Pages

Thursday, 20 February 2014

Kerana Cinta Kami Setia


Kata-kata mereka..... kerana cinta kami setia.





Kerana Cinta, Kami Setia mengajar adik2 dirumah tunas harapan semai bakti, jengka Pahang. Terima Kash tuhan kerana Adanya manusia-manusia yang ikhlas mengajar tanpa bayaran dan mengorbankan masa dan tenaga setiap hujung minggu demi membantu adik-adik dalam pelajaran agar dewasa kelak menjadi manusia yang berguna.

Setiap hari ahad pukul 9 pagi , kami akan mengajar diRumah Tunas Harapan Semai Bakti, siapa yang berkelapangan boleh turut sertai. kami perlukan ramai lagi sukarelawan yang berhati ikhlas .


Moga tuhan saja mampu balas jasa dan pengorbanan anda. Amin

Asyraf Muda
Timb Kelab CA UiTM Pahang
PM TFTN Ray Jengka
Sukarelawan




Forum Pedagogi Cinta

Kerna Cinta, Aku masih menulis. Pedagogi Cinta



Terima Kasih pada kawan-kawan yang membantu dan menjayakan Forum Pedagogi Cinta semalam. Secara ringkasnya, kita berbincang mengenai pedagogi cinta secara umum dan khusus dan akhirnya diklasifikasikan sebagai Kaedah pendidikan berteraskan cinta. 




banyak yang aku pelajari dari para panel; prof madya ust rashid, cik asmidar dan sdr wan khairul azman, biarpun masa itu aku seorang moderator. syukur program berjalan dengan lancar.

tertarik dengan kata ahli falsafah plato "Knowledge is a act of love" , kiranya pendidikan adalah satu cara untuk mempamerkan cinta, cinta adalah penyelesaian kepada ekonomi, politik , pendidikan dan sebagainya.

adanya dalam forum ini membicarakan hal cinta yang mana definisi cinta yang aku rasa sangat luas dan tidak hanya khusus kepada hubungan lelaki dan perempuan. forum ini juga membicarakan tentang hal pendidikan. lagi menampakkan adanya daya intellektual secara santai menjadikan pedidikan berteraskan cinta capai tahap.

apa yang menariknya, jarang mahasiswa dpt mnjadi panel dalam sesebuah forum, kalau ada pun hanya moderator. semalam menampakkn mahasiswa pun boleh. jadi takda masalah jika kita buat satu diskusi mahasiswa menampilkan mahasiswa pula berforum sesama mereka. bolehlah invite aku ke sebb semalam jadi moderator tak boleh cakap banyak nanti bertukar sapa panel sapa moderator. haha

kalau ditanya , apakah cukup masa untuk terangkan keseluruhan apa itu pedagogi cinta secara mendalam, rasanya belum tentu cukup jika hanya dua jam berbicara. mungkin kita boleh buat kelas yang fokus khas untuk pedagogi cinta saja. insya allah akan kami cuba set masa dan tarikh, kemungkinan panel dah ada.

ini kali kedua aku terlibat dengan forum menjadi moderator, kurang gugup dan nervous. pertama kali forum penah bersama imam muda najdi dan imam muda amar diprogram anak angkat dikuala krau. cerita lanjut boleh baca di blog.

selepas saja selesai forum pedagogi cinta, aku dan para panel terus menjamah jamuan ringkas yg telah disediakan, ada perbincangan tentang sistem kupon, kelas pencerahan, budaya diskusi , budaya ilmu, pemikiran student uitm jengka, ziarah intelektual dan banyak lagi bersama nydp mpp sekali. aku seronok dengar.

ada post mortem pukul 12 tengah malam, jadi ada sedikit perbincangan dan penambaikan. dan aku tak rasa mereka tahu apa yang aku nak bawa dan kenapa adanya forum ini yang mana aku rasa sendiri, tak sama seperti program lain. tapi aku tak nafikan ada baik dan buruk, itu normal. kelemahan kena perbaiki, cuma kalau kita letak taraf pemikiran serata dalam kengkangan ataupun dalam kerangka 'budaya biasa' uitm, maka tak kemanalah kita. padahal kita boleh berfikir jauh dan bukan hanya mengangguk kepala, kata pemimpin tanpa ada kajian dan analisis biarpun siapa dia pangkat dia apa.

