Saturday, 7 July 2012
Hukum- Soal Jawab Mengenai Salam
Jawab jangan tak jawab .
Soalan:-
Apa hukum beri salam?
-Beri salam sunat, jawab salam hukumnya wajib.
Kalau tak jawab salam berdosa ke?
-Benda wajib kalau tak buat berdosa.
Apa maksud Assalamualaikum?
-Selamat Sejahtera keatas kamu.
Waalaikumussalam?
-Selamat Sejahtera keatas mu juga.
Kalau non-muslim beri salam bagaimana?
-Jawab "alaikum" sudah mencukupi - pendapat jumhur ulama
Boleh tak dalm SMS kita tulis 'salam' je tak penuh?
-Boleh kerana salam dan assalamualaikum mempunyai maksud yang sama iaitu sejahtera.
How about akum, askum and etc..?
Tak boleh kerana akum, askum mempunyai maksud yang bercanggah dan menghina islam.
Mana lebih afdal salam ke assalamualaikum?
-Assalamualaikum
Saya ada terbaca satu artikel yang haram cakap 'salam' saja kerana 'salam' maksudnya selamat tinggal . Boleh terang kepada saya?
-Salam maksudnya sejahtera, selamat . Kalau kita hafal maksud 'salam' dalam asma'ul husna iaitu 99 nama ALLAH, maksudnya selamat dan bukannya selamat tinggal.
Ada lelaki yang saya tidak kenali beri salam kepada saya(perempuan) perlu ke saya menjawabnya?
-Dimaafkan oleh syarak tidak menjawabnya jika boleh mendatangkan fitnah.
Secara umunya, memulakan salam itu adalah sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Jika ada sebarang pertanyaan yang sedang bermain difikiran sahabat sekalian, bolehlah email atau komen, insyallah saya akan cuba menjawabnya . Syukran !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment