Assalamualaikum sahabat semua .
Aku Bukan Penulis .
Aku Bukan Penulis .
sekejap !
aku tengah buat apa?
tengah menulis .
jadi aku penulis .
ya aku penulis .
Setiap pertemuan pasti ada sesi taa'ruf iaitu sesi perkenalan. Sangat tak suka sebenarnya tapi nak buat macam mana, terpaksa. Macam budak sekolah dulu, bila masuk kelas pertama mesti cikgu suruh memperkenalkan diri dulu. "Saya nak awak bagitahu nama, asal mana, cita-cita apa?" kata seorang cikgu sekolah rendah. "Okey mulakan dengan awak?" balasnya lagi. Satu per satu murid berdiri, tiba giliran aku. Aku darah gemuruh sikit, badan mula mengigil. "Err.. nama saya.. ahhh .. muhammad asyraf bin muda.. rumah kat depan jalan.. hmmm sebelah kompleks hijau.. err cita-cita ehh, aahh ahh jadi polis" . Gagap rupanya aku, kelakar bila kenang balik zaman sekolah dulu, Bila teringat pasti senyum, rasa macam nak kembalikan masa saja. Alahai~ Yang lepas biar lepas, kenangan lepas jadikan pengajaran untuk menghadapi masa yang akan datang . Sekarang alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran ke IPTA, syukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang untuk aku mencari
Perkara yang sama berlaku apabila kelas pertama bersama dengan lecture dan sahabat baru . Sesi perkenalan , seorang demi seorang memperkenalkan diri . Tiba giliran aku , "Nama saya muhammad asyraf bin muda , boleh panggil asyraf , asal puchong ,Selangor , umur masih 18 tahun ." kata seorang bekas ahli MPP form 6 SMKP . Ecehhh . Ya , dulu saya ambil form 6 subjek sastera selama beberapa bulan tetapi hanya tinggal kenangan kerana saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA . Mereka panggil takdir ! yup , kita merancang ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH lebih baik .
Cukup sampai di sini sesi perkenalan kita , nama saya asyraf . Selamat berkenalan dalam dunia blog . Assalamualaikum bagi seluruh umat islam . Terima kasih kerana membaca , insyallah ini mungkin bukan post yang terakhir tetapi ini post permulaan . Banyak info dan cerita yang menarik untuk kita berkongsi bersama. "Hidup kita panjang tetapi masa tidak mencukupi" . Gunakan masa untuk beribadah pada ALLAH jangan leka dengan duniawi nanti menyesal tak sudah di makhamah ALLAH .
facebook: asyraf muda twitter : @asyrafmuda
jumpa lagi :D
sekejap !
saya masih single . #motif
jumpa lagi ^v^ . . Assalamualaikum
gunakan kretiviti anda untuk membaca petikan yang anda tak dapat lihat . selamat membaca .
ReplyDelete