contoh, " saya penah jaga biro ini dan ini, ada tetamu ni terpaksa layan karenah apalah, siap makanan pun dia pilih", kalau tanya aku, aku tak kan ajak dia , dan siapa dia peduli apa. aku percaya manusia diberi akal oleh tuhan untuk berfikir bukan mengikut-ikut tanpa tujuan. sedang dato rektor lepas pun tak banyak kerenah dan sangat respek pada tolenransi beliau semasa ceramah pasal syiah ust aizam jakim semester lepas, sekrang beliau berada diuitm machang. manusia pelbagai ragam.

tapi seperti yang saya kata, tak nafikan ada baik ada buruk, itu normal, kelemahan kena perbaikan, dan kritikan sebagai penambaikan. selepas saja post mortem, suma ajk dijemput makan, ada makanan khas yang ditempah lebih. terima kasih danTahniah semua!

habis berkemas dan nak balik, aku perasan cik asmidar, azman, fatin dan faiz masih duduk lepak depan DIS, aku pergi sergah sekejap. dan aku rasa mungkin ini post mortem kedua, kami berbincang isu berat seperti sistem kupon diuitm dan ipt lain, mengenai pendidikan , sukarelawan dan banyak lagi selain isu cawan dan dulang. hahaha

Forum Pedagogi cinta membincangkan isu pendidikan berteraskan cinta kasih dan sayang. analogi mudah, mana mungkin kamu suka dia, kalau kamu tidak mencintainya. bukankah ada satu hadith, jika kamu tidak menyayanyi, kamu tidak akan disayangi.

Sekian;

Asyraf Muda
Pengarah Forum Pedagogi Cinta
Timbalan Kelab CA

PM TFTN Ray Jengka
Sukarelawan

Saturday, 4 January 2014

Tahun 2014 "Masyarakat Membaca, Masyarakat Berilmu"


"Setiap tahun baharu menjelang, kita pasti memperbaharui azam dan iltizam untuk mencapai sesuatu dengan cemerlang, sama ada untuk menjadi kaya, naik pangkat, tambah anak dan bermacam-macam lagi. Namun, pernahkah kita memasang azam untuk membaca buku yang dibeli setiap tahun atau sepanjang hayat dikandung badan atau membaca sejumlah buku yang dibeli, atau membaca buku kegemaran yang tidak sempat dihabiskan ataupun mungkin sahaja tidak ada keazaman sama sekali untuk membaca buku pada tahun ini? "

Shaharom Tm Sulaiman dalam bukunya Bibloholisme, 'Menelurusi pesona dunia buku dan pencintanya'.

Tahun baharu bersama teman ke dataran, habis saja program singgah kekedai sambil bersembang santai. sampai saja dirumah lebih kurang pukul 2.30 pagi. seperti biasa, sebelum tidur, sempatlah menelaah dan membaca 'Buku yang perlu dibaca sebelum 'Mati'' pada malam tahun baharu sehinggalah ketiduran. Diantara 10 azam yang telah aku senaraikan, ingin menghabiskan masa terluang dengan membaca buku yang dibeli selain mencari bakal zaujah peneman syurga duniawi dan ukhrawi. 



Ana berjubah putih dan teman sebelah, Zulhazizi berjubah hitam.

p/s: 'Masyarakat Membaca, Masyarakat Berilmu'. Tahun baharu bukan setakat azam baru saja tanpa ada tindakan seterusnya. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014. 




Monday, 11 November 2013

Luahan Hati Seorang 'Promoter'

Post ini diambil dari page facebook asyraf muda sendiri.


Luahan Hati Seorang 'Promoter'


Tak tahu la kalau aku seorang saja yang perasan. Aku kerja promoter since 2010 lagi disebuah pasaraya besar. Then sambung study dekat pahang. Bila cuti semester, aku habiskan masa kerja cari duit sikit. Sehinggalah srkrg, aku cuti semester dan kerja disana.

Mungkin masa kita kerja, ad custemer sepahkan tempat yg kita dah kemas. Rasa macam nak marah, kalau boleh, nak je pukul dengn penukul besi. tak boleh ke tanya kita yg ad jaga kat situ nak cari saiz itu ini. Dah terang2 kami pakai tag promoter.

