Sekarang jam menunjukkan dekat pukul 2.30 pagi . Uninet pagi-pagi macam ni boleh tahan lajunya , rasanya boleh kod download movie .
Facebook ! well ada apa dengan facebook pun aku tak tahulah .Yang aku tahu facebook adalah laman muka buku :)
bila bercerita pasal facebook aku teringat kelas pertama bagi pelajaran CTU 151 iaitu agama islam . Pengajarnya ustazah , masih memegang gelaran 'cik' .
ustazah bertanya kepada kami berikan saya 10 kebaikan facebook dan twitter ?
Masa tu aku tunduk dan letakkan muka keatas meja dengan niat memang tak nak jawab soalan ustazah , entah aku tak tahu kenapa nama aku disebut-sebut . alahai~ masa itu hanya ALLAH saja tahu betapa malunya . Habis merah muka , ececehh bertambah comel . Dalam kotak pemikiran aku , mereka sengaja nak kenakan aku dengan "ustaz facebook" . nampak sangat !
Disebabkan tiada siapa nak jawab persoalan diberi, jadi aku berdiri sambil menolak kerusi sedikit ke belakang . Dengan lafaz bismillah aku menerangkan satu per satu kebaikan facebook dan twitter , alhamdulillah ustazah menerima dengan fikiran terbuka . salah satu kebaikan facebook :-
- boleh menjadi medan untuk berdakwah .
- boleh mengetahui isu semasa .
- boleh bertukar-tukar pendapat mengenai agama dan bangsa
- mencari ilmu .
- mencari cinta .
Ada lagi tapi aku dah lupa . alahai~ tak dapat aku nak kongsikan . mana tahu lepas ni soalan SPM tahun 2012 keluar pasal kebaikan facebook . Kan dah ada isi cuma tambah huraian saja , piece of cake lah *fliphair . haha
Facebook boleh memberi banyak kebaikan dan juga keburukan . terpulang kepada kita yang menggunanya , jika kita berkongsi pandangan baik bersama kawan yang lain insyallah dapat pahala . saya tertarik pada salah satu kebaikan iaitu mencari cinta di internet . Walaupun nampak apalah , macam annoying kan tetapi inilah yang berlaku , yup reality di dunia laman muka buku . Yang penting berhati-hati kerana banyak kes penipuan , kes rogol , kes culik, kes bunuh . kebanyakan mangsa adalah wanita , oleh itu kaum hawa perlu berhati-hati ! jangan cepat terpedaya dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenali . Aku rasa korang dah besar kan boleh jaga diri sendiri tak perlulah panjang lebar aku membebel . Fikir dahulu sebelum membuat keputusan . Yela , aku lelaki tulen mesti kahwin dengan perempuan . thats why aku take care perempuan dari lelaki .
cinta itu fitrah !
ALLAH ciptakan manusia berpasangan lelaki dan juga perempuan . bagi aku , untuk memulakan perhubungan kita perlukan cinta, untuk menjalinkan hubungan juga kita perlukan cinta , untuk mengukuhkan hubungan kita memerlukan cinta . cinta itu ibarat tiang untuk mengukuhkan sesuatu bangunan(perkahwinan) . tetapi ingat jangan lebihkan cinta kita pada pasangan lebih dari cinta kita pada ALLAH .
agama itu nasihat .
assalamualaikum;
No comments:
Post a Comment