Pages

Saturday, 9 February 2013

MOTIVASI


Alkisah seorang kurang bermotivasi oleh Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man


Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpu dengan Tok Guru Mat Ubas.

“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.

“Nak buat, buat terus,” jawab Mat Ubas.

“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.

“Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Mat Ubas.

“Telur,” jawab Ahsan.

“Dari mana telur datang?” jawab Mat Ubas. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Mat Ubas mula berceramah…

“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Apa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Mat Ubas.

“Motivasi dulu,” jawab Ahsan.

“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Mat Ubas tanya kembali.

“Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, sealalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Mat Ubas.

Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Mat Ubas dan tidak berkata apa-apa.

“Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Mat Abus.

Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi

Pengajaran cerita ini ialah:

Kita harus bertindak sekarang apabila terasa itu betul dan bahawa ia adalah benar, dan percayalah motivasi akan datang selepas tindakan diambil.

MASA


Pesanan Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man

Malam ini pendek saja.

Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.

Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.

Apa yang kita akan buat?

Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.

Betul tak?

.........
.........
.........

Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.

Akaun itu bernama 'MASA'.

Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.

Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.

Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.

Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.

Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.

Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.

Senyum

SAHABAT


Pesanan Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Janganlah engkau berasa hebat bersahabat dengan mereka yang mendurhakai Allah dan menjauhkan manusia dari jalanNya. Kerana engkau akan menempah jalan yang dimurkai Allah. Janganlah engkau kagum dengan sesaorang yang memperolehi harta melalui jalan yang diharamkan Allah, kerana setiap perbelanjaannya tidak diterima oleh Allah. Tindakan kamu mendekati mereka dsn bergaul mesra dengan mereka akan menjauhkan kamu dari golongan yang dikasihi oleh Allah, dan mendekatkan kamu kepada kemurkaan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau pisahkan dirimu dari jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun mereka kelihatan lemah, tiada permaidani merah yang menghampar mereka, namun mereka dengat dengan Allah. Perhatikanlah pergaulanmu dengan semua sahabatmu, berjalanlah bersama mereka, makanlah bersama mereka dan sembahyanglah bersama mereka; nescaya engkau akan kenal siapa mereka.

Wahai anakku,
Janganlah engkau bangga bersahabat dengan golongan yang fasik, lalu kamu menjauhi golongan bertaqwa. Engkau mengharapkan habuan dunia yang ada pada mereka, lalu mereka menyesatkan kamu dan menjauhkan kamu dari Tuhanmu. Engkau akan mulai terpisah dengan golongan yang menjaga iman mereka, kamudian kamu akan semakin jauh dari rumah Allah dan kamu akan terus bergelumang dengan golongan yang lalai dengan Allah.

Wahai anakku,
Sahabat yang baik itu ialah sahabat yang bilamana kamu melupai kewajipanmu, ia akan mengingatkan kamu. Bilamana kamu mendengar kata- katanya akan bertambah ilmumu, dan bilamana kamu melihat amalan sehariannya, mengigatkan kamu pada hari akhirat.

Wahai anakku, 
Aku sedar betapa payahnya kamu untuk mendapatkan sahabat yang baik, namun kebaikan yang ada padamu akan mengundang kebaikan sahabat yang mendekatimu. Tidakkah bau harum pada bebunga yang mekar menarik kedatangan lebah bagi menghisap madunya. Dan tidakkah kamu perhati bau busuk dari seekor bangkai akan mengundang langau. Kamu jangan mengharap kebaikan yang ada pada golongan yang lalai pada perintah Allah, atau pkamu kagum dengan satu dua kebaikan yang dilakukan dihadapanmu, lalu kamu sanggup memejam mata terhadap rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Lalu kamu war- war kebaikannya, dan kamu diam terhadap kemungkarannya.

Wahai anakku,
Janganlah kamu menjadi juru cakap kepada musuh bagi membenarkan keburukan perbuatanmu, keran ia tidak lebih menambahkan kebencian orang terhadapmu. Sebaliknya perbaikilah kelemahan dirimu bersama jamaah, dengan mendekatkan dirimu kepada Allah melalui amalan jamaahmu. Hiruplah keredhaan Allah dalam setiap patah zikirmu, dan titislah airmata keinsafan di atas keterlanjuranmu kerana mengabaikan perintah Allah.

Wahai anakku,
Aku sedang berbicara denganmu, bukan orang lain kerana aku mengasihimu dunia dan akhirat. Demi Allah aku sanggup hilang seribu sahabat yang fasik, namun aku tidak sangip kehilangan seorang sahabat yang soleh.

Senyumlah semoga Allah mengasihimu.

Perjuangan Menegakkan Agama





Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.,

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.

Wahai anakku, 
Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar mengigatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya " apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya". Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.

Wahai anaku,
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu.

Wahai anakku,
Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu.

Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasihsayangNya.

Thursday, 27 December 2012

REMINDER : Pesanan Yang BerManfaat

Assalamualaikum.

