“Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu
syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”
- Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Assalamualaikum, What's up ?
Ramadan Tiba Lagi...
Dua hari
lagi nak berpuasa, amacam sudah ready ? Kalau belum, please get ready for that
.
Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadan kali
ini, syukran ya illahi. Secara umumnya kita pasti sudah ketahui bahawa ibadah puasa
merupakan salah satu rukun islam.
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Solat lima waktu sehari semalam
- Puasa di bulan Ramadan
- Tunai zakat
- Mengerja haji jika mampu .
Pejam celik
pejam celik , ehh dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang
mulia, bulan pahala digandakan dan bulan penghapus dosa yang mana kita diwajibkan untuk berpuasa.
“Kalau tak puasa
berdosa ke ?”.
Benda wajib
kalau tak buat berdosa , begitu juga dengan solat fardu kalau tak buat berdosa
dan wajib bertaubat . Ibadah puasa wajib keatas semua umat islam yang sudah
akil baligh kecuali mereka yang uzur. So there is no reason for us untuk tidak
berpuasa.
Daripada Abu
Hurairah, Rasullullah SAW bersabda “Sesiapa yang berpuasa pada bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala
dosanya yang lalu”. Hadith riwayat Imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban
dan Baihaqi .
Marhaban Ya Ramadan
Kesimpulannya,
Bulan puasa merupakan bulan untuk kita bercucuk tanam untuk akhirat kelak
supaya kita lebih terjamin disana nanti, bagaimana caranya ?
- Ofcourse jangan tinggal ibadah puasa.
- Banyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat and etc .
- Memperbanyakkan zikir dan doa kepadaNYA
- Bersedekah, ingat janji Allah “What you give, you get back”.
- Bulan ramadan bulan istimewa kerana ada solat terawih, bulan lain ada ? takdekan.
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan"
Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.
Rasanya masih belum terlambat bagi saya mengucap “Happy
Puasa” kepada keluarga saya, kawan-kawan , warga UiTM Pahang dan seluruh umat islam sedunia. Selamat menyambut bulan Ramadan yang barakah!
3.00 PM Photo by: ILUVISLAM.COM
No comments:
Post a Comment