Hai guys , What's up !
Jumaat penghulu segala hari. Seperti biasa, setiap hari jumaat aku akan bersiap-siap dan memakai pakaian yang kemas , cantik untuk pergi ke masjid bagi menunaikan kewajipan sebagai salah seorang umat islam. Sebelum azan , aku dah jejak kaki kat masjid . Solat Jumaat , wajib bagi semua umat islam kecuali wanita , kanak-kanak kecil, uzur dan gila. Siapa yang gelar dirinya lelaki maka wajib keatas dia untuk solat Jumaat . Tiada alasan bagimu kecuali yang sudah tertera.
Sampai dimasjid, aku ambil wudhuk dan terus melangkah kaki ke dalam masjid dengan memasukkan kaki kanan terlebih dahulu, sunnah nabi SAW. Mata berkeliaran, melihat ada orang yang tengah menunduk kepalanya mungkin berzikir agaknya, ada juga yang khusyuk membaca Al-Quran. Kata hati , sejuk perut ibu mengandung. Bak kata ustaz aku , berprasangka baik terhadap manusia.
Sedang memandang bakal-bakal ahli syurga , aku ternampak ratusan risalah disebelah tabung derma ikhlas . Mengambil sehelai kertas dengan niat ingin membaca . Aku tertarik dengan tajuk besar iaitu FADHILAT WUDHUK . Pengakuan jujur ,seriously selama aku ambil air sembahyang (wudhuk) tak pernah terlintas untuk mencari apa fadhilat wudhuk sebenarnya. Ahamdulillah pada hari itu ALLAH telah mengajar aku apa dia kelebihan-kelebihan yang ada pada wudhuk melalui risalah yang disebarkan oleh Kelab EAC UiTM Jengka, Pahang. Kali ini aku nak berkongsi kepada pembaca tentang FADHILAT WUDHUK!
Rasanya tak perlu aku terangkan bagaimana cara nak ambil wudhuk . Korang boleh baca sendiri kan , Sebarang pertanyaan boleh IM aku kat facebook, terima kasih.
Sebab topik kali ini aku nak berkongsi mengenai fadhilat wudhuk .
FADHILAT WUDHUK
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini"
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Janganlah kau berikan hisab-hisab ku ditangan kiriku".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari dipadang Masyar dengan Arasynya .
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berbiatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat ".
KETERANGAN / PENJELASAN
Penjelasan 1. Setiap hari kita bercakap benda-benda yang tidak berfaedah .
Penjelasan 2. Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri.
Penjelasan 3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
Penjelasan 4. Ahli neraka pula diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
Penjelasan 5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan 6. Hari-Hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
Penjelasan 7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
Penjelasan 8. Qada' dan Qadar kita di tangan.
Sekian sahaja dari risalah yang berbentuk islamik. Insyallah kita boleh sama-sama dapat pratikkan selalu . Alhamdulillah kita sudah sampai ke pengakhiran . #ehh sekejap !
JANGAN LUPA BACA DOA LEPAS WUDHUK ya .
Bismillah . Wallahu a'alam . SELAMAT BERIBADAH !
No comments:
Post a Comment