p/s Tak lupa pada kawan aku yang besday hari ini, selamat hari jadi semoga hidup kamu diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT. begitu juga dengan my reader semua . Syukran akhi ukhti .
Our prophet Muhammad SAW pernah bersabda " Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datang waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian".
5 Perkara SEBELUM 5 Perkara .
1. Muda SEBELUM Tua
2. Sihat SEBELUM Sakit
3. Kaya SEBELUM Miskin
4. Lapang SEBELUM Sempit
5. Hidup SEBELUM Mati ...
Ingat lima perkara sebelum lima perkara .
Hidup didunia hanyalah sementara manakala hidup diakhirat kekal selamanya. Tidakkah kita tahu bahawa bila-bila sahaja kita boleh mati , oleh itu mari kita gunakan kesempatan yang ada untuk beribadah kepada ALLAH agar dosa lampau kita diampun dengan mengingati lima perkara sebelum lima perkara . Jazakallah !
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Semua,
Allah berfirman dalam surah Al- Asr ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar ".
RETURN TO ALLAH
WHILE THERE IS TIME ...
DEMI MASA!
Nabi SAW pernah bersabda "Setiap anak adam pernah melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah memohon keampunan kepada ALLAH".
Demi masa, Sesungguh manusia itu dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh,
dan berpesan-pesan kearah kebenaran dan kesabaran.
Keterangan :-
Manusia dalam kerugian kecuali :-
- mereka yang beriman kepadaNYA
- mereka yang sentiasa beramal soleh
- mereka yang memberi nasihat kearah kebenaran dan kesabaran.
BERIMAN, BERAMAL SOLEH, KEBENARAN, KESABARAN .
Jika tak mahu diri anda dalam kerugian, lakukan 4 perkara tersebut. Insyallah boleh punya , yang penting niat dan dikuti dengan usaha .
p/s korang perasan tak yang aku banyak sangat guna perkataan 'kerugian' . Bukan apa, cuma aku nak korang sedar yang kita semua memang dalam kerugian termasuklah aku. Sedarlah supaya nanti kita tidak menyesal dikemudian hari.
Nama manja IDM , nama penuh Internet Download Manager . Superb, awesome and amazing . IDM for sure untuk mereka yang suka download movie, lagu or what so ever semua segala bagai , seriously aku prefer korang guna IDM. Software ini akan lajukan apa yang korang download , tak percaya cubalah try test . Korang boleh cari software ini kat google dan aku nasihatkan jangan update sebab sekali korang update, treenngggg!!! habislah .
P/s Post ini aku update sebab ada member aku dia kurang tahu pasal IDM! (aku baru guna tahun lepas) so aku rasa mungkin ada antara kita yang tak tahu pasal software ini, masih menggunakan browser, youtube downloader and etc untuk download something . Bukan kata tak bagus cuma korang mesti nak cepat kan , okey gunalah IDM . AWESOME.
Teringat ayah dan ibu yang berada dirumah, adek-adek aku yang mungkin tengah tidur sekarang. Alahai~ rindunya. Sekarang jam menunjukkan pukul 4 pagi, tak dapat tidur sebab petang tadi dah tidur tersangat lama.
******************************************
P/s Gambar diatas cuma wayang seakan 'lecturer' mengajar dihadapan.
p/s Insyallah kalau diberi rezeki, aku nak jadi seorang pengajar. ^0^
Apa hukum beri salam? -Beri salam sunat, jawab salam hukumnya wajib.
Kalau tak jawab salam berdosa ke? -Benda wajib kalau tak buat berdosa.
Apa maksud Assalamualaikum? -Selamat Sejahtera keatas kamu.
Waalaikumussalam? -Selamat Sejahtera keatas mu juga.
Kalau non-muslim beri salam bagaimana? -Jawab "alaikum" sudah mencukupi - pendapat jumhur ulama
Boleh tak dalm SMS kita tulis 'salam' je tak penuh? -Boleh kerana salam dan assalamualaikum mempunyai maksud yang sama iaitu sejahtera.
How about akum, askum and etc..? Tak boleh kerana akum, askum mempunyai maksud yang bercanggah dan menghina islam.
Mana lebih afdal salam ke assalamualaikum? -Assalamualaikum
Saya ada terbaca satu artikel yang haram cakap 'salam' saja kerana 'salam' maksudnya selamat tinggal . Boleh terang kepada saya? -Salam maksudnya sejahtera, selamat . Kalau kita hafal maksud 'salam' dalam asma'ul husna iaitu 99 nama ALLAH, maksudnya selamat dan bukannya selamat tinggal.
Ada lelaki yang saya tidak kenali beri salam kepada saya(perempuan) perlu ke saya menjawabnya? -Dimaafkan oleh syarak tidak menjawabnya jika boleh mendatangkan fitnah.
Secara umunya, memulakan salam itu adalah sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Jika ada sebarang pertanyaan yang sedang bermain difikiran sahabat sekalian, bolehlah email atau komen, insyallah saya akan cuba menjawabnya . Syukran !