir ke pipi akhirnya jatuh ke bumi, dia menangis bukan kerana anaknya melawan kata tetapi Kerana anaknya menemui cinta sebenar. Cinta yang mengenal tuhan.

“Redha Allah terletak pada redha ibubapa dan murka Allah terletak pada murka ibubapa” (Hadith riwayat At-Tirmidzi) 

Farysa juga menangis. Menahan sebak di dada. Air matanya mengalir, dia mengambil kain mengesat air mata yang membasahi pipi. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu dia patut bersedih ataupun gembira. Alhamdulillah syukur hadrat Illahi, dia tahu ibunya pasti merestui niatnya untuk bernikah. Itulah yang dikatakan tangisan kegembiraan. Walau bagaimanapun ada syaratnya….


                                                                                                                                Bersambung...

                                                             
                                                                Episod 1                                          

                                       

2 comments:

  1. tunggu episod 4 pulak.. mcm dh bce cerita manis by aiman azlan. tunggu next episode.. hehe

    ReplyDelete