Ustaz Khalil merupakan ustaz saya dalam kelas CTU(agama). Beliau pesan;

1. Baca Al-quran. walaupun satu muka surat sehari.
2. Jangan tinggal solat kerna Solat itu tiang agama.
3. Banyakkan membaca/mencari ilmu yang bermanfaat.
4. Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama bab (aurat).
5. Menuntut ilmu itu ibadah sehinggalah kita mati.

Selamat Beramal. Salam Jumaat Semua.

REMINDER : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya

Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahi, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji ALLAH tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik, bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi dipertengahannya, dipenghujungnya malah sepanjang jalan ke SYURGA. Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

"Rahmat" Allah. Syukur Alhamdulillah

Bismillah

kisah benar dari seorang sahabat bernama Ashraf. 


Scene Setan dan Aku

Kau : Awal lagi. Baru pukul 5.30 pagi.
Aku : dah azan. Aku nak pergi masjid.
Kau : ala.. Awal lagi. Nanti aku kejut pukul 6.30 pagi.
Aku : tapi...
Kau : takde tapi2. Yang penting kau solat. 

Pukul 6.40 aku bangun. Terus ambil wuduk dan solat subuh. Menyesal tidak berjemaah dimasjid kerana 'kau'. 


Pukul 4.50 petang aku dan kawan-kawan pergi bersiar-siar di kawasan felda jengka. Singgah sekejap mandi kolam. selesai mandi..

Scene kawan dan aku

Aku : pergilah solat dulu. Dah nak masuk maghrib.
Kau : nanti aku qadalah.
Aku : mana boleh. Surau kat bawah.

Scene kawan1 dan aku

Kau : kiranya kau solat, nanti bawa motor kitaorang mati kau taklah.
Aku : bukan macam tu. At least aku solat. Selamat aku dari diseksa sebb tak solat.
Kau : so kira kau dijamin masuk syurgalah.
Aku : taklah. Kau rasa allah pilih siapa yang layk masuk syurga dia. Orang yang tak solat atau orang yg solat?

Kami bergerak balik. Malam ahad ada pasar malam. Singgah Sebentar beli makanan. Maghrib disurau jengka bandar pusat.

Sampai rumah. Makan lauk yang beli. Ayam goreng dan nuget. Kedengaran azan isyak. Bersiap dan solat dimasjid lama rantau perintis.

Pukul 8.40 kawan ajak pergi makan. Aku tak buat apa, ikutlah. Mereka gerak dulu. Aku lmbat sikit... Sebenarnya aku tak tahu jalan, last2 aku terus ke UiTM. HOMSIS. Jumpa dengan kawan debat. Silat gayung. Eac. Dan kawan CA.

Kawan yang ajak pegi makan kol tanya dekat mana. Aku jawab aku tak tahu tempat dan bagi masa aku 20 minit.

Aku pun mencari. Bawa motor modenas gt. Cari punya cari. Sampai satu tempat motor tak boleh start. Habis minyak. Terpaksa tolak. Nasib baik tak jauh dari stesen minyk tapi jauhlah jugak. Motor gt berat. Aku tolak motor tak sampai suku jalan. Aku kol kawan. Tak minta tolong cuma aku kata aku terus pergi stesen minyak. Aku teruskan menolak. Tiba2...

Scene kau dan aku

Kau : assalamualaikum. Kenapa ni. Motor rosak ke takde minyak?
Aku : wassalam. takde minyak.
Kau : takpelah. Saya tolong tolakkan.alang2 saya pun nak pergi isi minyak.
Aku : ya Allah. Terima kasih bang.

Lelaki berbaju melayu. Tolak motor aku sampailah depan stesen minyak. Namanya rahmat. Kerja diselangor balik kampung dijengka. Terima kasih.

Mesej masuk dari kawan."kawan kan. Tunggu sana. Kiteorang datang." Terharu. Aku tunggu dorang kat stesen minyak. Terima kasih kawan.

Mungkin salah aku sebab minyak dah berkelip tapi aku tak isi. Akhirnya aku isi full rm 7.81 sen. Insaf sekejap.Rasanya mungkin ini ujian kesabaran.

Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Scene kawan dan aku.

Kau : banyak dugaan kau hari ni.
Aku : dlam hati. Hanya allah tahu.

Scene kawan1 dan aku 

Aku : tadi kau kata apa.
Kau : kau nak tahu?
Aku : ye aku tahu.
Kau : ingat ta petang tadi kau kata "at least aku solat" angkuh. Kan Allah dah tunjuk.

Aku mula berfikir. Terus ambil galaxy note kawan aku dan update.

Betul kata kawan1. Kan Allah dah tunjuk. Ya. Allah dah tunjukan aku erti kesabaran. Sentiasa ingatkan Allah. Semasa aku tolak motor aku tidak mengharap sesiapa kecuali DIA. Tiba2 muncul lelaki yang bernama rahmat. Aku rasa Mungkin Allah mengerakkan hatinya untuk menolong aku. Terima kasih Allah kerana memberi saya "rahmat" mu. Alhamdulillah syukur.

Dan aku terfikir adakah ini yang allah nak tunjukkan... Jika benar. Alhamdulillah syukur.

Hadith nabi saw katanya, ketahuilah Allah menguji hambanya kerana sayang padanya. 
SUBHANALLAH...