Sunday, 24 March 2013

Anti-Virus Cinta 1.0 Version

Bismillahirrahmanirrahim





   Tanpa ada latihan, secara spontan. Ashraf dipanggil kedepan untuk bercerita tentang 'CINTA' dihadapan para peserta kursus kepimpinan "Mencari Da'i". Mulanya dia berkeras dan enggan, tapi tetap dipaksa oleh ustaz Amir kerana katanya "pendakwah mesti berani dan yakin untuk berdepan dengan manusia." Jadi Ashraf cuba memberanikan dirinya, bayangkan saja, semasa berada dihadapan,  Ashraf tidak tahu apa yang patut dia bicarakan, akan tetapi apa yang terlintas difikirannya adalah bisikan kawannya, Anti-Virus Cinta.

Ya, Anti-Virus Cinta...

Ashraf memulakan langkah dengan membaca kalimah Allah, dan sedikit pujian kepada Allah ta'ala. 

Ashraf memetik sebuah lagu lama lalu melagukan...

Bila cinta didusta,
hati mulai gelisah,
hilang kekasih hilang,
hidup jadi meranaaaa....

Itulah bahana cinta jika cinta itu melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah ta'ala... 

Assalamualaikum para da'i . para pendakwah semua. tajuk yang saya ingin bicarakan pada hari ini cukup menarik yang mana tajuknya berbunyi Anti-Virus Cinta.

Tapi sebelum saya memulakan, saya ingin bertnya kepada kamu semua, apa itu cinta?

Cinta itu apa sebenarnya?

Ehh Kenapa diam? Ya Allah, tadi bukan main riuh rendah lagi kat belakang sana, hmm takpalah, bialah saya jawab, saya tanya saya jawab. haha nak buat lagu mana, dah semua pemalukan..

saya teringat pada sahabat saya yang mana dia pernah menyanyikan lagu ini pada anak muridnya, tapi disebbkan para da'i semua sebaya saya, umur pun sudah mencecah 20-an. jadi terima lagu ini buat semua.. ecehh..

Tanya sama hati,
apa itu Cinta,
nanti jawab hati,
tanyalah saya...

Tanya sama saya,
apa itu Cinta,
nanti jawab saya,
Kasih dan Sayang....

Benar, Cinta itu sebenarnya adalah Kasih dan Sayang. Kenapa? Sebab apa? Sebabnya Allah menciptakan dunia, alam, dan manusia dengan ; Kasih dan.... Sayaanggg.

Jadi?

Jika kita Cinta kepada Allah Ta'ala, kita mesti kasih dan sayang kepadanya dengan cara melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. dan...

Jika kita Cinta kepada Nabi Muhammad SAW, kita mesti kasih dan sayang kepadanya dengan cara mengikuti ajaran dan sunnah yang dibawanya dalam kehidupan kita.

Barulah Cinta itu cinta yang Diredhai, ada faham? ehh dah macam penceramah pulak. maafkan saya. saya bukan ustaz tapi baru nak start. hehe

Berbalik kepada tajuk kita, Anti-Virus Cinta. Sperti aplikasi komputer, kenapa tercipta aplikasi Anti-Virus Komputer? kerana adanya Virus yang merosakkan sistem dalam komputer. Begitu juga dengan terciptanya Anti-virus Cinta, kerana adanya Virus yang menjadi perosak kepada cinta yang suci.

saya ada satu pantun, cilok daripada ustazah fatimah syarha yang mana...

Damai tercipta,
Cinta membara,
senyuman tercipta,
kasih antara kita...

Kita ketahui bahwa Jatuh Cinta itu Fitrah, tetapi yang mengawal Fitrah dari menjadi Fitnah itu dengan cara berIstighfar kepada Allah ta'ala..

Disini saya ingin berkongsi kepada kamu semua beberapa Virus perosak;

Pertama, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Benar, nampak macam biasa, tetapi ini adalah virus yang paling besar pengaruhnya, kenapa saya kata begitu? kerana mulanya cinta yang terlarang kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. mulanya berkenalan, berkawan, bercouple dan akhirnyaa.. lu pikirlah sendiri.

Kedua, hilangnya takut pada Allah. yang mana mereka lupa akan kekuasaan Allah taala. Mengambil ringan tentang hukumhakam, dan melanggar perintah yang telah ditetapkan. 

dan terakhir adalah hilangnya rasa malu dan iman. saya teringat satu hadith yang disampaikan oleh ustaz hazlin;

"Al haya'u, wal imanu
quraana ul jamian.. "

Malu dan Iman,
Berjalan berirngan berdua-duaan,

Jadi,andaikata salah satu dicabut, 
yang satu lagi pastikan pergi jua.

Contohnya, orang yang tidak solat, imannya takde. dan bila imannya takda, hilanglah malu kepada tuhannya. Lihat, betapa pentingnya malu dan iman ini dalam setiap diri seorang insan.

