Malam pertama perkahwinan . si isteri tanya pada suami tersayang sambil berpegangan tangan..
"Abang, boleh tak janji dengan ayang yang abang tak cintakan orang lain."
jawab si suami dengan suara lembut ...
"Maaf , abang tak boleh janji , mungkin suatu hari nanti hati abang akan cinta orang lain ..."
mimik muka si isteri berubah. si suami terus kan...
"Dan orang itu akan panggil awak "umii"."
balas si isteri ..
"Abang.. , jom masuk tidur."
hehehe. The END .
Our prophet Muhammad S.A.W say
"When a man marries, he indeed perfects half of his religion. Then he should fear Allah for the remaining half." (Bukhari)
"Marriage is my Sunnah, whoever disregards my (sunnah) path is not from among us". (ibn Majah)
"Whoever is able to marry, should marry". (Bukhari)
Wallahu 'alam...
Yeah i think we should get married . hehe Insya Allah saya tak lama lagi . Doakan kebahagian kami, ehh !! ecehhh gurau saja. Akhir lafaz , Assalamualaikum akhi ukthi .
Selamat Datang ke Fasa Terakhir iaitu 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan. Ini sedikit info mengenai malam lailaturqadar dan amalan-amalan yang boleh kita amalkan. Insya Allah, bagi para pemburu lailaturqadar maka teruskan, perjuangan anda tidak sia-sia disisi Allah.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH
MUKMIN
10 akhir
Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan
dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang
ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam
Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana
yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya
firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah
yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih
baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan
keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga
terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar
mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang
lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan
sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang
lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk
berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu
Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang
lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang
Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka
sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan
mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t.
menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al
Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa
yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat
gembira.
Daripada ayat
di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah
pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan
lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah
s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja
tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah
r.a.
Maksudnya:
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat
kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk
sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan
ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam
Lailatulqadar
Kerana
mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia
menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan
ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a.
Maksudnya:
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang
dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat
Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah
s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar
terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di
Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar
yang mulia.
Ini
diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding
dengan masa yang lain."
Dalam hadis
yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada
malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam
yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan
Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa
malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam
21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis
yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang
sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan
menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27
Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang
lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya
bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah
s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada
Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan
akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan
menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut
diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang
diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya:
"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya
mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada
saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya:
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf
hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga
beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti
membaca doa
Orang yang
beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan
telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud
pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam
Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam
hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati
malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan
dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan
rahmatnya dan keredaannya.
Adalah
diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar
hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus
beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala
larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulama
r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam
Lailatulqadar:
- Ada yang
berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang
benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari
Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah
sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari
r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak
semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau
mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Kata seorang sheikh "Janganlah kejar sesuatu yang lepas yang mana kamu tidak dapat mencapainya lagi tetapi kejarlah sesuatu yang masih berada dihadapan dan capailah sebanyak mungkin kamu inginkan". Marilah kita menjadi Para Pemburu Lailaturqadar(PPL). Antara amalan yang kita boleh
amalkan semasa berqiam(Qiamullail) :-
Pertamanya, Mulakan dengan niat,
seperti yang kita tahu niat melambangkan amalan. Setiap amalan bermula dengan
niat.
Bersihkan diri dan bersiap sedia
untuk menghadap Allah swt.
Kalau boleh pergi ke masjid terdekat
agar lebih dekat kita dengan Allah dirumahnya sendiri. Tak salah pun dirumah
tapi nabi Muhammad Saw sanggup beriktikaf di masjid dan nabi Saw tak pernah
tinggal beriktikaf pada 10 malam terakhir, tidakkah kita ingin mencontohi
baginda.
Dirikan solat malam seperti solat
tahajud, taubat, hajat. tasbih dan witir dan lain-lain.
Berdoalah pada Allah dengan
bersungguh dengan doa yang nabi Saw beritahu pada aisyah iaitu “Ya Allah,
sesungguhnya engkau maha pengampun dan ampunilah dosaku.”
Basahilah lidah kita dengan
zikrullah dan membaca kalam Allah iaitu Quran.