Pelbagai gelagat dan karenah manusia aku tengok, ad yg sporting, yg okey, yg tak dgr kata, yg degil, dan yg tak paham bahasa. Kami kata saiz takda, dia tetap nak cari dua tiga kali, last2 bersepah dan dia terus blah. Yg kene kemas kami yg berdiri dari pagi sampai pukul 10 malam.

Tak minta kesian dan simpati sebb itu kerja kami. Walaupun gaji tak seberapa, cukuplah buat berbelanja. Nasiblah tambang bas rapid dan mini tak naik, tak sepadan dgn gaji.

Tp bila pikir balik, kita memang rasa nak marah. Apa boleh buat, kita pekerjs and we doing our job layan custemer termasuk kerenah menyampah dorang.

Kepada promoter, kalau jumpa custemer mcm ni, jgn marah balik tapi balas dengn senyuman. Bagi akulah, bayangkanlah kalau kauorang marah custemer, tak mustahil kalau nnti ad promoter lain akn buat sebegitu pada ibubapamu yg sedang mncari pakaian baru.

Walaupun kita mengelar diri sendiri 'hipokrit'. Depan senyum belakang maki. Hanya kita yg tahu. Tp yg maki tu eloklah dikurangkn. Tak baik. dan tidak diajarkan oleh agama.


Teringat aku akan dua pesanan seorang ustaz, diakhir ucapan beliau dalam satu program dikaca televisyen.

"Yang pertama, hendaklah kita selalu senyum. sebagaimana Nabi SAW bersabda 'senyuman diwajahmu terhadap saudaramu adalah sedekah', murahkannya. kekadang orang itu selalu senyum hidupnya dipermudah."

"Yang kedua pula, jangan sesekali punya sifat hasad dengki dalam diri, kerana apa,  orang yang hidupnya lama, didalam hatinya penuh dengan hasad dengki, pasti setiap masa hati dia tidak akan tenteram dan tenang."

Sekian saja dari seorang 'promoter'.

Senyum!

Tuesday, 8 October 2013

Generasi Pertama "Budak Arab SMKPP"


 2 Cerdas


Kami generasi pertama pelajar yang ambil subjek Arab dan kemahiran Alquran di SMK Puchong Perdana. Sama seperti pelajar lain, cuma bezanya kami tambah lagi satu subjek iaitu bahasa Arab. 

Masa UPSR saya cuma dapat 2A 2B 1C dan PSRA hanya jaid saja. entah bagaimana boleh terpilih untuk memasuki satu kelas khas yang mana kelas itu saja yang mengmbil subjek Arab di SMK.

Tiga tahu lamanya kami bersama. dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga, setia mengmbil subjek Arab biarpun agak susah. yela, kami tidak mempunyai contoh kerna kami adalah generasi pertama(Kelas Arab).

yang tak boleh blah, kalau nak kenal budak arab(kami), yang lelaki wajib pakai songkok. yang perempuan mestilah bertudung. budak arab la katakan. hahaha

Masih ingat lagi, bila kami tanggal songkok, nanti cikgu affendi marah, kata 'kamu ni kelas arab, tunjuk contoh baik2 pada pelajar lain" . padahal kelas kami sendiri nakal nak mampuih. paling bising, siap ada yang bercinta dalam kelas. haha

inilah kenangan kami, budak Arab. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang agak okeylah dalam peperiksaan komunikasi, jaid jiddan. tapi malangnya keputusan PMR Arab saya teruk. mungkin masa tuh soalan susah. tak pun, saya yang malas belajaq.

Banyak kenangan nak diceritakan, tapi cukuplah sampai sini saja. sudah 3 tahun tinggalkan sekolah. Mula rindu . mula cinta. Sekian saja dari ex kelas Arab generasi pertama.

p/s : kami mase muda. comel belako suma. hehe

Berkongsi Ilmu bersama Bro Hilal Ashraf.


Bersama Bro Hilal Ashraf


Pada tanggal 12 September 2013, ada satu program forum anjuran Sinergi Ilmu dgn kerjasama UiTM Pahang. Membawa ahli panel yg cukup hebat berbicara, Bro Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha dan Salima Habibi.