Okey, kalau ada virus mesti ada anti-virus kan. Jadi apa Anti-Virus tu? mesti semua nak tahu kan. tapi.. disebabkan masa mencemburui kita, tak jadilah saya cerita pada petang ni.. 

ehh nak dengar lagi ke? tapi masa tak mencukupi? nanti semua balik lambat kang?. hmm Baik baik, tapi kena tanya ustaz dulu, boleh tak saya sambung ustaz?  terima kasih ye ustaz.

Anti-Virus Cinta. dapat menghapuskan perosak kepada cinta dan menyelamatkan cinta daripada menjadi bahana kepada kebahagiaan. Setiap insan yang bercinta pasti inginkan kebahagian dan ketenangan tanpa ada kecelakaan.

Jadi, apa yang ada dalam Anti-Virus Cinta;


Ingat Mati ---- Solat ---- Istighfar ---- Puasa ---- Jaga Pergaulan


5 in 1. jika kita mampu lakukan kesemuanya, insha-Allah, bukan sahaja virus perosak, andaikata bapa segala perosak pun tidak mampu mengalahkan. saya jamin.

Seperti yang kita tahu, jatuh cinta fitrah, Istighfar adalah cara yang efektif menguruskan fitrah. Jadikan fitrah sebagai barakah. Selalu berIstighfar kepada Allah. Kerana bila kita berIstighfar bermakna kita ingat kepadanya. Contoh mudah bila mana, kita jumpa pakwa makwa yang seksi dan hensem, cepat-cepatlah kita beristighfar kerna takut iman kita dan virus-virus ini mula menusuk dalam diri. Jadi, caranya adalah dengan persetankan virus ini dengan selalu Istighfar. "Astaghfirullah al azim" . Insha-Allah.

"Orang yang bijak itu adalah orang yang ingat mati." Jika kita bijak, pasti kita tidak mahu menjejakkan kaki ke pi neraka, disebabkan itu orang yang ingat mati itu sentiasa berhati-hati dan bijak dalam setiap langkah apa yang dilakukan agar tidak melakukan sesuatu yang dimurkai Allah ta'ala.

Solat merupakan tiang agama yang mana barangsiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya. Jadi, Bagaimana tegaknya syiar agama dalam diri adalah dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Mereka yang solat tidak akan melakukan apa yang dilarang atas firman Allah ta'ala 'Inna sholata tanha anil fasha'i wal mungkar" yang bermaksud Sesungguhnya solat itu mencegah daripada syak wasangka dan perkara mungkar juga maksiat. 

Saya teringat pesan Rasululllah SAW bermaksud "Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan jahil." ada ulama menafsirkan bahwa puasa dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat. Ternyata disini,  bahwa puasa juga dapat menjaga hati seseorang daripada segala perosak lebih-lebih lagi virus cinta.

dan yang terakhir adalah...

Menjaga perbatasan dalam Pergaulan. Allah meciptakan setiap manusia itu berpasang-pasangan. jadi tidak mustahil jika ada antara kita disini merasa suka sama suka, kerna Allah telah meletakan sesuatu yang tiada nilainya dalam diri kita iaitu hati. bila hati suka, semuanya jadi indah. tetapi adakah kita sudah bersedia? kalau sudah, bernikah. kalau belum, bersabar. Insha-Allah masa kan tiba. eceh.

Sekadar penkongsian, bayangkan saja, andai kita memulakan hubungan cinta kita dengan orang yang kita cintai dengan permulaan yang dimurkai Allah, benar! mungkin kita berasa gembira dan senang disamping kekasih kita tetapi dalam masa yang sama kita dimurkai? adakah itu yang kita impiankan? adakah itu yang kita inginkan? pasti tidak. Jika benar cinta, mustahil ajak orang yang kita melakukan dosa, jika benar cinta, pasti kita hendak membawa orang yang kita cintai bersama menuju kesyurgaNya. Bukan dengan bercouple, bukan dengan cinta terlarang tetapi dengan melangkah kesebuah pernikahan. Halal itu.... Selamat...

Insha-Allah sampai sini saja pengkongsian saya, moga 'Anti-Virus Cinta' ini menjadi benteng dan penghapuskan yang dapat menghapuskan perosak kepada cinta yang suci.

Pesan saya mudah, apa yang penting mulakan dengan niat. kerna bila niat kita ia akan menjadi baik dan begitu dengan sebaliknya. Ya, niat sangat penting. dan yang kedua, Istiqamah dalam setiap langkah agar kita tidak berhenti setakat itu saja. dan yang terakhir...

"man taa'jalla bisyaiin u'qiba bihimanihi"
siapa tergesa-gesa mahu cepat, akibatnya dia tidak dapat.

Kiranya, siapa yang dok pikir nak bercinta, tok sah lah. sebab apa? bila kamu bercinta sekarang, kasih dan sayang kamu pasti berkurang andaikata kamu berkahwin kelak. tetapiii andaikata...

Bila cinta didusta,
hati mulai gelisah,
hilang kekasih hati,
hidup jadi merana...

saya dah kata... haha sekian dari saya. yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu pastinya diri saya sendiri. Assalamualaikum. Wallahu a'alam. 


p/s ; syukran ukhti syaz kerna memberi idea yang hebat ini bagi meneruskan penulisan entry dalam blog ini.