Kalau
diikutkan banyak lagi amalan-amalan para sahabat, ulama semasa berqiam tetapi
ini cuma sebahagian saja, Cuma berkongsi apa yang saya tahu kepada semua
readers , Insya Allah kita boleh bersama-sama pratikkan . Ustaz saya kata, fasa terakhir fadhilatnya pembebasan dari api neraka. Wallahu a'lam .
Jika anda masih kurang memahami, Alhamdulillah ini video kedua saya yang mana menunjukkan amalan semasa berqiam. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada diri ini yang masih perlu banyak mempelajari ilmu agama.
Azan
isyak berkumandang. Iqamat dilaungkan . Imam mengangkat takbir , diikuti oleh puluhan
makmum. Menghadap dia yang ESA.
Aku
budak biasa. Iman tak kuat. Cepat terganggu ,kekadang fikiran melayang ketika
berhadapan dengan Allah. Malu rasanya..
Dan…
Aku
perlukan ketenangan dan kesunyian apabila solat. Ya, aku perlukan kekhusyukkan.
Al-fatihah
dibaca oleh imam, selesai bacaan pembuka diteruskan lagi dengan bacaan surah.
Sebagai makmum, setelah imam selesai membaca al-fatihah, kita yang makmum perlu
baca al-fatihah pula . para ulama bersepakat “tidak sah solat bagi seorang mukmin tanpa membaca alfatihah” .
al-fatihah itu sendiri maknanya pembuka.
Aku
membaca al-fatihah dengan suara yang perlahan, makmum sebelah kuatkan
bacaannya. Aku hilang kekhusyukan . Aku hilang tumpuan. Contohnya, apabila kita
tengah menghafal sesuatu tetiba ada kawan kita kacau, tumpuan kita akan terganggu bukan?. Begitulah
yang berlaku pada aku.
Aku
kuatkan iman, teruskan mencari kekhusyukan yang hilang . Akhirnya aku hanya
dapat berserah pada Allah agar terima solat aku.
Imam
memberi salam. Aku menyapu muka . Alhamdulillah, selesai satu kewajipan untuk
hari ini.
Jabat
tangan dengan makmum sebelah, aku pandang tepat pada matanya…
Dia
teruskan dengan solat sunat rawatib iaitu solat sunat selepas isyak. Aku pun
mengambil kesempatan yang ada untuk solat hajat. Hajat ingin menegurnya,
biarlah khusyuk itu hilang pada aku, jangan dibiar terus menerus hingga makmum
lain menjadi mangsa.
MAAF!
Aku tidak kata kuatkan bacaan itu salah cumaaa.. Apakata kamu ikuti perbualan
aku dengan dia .
Aku
: Assalamualaikum Sahabat . *bersalaman
Amir : Waalaikumussalam .
Aku : Sapa nama?
Amir : Amir . awak ?
Aku
: tak payahlah berawak-awak . aku kau sudah. Nama aku Johan .
Amir : Oo! johan.
Aku : Maaflah tetiba tegur kan. Kau
busy ke?
Amir : ehh tak laa. Ada apa?
Aku : oh begini, tadi kita solat
bersebelahan kan. Bukan apa, aku nak tegur sikit kalau boleh perlahan kan sikit
bacaan kita ketika solat. Contohnya , semasa kau baca alfatihah.
Amir : kenapa dengan bacaan saya ?
Aku : eh tiada salahnya. Cuma kalau
boleh perlahankan sikit bacaan kau .
Amir : Ooo.. tak boleh ke?
Aku : Bukan tak boleh, tapi bila kita
solat berjemaah. Kita mesti menghormati Jemaah lain. Mereka yang lain juga
mengejar kekhusyukan seperti kau.
Amir menganguk kepalanya seakan
memahami apa yang aku cuba terangkan. Aku terus kan.
Aku : Kita solat untuk apa?
Amir : untuk mendapatkan keredhaan
Allah.
Aku : Bagaimana solat yang dituntut
oleh Allah?
Amir : khusyuk dalam solat.
Aku :
Khusyuk ?
Amir : yang menetapkan hatinya hanya pada
Allah tanpa memikirkan hal dunia .
Aku : Suasana khusyuk ?
Amir : tenang, sunyi dan yang paling penting tiada gangguan . kalau
ada gangguan pasti hilang kekhusyukan dalam solat .
