Pages

Thursday, 30 August 2012

Reminder : Aku jahat, Aku banyak buat DOSA !


Aku jahat , aku banyak buat dosa . Adakah Allah masih ampunkan dosa aku walaupun aku masih jahil ? jawapan terletak pada diri kita. Allah telah berfirman "Aku tidak akan merubah sesuatu kaum kecuali dirinya niat untuk berubah" (surah Ar-Rad:11). Berdoalah pada Allah sesungguhnya dia maha pendengar ! Allah berfirman lagi "Jika kau memohon keampunan dengan sebenar-benar keampunan nescaya aku akan ampunkan" . See semuanya terletak pada diri kita, nak atau tidak. Surah Alfatihah ayat 6-7 "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat".


Reminder : #DearFutureWife


#DearFutureWife Aku tak kenal siapa kau dan aku tak tahu kat mana kau sekarang , Andai takdir kita tertulis untuk bersama, insyallah kita akan bertemu. Dalam sisipan doa aku selitkan "Ya ALLAH, jika benar dia jodohku, maka kuatkan sayapku untuk terbang terus kepadanya".

Kalau jodoh tak kemana . Usaha tangga kejayaan , doa pemangkin harapan .

Reminder : "Kau tak jealous ke tengok orang couple ?"


"kau tak jealous ke tengok dorang couple?" 

"kenapa aku nak jealous dengan orang yang buat dosa ? bukan ke couple boleh dekatkan diri kita dengan maksiat yang nyata."

Reminder : Pepatah Cinta [PC]


Pepatah cinta [PC] "Aku tak couple bukan kerna aku anti-couple, bukan tiada orang yang berkenan malah bukan juga tiada orang yang 'sudi'... cumaaa aku tak naklah memulakan sesuatu hubungan dengan pasangan yang aku cintai, tidak mendapat keberkatan oleh ALLAH. Mungkin aku happy dengan si 'dia' sedangkan ALLAH murka kepada aku.


Reminder : Remaja Terlanjur , Pintu Taubat masih Terbuka..


Bermain cinta dalam lingkungan remaja, hancur hatinya dikecewa , baru menyesal tak guna , ada yang mengandung beranak tiga , hahaha ketawa syaitan padanya, dihina oleh masyarakat dunia . tidak mengapa ! jangan putus asa . bertaubatlah , kerana ALLAH maha pengampun . bertaubatlah selagi masih bernyawa.


Reminder : Don't make it as Reason version Wanita


Seorang wanita cantik sering mengeluh dan akhirnya membuat keputusan untuk bertanya kepada seorang ustazah.

perempuan : ustazah , dalam islam perempuan kene pakai tudung kan?

ustazah : tak payah pun takpe .

perempuan : hah biar betul !

ustazah : ye betul tapii.. dalam islam wajib tutup aurat . tutup semua kecuali muka dan tapak tangan, bukan pakai tudung saja.

perempuan : oh begitu, terkejut saya . tapi kan ustazah , entahlah saya tak tahu kenapa berat sangat diri ni nak pakai tudung , memang tak berdayalah lagi-lagi nak beli tudung. ini nak pakai tudung. berat rasanya .

ustazah : oh , kamu boleh berjalan?

perempuan : boleh.

ustazah : jom , teman saya pergi shopping, saya pun nak beli tudung baru .




Pengajaran : Alasan pencetus kepada kegagalan . Alasan penghalang kearah kebaikan . Untuk menjadi seorang yang baik tidak memerlukan seribu alasan untuk berubah . Man Jadda Wa jadda . Siapa yang berusaha , dia berjaya .






Reminder : Don't make it as Reason version Lelaki

Ada sorang lelaki jumpa sorang ustaz untuk bertanya pasal masalahnya .

lelaki : ustaz, saya tak tahu kenapa berat sangat saya nak solat! da macam2 cara saya buat tapi ...ermm entahlah ustaz, memang saya tak boleh, tak kuat .

ustaz : oh, kamu boleh berjalan ?

lelaki : boleh.

ustaz : pergi ambil wuduk dan solat .

Pengajaran : Manusia yang hidup dengan beribu alasan sukar untuk berjaya . Alasan punca kegagalan . Jangan jadikan stiap sesuatu sebagai alasan untuk kita tidak menunaikan apa yang diperintah. Kalau kamu ingin slow talk dengan ALLAH, dirikan solat. INsyaAllah .