Banyak input yg best dikongsikan oleh para panel. S
epanjng forum itu brlansung sempatlah aku ambil beberapa nasihat yg bermanfaat dan taip dlm phone. Jadi jgn salah faham ye. Hahaha

Selesai saja forum, sempat lah aku jumpa direct dgn bro hilal lalu Pekenalkn diri.

"oh.. awak ke asyraf muda, tdi ad kawan awak cerita pasal awak dekat saya. Sihat?"

Aku rasa. Oh k. HAha.

Teruskn dengn menanyakn persoalan pada bro hilal tentang bagaimana kita nak menyakinkn parent yg kita boleh dah kawin. Jawabny yg kahwin usia 23 thn dan punya anak seorang.

Pertama, bagaimana kita dengn ibubapa? Cara kita berinteraksi? Cara kita bercakap? Menjaga dan sebagaimana? Kalau itupun payah, bagaimana nanti bila sudah punya pasangn.

Kedua, bukan ibubapa tak kasi tp ibubapa tahu apa kekurangn kita, mereka lebih berpenglmn. Mana ada ibubapa nak lihat anak mereka tak bahagia.

Ketiga, jgn marah mereka. Mereka tahu ap yg kamu tak tahu. Kalau bilik tak kemas? Bila ad barang bersepah? Mereka always perhatikan kita.

Keempat, tunjuk yg kita dah bersedia. Kestabiln kewangn, ekonomi, kematangan dan cukup serba serbi. Barulah parent yakin dgn kita.

Kelima, tunjukkan yg kita boleh. Jgn kita marah mereka, kerna ibubapa ni kerjany perhatikan kita, jalan yg terbaik adlh tunjukkan bukti yg kita memang dah boleh nikah. Buktikan. ekonomi okey, kerja okey, belajar okey dan sebagainya. Itu jln yg terbaik to make parent yakin dgn kita.insya Allah.

Banyk lagi sebenarny tapi akan dikongsikan pd hari yg akn datang.

Dlm forum 'Aku dibius cinta', bro hilal mndefinisikan cinta itu adlh cinta yg mmbawa kita ke syurga dan menjauhi dr neraka.

Jika benar cinta, kita pasti ingin mmbawa pasangn kita ke syurga dan pastinya jauh dari neraka. Sekian saja. 


Senyum.


Saturday, 7 September 2013

Moderator yang Gagap diatas Pentas Forum

Assalamualaikum

.Kenangan Bersama Imam Muda Najdi dan Imam Muda Amar.


Pernah sekali aku jadi moderator disatu forum agama, bersama panelis IM Najdi dan IM Amar. kedua-duanya merupakan IM Musim ke-2. Mulanya memang niat aku tak nak jadi atas sebab pertama, tak layak . kedua, tak pandai berbicara dan ketiga, tiada pengalaman. Sememang apa yang aku takuti, memang benar terjadi dipentas forum.

Gagap, gugup, nervous, dan bila nak mulakan kata-kata, terus hilang idea. Dapat aku rasakan yang forum tu tak meriah seperti lain walaupun menampilkan para panelis yang hebat belako. Banyak kelemahan terserlah, dan aku akui. dan kelemahan itu tidak putus disitu.

Selesai forum tersebut, aku terus tanya kawan apa yang lemah, katakan jujur. lantas dia kata , memang banyak yang perlu diperbaiki. adalah beberapa tips yang diberi. dan masa tu aku rasa bukanlah aku yang terbaik jika ingin dipanggil menjadi moderator.

aku mulakan pengajian, baca buku, akhbar dan artikel. sambil tonton video serta pergi kuliah dan ceramah jika ada masa lapang. Belajar dan memperbaiki kelemahan diri, dan masih banyak yang perlu aku kecapi , yang perlu aku hadapi, yang perlu aku mencari.

Betullah kata bijak pandai, pengalaman adalah pengajaran yang terbaik buat kita, yang menuntut supaya kita menjadi yang lebih baik. Pengalaman menjadi moderator yang gagap diatas pentas mengajar aku supaya menjadi seorang yang hebat, tak kisahlah dalam berbicara ataupun menulis. asalkan adanya ilmu untuk dikongsikan bersama.

Sabda Rasulullah SAW "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" -hadith sahih riwayat Bukhari.