Aku : gangguan yang macam mana ye?
Amir : sebagai contoh bunyi bising
semasa solat .
Aku : Apa hukum orang yang menganggu
orang lain yang tengah solat ?
Amir : Setahu saya, hukumnya haram,
dan berdosa.
Aku : kamu bayangkan, Kalau kita
kuatkan bacaan semasa solat, tidakkah menganggu Jemaah sebelah yang sedang
mencari kekhusyukan.
Amir : haih macam perli saya je bang .
Aku : Mana ada, teguran. Okey ,
beginilah ye, mungkin bila kita menguatkan bacaan dalam solat akan timbul
kekhusyukan tetaapii… adakah kita ingin mendapatkan keredhaan Allah dengan
perbuatan yang dimurkai oleh Allah? iaitu dengan menganggu mereka yang juga
mencari keredhaan Allah . Ingat pesan nabi saw “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia
yang lain.”
Amir : oh begitu …
Aku : Pasal menguatkan bacaan dalam
solat itu tak salah cumaaa.. hormatlah Jemaah yang lain. Boleh saja kalau kau
nak baca kuat-kuat dalam solat tapi biarlah solat berseorangan bukan berjemaah.
Lagi satu, jangan kau solat dalam masjid sorang-sorang pastuh baca kuat-kuat
sudah, kang tak pasal-pasal kene cop gila . hehee gurau saja.
Aku
akhiri perbualan aku dengan ucapan salam. Assalamualaikum So agak-agak kita yang mana? tepuk dada tanya iman . Wallahu 'alam
Banyak
lagi cara untuk khusyuk dalam solat selain dengan bacaan yang kuat. Insya Allah
aku akan updates entry aku mengenai khusyuk dalam solat. Akhir kata, thanks for reading.
This is my first video specially i create for my blog. Yeah ! for my own blog. Just for fun dan ini juga cara aku mengisi masa lapang kat universiti daripada buat perkara yang tak berfaedah. As fact, aku tak tahu nak kata apa, *malu cuma.. selamat menonton. Kalau ada tersilap , tegurlah dan aku susun sepuluh jari memohon seribu kemaafan . Thanks for watching guys ! this is from me , Asyrafmuda . Enjoy !
"Kesilapan dan kesalahan bukan beerti gagal! tapi tapi.. ia adalah permulaan mencipta kejayaan. Yakinlah pada DIA , mohonlah kepada-NYA agar dapat membuka hati kita mencari cahaya Illahi mencari cahaya kejayaan" Thats all from me . wish me luck for listening test . Assalamualaikum !
p/s : Wuhuuuu .... akhirnya, dapat jugak buat video. haha maybe ada kekurangan or banyak kekurangan . just testing saja . Enjoy . Insya Allah jika terdetik hati nak buat video lagi, aku akan update lagi . credit to my roomate, shaz and my friends yang support aku . Thanks beb .
Tengok jam , aduh! lambat lagi nak berbuka. Sabar acap sabar ... ada lagi sejam je .
Habis sahur buka laptop , connect internet . terus open page facebook , tup tap keluarlah pasal ni kat wall aku . oh! pftttt apa ni ? what really happen ? why kosmo , why ? ada jugak kene banned dengan aku kang. haha
Fuhh! apa yang aku tak paham kenapa tajuk ni mcam nak tunjuk yang Chong Wei main semata-mata nak duit je, oh! come on man . Dia punya lah bersungguh untuk negara kita untuk menang tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pemain numbor dua negara .*ambilHati . Ehh! kalau cerita bab duit , dia dah cukup kaya kod. alahai kosmo.. kosmo..
Kepada yang berkenaan, please be more professional . We Malaysian support you DLCW.
oh!
Stop it acap !
bukan ke kau nak post pasal benda lain bukan post pasal cerita kat atas tuu. haih *sigh
Ehh ye tak ye kan, lupa pulak.. Sebenarnya begini , aku ada assignment yang patut aku buat dengan kengkawan lain .. tetapi dorang semua balik ke kampung halaman masing-masing meninggalkan aku keseorangan . oh! memang tak ah aku nak buat kerja sorang-sorang kan. haha
Betul kata sahabat aku, bila kerja berkumpulan buatlah secara kumpulan, jangan berpecah. kalau tak jadi melayu lah ni . ehhh! opsss.. okey lupakan.
