Pages

Saturday 17 November 2012

SMS : HUKUM BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MAHRAM

Bismillah




Sedang aku sibuk mencari pakaian untuk dibeli, aku mendapat SMS dari kawan aku. Disebabkan terlalu sibuk mencari, aku tidak endahkan. Bagi aku mungkin tidak  penting. Lagipun tidak berapa manis jika bermain SMS bila keluar dengan keluarga tercinta.

SMS masuk dari kawan aku, namanya Amalina (bukan nama sebenar).

Salam Asyraf. Nak Tanya boleh?”

Aku balas SMSnya…

“Waalaikumsalam. Tanya apa?”.

 SMS masuk dari Amalina lagi berbentuk soalan…

“Boleh ke kalau lelaki dengan perempuan salam? I mean , kalau like prime minister nak salam kita, dia hulur tangan dekat kita. Boleh ke kita sambut?”

Aku balas SMS…

“Ada dua pendapat. Pendapat pertama kalau pegang tanpa nafsu tidak berdosa. Kedua, walaupun pegang tanpa ada sebab tetap berdosa. Yang pertama ada hujah tapi yang penting jangan hulur tangan dulu. Siapa yang hulur dia berdosa. Sebenarnya banyak lagi pendapat, aku Cuma ambil dua pendapat ini.”

SMS masuk dari Amalina…

“Hmm. Aku kene hentam habis-habis semalam dan hari ni sebab itu lah. Sumpah sedih.”

Aku balas SMS…

“Okey. Macam ini laa. Jangan sedeh. Aku tak boleh bagi hokum tapi apa yang aku tahu aku sampaikan. Pertama kau tak berdosa sebab bukan kau hulurkan tangan terlebih dahulu. Kedua, kau salam tanpa bernafsu. Ketiga, kau mesti nak jaga air muka dia, itu yang kau salam dan kau takde niat nak salam kan.  Apapun bagi aku, kau still bersalah kalau ikut pendapat kedua. Walaubagaimanapun islam tetap melarang . memohon taubat dari Allah jalan terbaik.”

Beberapa minit. Amalina membalas SMS aku…

“Asyraf. Aku tak salam lah. Sebab itu aku kene hentam semalam”.

Aku balas SMS…

“Alhamd. Aku ingat kau salam. Kalau macam itu orang yang hentam kau mungkin jahil bab agama. Tidak pelihara diri hanya untuk yang halal. Haha tak bagitahu awal-awal. Apelah kau.” *malu

SMS masuk dari Amalina…

“Kalau aku salam. Aku takkan message kau. Hmm aku dan member aku saja tak salam menteri tu, yang lain semua salam. Kiteorang just tunduk. Lepas itu timbalan naib canselor kiteorang cakap “be professional” . Dia macam hentam aku dan member aku ni. Entahlah weyh. Ada yang cakap kene sambut sebab nak jaga maruah dia. Maruah dia jelah nak jaga, habis maruah aku? sumpah sedih gila tapi aku faham. **** ini bukan macam UIA . nak taknak kene mengadap juga benda macam ini.”

Aku balas SMS nya…

“Oh yeke. Haha  Mana tahu kau tanya pendapat aku ke.. FYI kat kat arab pun pernah berlaku kes macam tuh la. Bukan **** je tahu . Kat sana nak jaga hati ratu, ada ulama salam, isu dibincangkan. Menjadi khilaf antara ulama, mereka berbincang berpandukan Alquran dan hadis serta ijmak antara ulama. Akhirnya Hukumnya harus sebab tidak bernafsu. Tapi kene ingat ada hadith dari aisyah diriwayatkan berkata Nabi SAW tidak pernah bersentuhan dengan wanita bukan mhrm. Apa yang kau buat betul. Aku sokong.”

Ibu sudah melelapkan matanya , mungkin penat ber’shopping’. Begitu juga dengan ayah aku yang sedang lena dibuai mimpi, mungkin penat me’neman’.   Aku dan adik beradik lain baring atas katil sambil tengok cerita Hindustan. SMS masuk dari Amalina…

“Hmm. Tengs Asyraf. Aku taktahu nak mengadu kat sapa lagi. Ada akak ni dari shah alam pun cakap jangan  risau sebab ini semua hak kita sendiri. Orang itu tak perlu nak persoalkan. Tapi benda ni macam dah tersebar tau. Kiranya dorang anggap salam tanpa nafsu tak dosa. Huh. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.”

Aku balas SMS…

“Haha Aku rasa aku pun pernah buat macam itu dulu masa kat sekolah menengah. Masa ambil hadiah, aku just  tunduk dan aku tak salam. Alhamdulillah member belakang pun  ikut aku  tak salam juga dan pengetua pun fikir dua kali nak salam ke tak. Yelakan. Kalau kita tak mulakan, siapa yang nak mulakan.”

SMS masuk dari Amalina…

“Hmm. Tau. Tapi tula. Kalau orang tak faham hukum sebenar susah jga. Btw . tengss k. Kau tolong explain kan kat aku. takdelah aku rasa down sangat. Tengss again friend  :D”

Aku akhirnya SMS kami…

“Apa yang aku tahu aku sampaikan. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk jahil itu dari diri aku sendiri . Sama-sama. Assalamualaikum”

Aku terus lelapkan mata . Penat ber‘shopping’ .


*****


Mari kita mencakar MINDA.

HUKUM BERSENTUH DGN BUKAN MAHRAM

1. Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim. Bagaimanapun, majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.

Wallahu a'alam.


2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:  "Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:

Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:  "Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan:

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.


3. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."


4. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:

Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)

Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)

Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).

Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi) 


Waallahu Alam..
                                                                                                                         Sumber: Internet



p/s:

Anak pak ali jumpa Aweknya maria,
Berdua-duaan berpegang tangan,
Lupa Dosa dan juga Pahala,
Nanti mati tak sempat taubat,
NERAKA jawabnya.
Andai kita masih bernyawa,
Jika hati ingin berubah, Jangan
Kita lengah-lengahkan.
Cepat berubah, Kerana
Allah itu maha pengampun.
Segala dosa Hambanya ,
Yang ingin berHijrah,
Kearah kebaikan.
Insha Allah

Salam Ma’al Hijrah 1434H dari saya sekeluarga.

p/s2:
Kalau anda masih tidak memahami atau masih tidak mengerti bolehlah tanya saya di twitter @asyrafmuda ataupun anda boleh tanya saya di ask.fm ask.fm Soal Asyraf . Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk lagi jahil datang dari diri saya sendiri . Bismillah. Wallahu alam. Allahumma Amen. 

My Name is Asyraf Muda
Salam Ma'al Hijrah 1434H
Mari Kita BerHijrah Kearah Kebaikan
Insha Allah

p/s : berada di Pulau Melaka, Kelantan. Bersiap untuk solat maghrib di Masjid Tuan Guru Nik Aziz. 

Dawah Project : Let's Spread The Message



2 comments:

  1. Aku doakan agar kau terus-terusan terima hidayah dari Allah swt and terus menulis untuk bantu dan bimbing sahabat2 kita yang memerlukan. Kau tak awesome pada aku, tapi you are impressive. :D

    ReplyDelete