Pages

Sunday 4 November 2012

MIMPI ATAU REALITI : Bolehkah kita percaya pada mimpi?



  
   Saya mendapat panggilan daripada rakan masjid, katanya ingin menjemput saya untuk memberi ceramah maghrib memandangkan ustaz yang patut memberi ceramah tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Sebenarnya agak keberatan kerana esok saya ada presentation projek pembangunan rumah rakyat. Beliau tidak memaksa, terpulang kepada saya. Bila bincang bersama isteri, dia pun dah lama tak dengar saya berceramah dan meluangkan masa dimasjid As Syahkir. Alhamdulillah saya terima.

Sayang, cepatlah sikit siap. kita nak ke masjid bukan ke pasar raya pun.” Jerit manja memanggil isteri tersayang.

  Azan berkumandang bermakna telah masuknya waktu maghrib. Setelah beberapa minit, Iqamat pula dilaungkan oleh bilal sementara masjid- Akmar. Diimamkan oleh Imam masjid 1- Ust. Radhi Nurhisyam dan diakhiri dengan bacaan doa yang diaminkan oleh puluhan makmum.

“Tuan dan puan, pada hari ini kita ada penceramah istimewa dan dia juga merupakan sahabat saya semasa di universiti dulu” Kata Akmar yang sekarang bekerja dibawah syarikat milik ayahnya.

Saya diberikan kerusi dan microphone. Teringat kali terakhir pegang microphone semasa memberi ceramah bertajuk “Couple Islamik” kepada mahasiswa dan mahasiswi di IPT kerajaan.

“Bismillahirrahmannirrahim.. Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, Apa khabar? Saya berharap tuan dan puan dalam keadaan yang sihat ye, Al-maklumlah cuaca sekrang makin hari makin menjadi jerebunya. Sebenarnya semalam saya mendapat panggilan dari tuan Akmar sahabat saya, untuk memberi ceramah malam ini. Syukur Alhamdulillah Allah izinkan kita untuk berkumpul bersama-sama menuntut mencari ilmu, InshaAllah”

“InshaAllah malam ini kita akan membincang persoalan yang ada dan saya akan cuba menjawab berdasarkan ilmu yang saya pelajari. Ada soalan?” Ust. Radhi Nurhisyam memberi saya beberapa helai kertas. Soalan yang diajukan

“Bolehkah kita percaya pada mimpi?”

Bismillah.. Terima kasih kepada yang bertanya. Oleh kerana soalannya ringkas, maka jawapan saya pun ringkas jugalah..

Pertama sekali saya ingin katakan adalah teruskan lah bermimpi kerana mimpi itu merupakan anugerah Allah,dan jangan lupa bahawa mimpi itu boleh jadi mainan syaitan. Jika kita bermimpi perkara yang baik inshaAllah ia datang daripada Allah, andai sebaliknya seperti mimpi yang menakutkan, ngeri dan kotor itu mungkin datang daripada syaitan yang ingin menganggu anak adam.

Saya teringat sahabat saya pernah menceritakan mimpinya, InshaAllah saya akan berkongsi dengan para hadirin dan hadirat yang hadir pada malam ini. Beliau bercerita dalam mimpinya, dia sedang berjalan menghampiri seorang wanita yang terdedah auratnya. Pada mulanya, memanglah pelik apabila seseorang yang tidak dikenali menegur kita. Dia berkata kepada wanita itu “Kenapa kamu tidak menutup aurat, tidakkah kamu berasa sedih?” . Dengan bangga wanita itu menjawab “Kau siapa nak nasihat aku, sukahati aku lah badan aku bukan badan kau dan kenapa aku nak berasa sedih pula”.

Lelaki itu berkata lagi “Kamu tidak mahu masuk syurga ke?”. Dengan pantas “Orang gila mana yang tak nak masuk syurga!” .

“Adakah kamu sudah membuat sebarang persiapan untuk ke syurga?” Tanya si lelaki . Wanita itu terdiam seketika. Dia berkata “Belum dapat hidayah lagi, nanti aku tua taubatlah apa susah, Allah kan maha pengam…”  sebelum sempat menjawab lelaki itu mencelah “tetapi bagaimana jika kamu tidak sempat tua dah mati, sempatkah bertaubat?”.

Wanita itu tidak tahu apa lagi ingin menjawab, setiap jawapan lelaki itu pasti mencelah.Tunduk seakan memikirkan jawapan untuk memenangkan apa yang terbukti salah. Dengan suara yang agak kasar “Bukan kau yang tentukan hidup mati aku kan?”. “Ya, betul bukan saya yang tentukan tetapi Allah, Jika Dia kata kun fayakun maka jadilah ia, akan terjadi, begitu juga dengan kamu, jika Dia ingin kamu mati , kamu akan mati”. Dengan mudah lelaki itu mematahkan soalan wanita tersebut.

Lelaki itu bertanya “Tidakkah kamu berasa sedih pada ibubapamu, adakah kamu tidak lagi menyayangi mereka, jawab pertanyaan saya dengan jujur?”. Menjawab dengan nada perlahan “ibu yang melahirkan, ayah yang menjaga makan dan minum sejak aku masih kecil, mestilah aku menyayangi mereka, tetapi kenapa harus bersedih pula?”

“Tidakkah kamu kesian melihat ayah dan ibumu diseksa diakhirat kelak, kamu kata kamu amat menyintai mereka tetapi cinta kamu hanya mengheret mereka ke neraka. Adakah itu tanda kamu menyayangi mereka? Tidak. Kamu tahu mengapa? Kerana mereka gagal mendidikmu dengan agama yang cukup. Mungkin mereka memberi didikan agama tetapi kamu masih tetap tidak menutup aurat. IbuBapa kamu terseksa. Adakah itu tanda kamu sayang mereka, cinta mereka. Kamu telah membuat kesilapan besar kerana membuatkan mereka diseksa teruk. Allahu Rabbi. Kesianlah pada ibumu, kesianlah pada ayahmu. Aku tidak paksa kamu menutup aurat tetapi kesianlah kamu terhadap ibubapa yang menjagamu sewaktu kamu masih telanjang bulat sehingga kamu dewasa. Sebab kamu, ayahmu yang mungkin hanya selangkah ke syurga jatuh dari sidratul muntaha kerana gagal mendidikmu dalam hal agama.”

Dalam diam-diam ,wanita itu menangis. Air matanya jatuh mencecah ke bumi. Dia berkata “Ya Allah, sesungguhnya aku banyak melakukan dosa, Ya Allah ampunilah aku .” Lelaki itu berkata “Setiap anak adam itu tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, tetapi sebaik-baik pelaku dosa adalah memohon taubat daripada-NYA”. Sambungnya lagi “Jika kamu sayang keluarga, taatilah perintah Allah dan jauhilah larangannya kerana Nabi SAW pernah menyebut wanita paling senang masuk syurga tetapi wanita paling banyak masuk neraka”.

Alhamdulillah, sekian saja kisah mimpi sahabat saya itu. Mungkin ada yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan hadith Nabi SAW “Wanita paling senang masuk syurga” dan “wanita paling banyak masuk neraka”. Kalau lelaki tahu tentang rahsia betapa senangnya wanita masuk syurga, rasanya ada yang lelaki sanggup tukar jantina. Hehe .

Apa Nabi SAW kata “Wanita itu, jika solatnya penuh lima waktu sehari semalam, jika puasa dibulan ramadan, menjaga maruah diri dan mentaati suaminya , dan masuklah mana-mana pintu syurga tuhanMU”. SubhaAllah .Bagi wanita yang belum berkahwin, taatilah ibubapa kalian.

Wanita tak wajib berkerja, tak berdosa tetapi kalau lelaki tak berkerja, tak mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak, berdoo !! jawablah sendiri .Bagaimana tuan-tuan semua? Apa perancangan anda?  Ehem..ehem.. saya bergurau. Rasanya masa amat mencemburui kita. Sebelum saya akhiri, mimpi sahabat saya tadi mungkin ada kebaikannya kerana dia bermimpi berdakwah semasa tidur. Alhamdulillah. Hebatkan anugerah Allah. Soalan Bolehkah kita percaya pada mimpi? Sebenarnya hal ini menjadi khilaf antara ulama. ada sebahagian ulama mengharuskan percaya selagi mimpi itu tidak mendatang perkara yang memudaratkan atau perkara buruk. InshaALLAH dan sebahagian lagi mengatakan tidak boleh langsung. Bolehkah kita menjadi mimpi itu sebagai panduan? tak boleh sebab Al-quran dan sunnah adalah panduan kita. 

Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk, hina lagi jahil itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum wbt.

“Dijemput penceramah dan para Jemaah ke dewan, ada juadah sedikit dari pihak masjid As- Syahkir” Kata Akmar sambil menarik tangan saya ke dewan makan.

Selesai makan, saya bersalaman dengan Jemaah masjid untuk mengundur diri. Melangkah keluar dari masjid As Syahkir. Menghidupkan enjin kereta Honda Accord kepunyaannya. Sunnah Nabi SAW baca doa kenderaan. Kereta auto itu mula bergerak perlahan.. Tiba-tiba “Ya ALLAH, bini aku tertinggal !!” tepuk dahi.

(“Bang! Bang ! Ya Allah, tertidur dia. Dah sejuk kopi yang abang minta tadi.” Suara isteri saya mengejutkan. Saya tertidur rupanya. “SubhanALLAH, hebatnya anugerah Allah ini” bisik hati.

“Abang, jom masuk tidur. Dah lewat malam ni?” isteri saya mengajak tidur bersama .

(“ASHRAF ! BANGUN !” kejut Amir apabila masuknya waktu subuh. ‘Laptop’ didepan mata masih menyala. Entry blog untuk minggu ini belum bermula. Baru ‘ditulis’ didalam mimpi . Alhamdulillah. Kolej dengan masjid berdepan, kami bersiap dan solat Jemaah di masjid . Selesai solat saya cerita pada Amir mengenai mimpi saya “Weh Amir, Aku jadi Ustaz!” .


p/s : Jika ada salah silap, tegurlah kerana saya juga masih belajar . Entry berbentuk ceramah berlainan sedikit dengan entry cerpen . Lebih matang dan lebih santai untuk pembaca untuk memahami. InshaALLAH. "tanya hati, iman okey?"

No comments:

Post a Comment