Hari rabu kene hantar, kalau tak tolak markah kod. habislah habislahh~ tuttttttt .. *pandang atas
" oh baru hari isnin, ada lagi dua hari .. alaaaa~ lambat lagiii "
Aah betul jugak kan . Baik aku sambung tidur . Selamat beribadah . Selamat berbuka ........
p/s korang jangan ikut aku buat assignment last-last nanti gelabah jadinya .. haha and last but not least tak baik tidur lepas asar walaupun tidur itu ibadah dalam bulan puasa. Being yourself guys . Salam ukhuwah
Ada sahabat tanya kenapa jarang update blog ni, ehh kantoi usha blog aku . haha gurau saja . Sebenarnya aku ingat nak berhenti sekejap, nak banyak kan membaca , mencari ilmu. Lagipun busy sikit dengan assignment yang berlambak *mungkin .
Lama jugak tak update, last entry dua minggu lepas rasanya , sebelum kita puasa . Marhaban Ya Ramadan . Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak sahabat semua , insyallah semoga kita dilimpahi rahmat ALLAH subhannallah taala dibulan mulia ini . Amcam guys, puasa tak? harap you all puasa laa ye sebab puasa itu wajib dan merupakan rukun islam .
oh!
Haiii hoiii huiii sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan ramadan , tak lama lagi nak raya . So how bout you guys, dah beli baju raya? kalau yang perempuan rasanya before puasa dah beli kan.. kan .. hmm lelaki ye, aku rasalah esok nak raya sempat lagi beli. Well lelaki kan, but ada sajo yang beli awal coz tempah kan. UNTUNGLAA.. Insyallah tahun ni mungkin jubah putih jadi pilihan, sunnah nabi .
Ehh ehh! dah masuk bab raya pulak , aku nak cerita sedar tak sedar dah tengah2 bulan ramadan . Dah bersediakah kita untuk tinggalkan bulan beribadah ni. alahai~ aku rasa kalau boleh, tambahla tambahlah hari supaya aku dapat beribadah di bulan pahala digandakan . ALLAH .
Apapun , andai kita masih bernyawa , insyallah kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang . "Ya ALLAH , temukanlah aku pada Ramadan akan datang ." .
fuh!
Seperti yang kita ketahui esok Nuzul Al-Quran , bebudak selangor mesti pikir esok cuti terutama budak sekolah kan, nampak sangat . FYI pahang pun cuti jugak, so esok takde kelas . wuhuuuuu~ oh! ehehe
Sedikit peringatan buat kita semua termasuk saya mengenai apa itu Nuzul Quran ?
Ya, pada 17 ramadan ini, umat islam memperingati tepat ulangtahun ke 1402 Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M . Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia juga merupakan peringatan dan petunjuk kepada kita.
Nuzul Al-Quran bererti "Penurunan Al-Quran" oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui jibrail pada malam 17 ramadan 610M di Gua Hirak.
Masa itu, nabi Muhammad saw tengah asingkan diri daripada kaum quraish dan berkhalwat(berseorangan) di gua Hirak, datang Jibrail menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq . Sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasullullah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.
Sebenarnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah malam Nuzul Al-Quran yang mana turunnnya kitab ALLAH yang paling suci .
Last but not least , sempena menghormati Nuzul Quran elok kita membaca surah Al-Alaq , nak lagi baik baca sahaja Al-quran itu, dapat pahala . lagi-lagi dalam bulan yang digandakan pahala. Insyallah.
Pesoalannya : aku bahagikan soalan kepada dua . untuk orang muda dan veteren . hehe hormat .
untuk orang muda :
"Kalau kita boleh bukak facebook, twitter and etc berjam-jam, apa salahnya kita mengambil 5 minit untuk bukak Al-Quran dan baca surah Al-Alaq . "
for you all yang sudah veteran :
" kalau pakcik makcik semua boleh baca surat khabar yang berhelai-helai tu, apa salahnya pakcik dan makcik baca surah Al-Alaq yang mana surahnya tak sampai sehelai muka surat"
Pesanan untuk diri yang masih perlu banyak belajar ini, ingat azam kau ! khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan .