Pages

Wednesday 27 June 2012

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

Assalamualaikum



                                   

Sebagai salah seorang ajk publisiti , aku dipaksa untuk pergi ke meeting.  Entah aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi ajk publisiti , lantaklah ! yang penting sijil .

Ketua part aku ajak pergi makan sebelum meeting, masa tu aku tengah baring-baring memang tak ahh nak bangun mandi semua. Pagi takde kelas sebok buat meeting bagai, alahai~ aku nak sambung tidur pun diganggu. Dipaksa oleh ketua part, nasib baik dia kawan aku.

Pukul 11 pagi .

Bangun dari katil, bukak laptop usha facebook kejap. Komen apa yang patut , habis saja aku terus mandi. Bersiap , pakai baju lawa-lawa siap minyak wangi lagi. FYI aku pakai minyak attar kasturi , bukan tak mampu nak beli minyak wangi mahal-mahal cuma selamat dari ahkohol dan ia merupakan salah satu sunnah nabi SAW. Lagi satu nabi suka bau kasturi .

Pukul 11.30 pagi .

Pikir aku nak singgah makan sebab aku tak makan lagi. Bilik aku tingkat 4 , agak tinggilah kalau nak terjun dari tingkat 4 ke bawah , tak mati pecah kepala . Jadi aku gunakan logical thinking aku untuk guna tangga yang telah disediakan. haha betullah logik kan, habis tu apa ? Critical thinking . Kalau critical thinking dah lama aku terjun , kata critical . Okey teruskan..

Aku turun tangga, ada makcik cleaner tengah bersihkan lantai. Kira macam mop la, aku pun tak tahu nak kata macam mana lagi , apa pun basahlah lantai , tangga semua habis berair.  Masa aku turun tangga , mulanya memang boleh cover , elak sana elak sini . Sampai tingkat dua , aku tak perasan yang lantai tu basah gila, aku pun elak sana elak sini . Disebabkan terlalu licin , akhirnya aku ter . . . *ermm mesti korang pikir aku jatuh kan, korang salah . . sebenarnya . . . memang aku jatuh pun . Bayangkan aku terjatuh , pehh! aku pun tak dapat bayangkan . Nasib baik takde orang tengok , jatuh populiriti air muka aku. Masa jatuh, terus cepat-cepat aku bangun . Duduk sekejap menahan sakit, bukan pondan cuma just imaging that korang jatuh mengiring pastu kene kat tulang rusuk kanan.

"Astaghfirullah , Alhamdulillah " perkataan yang keluar dari mulut aku tetiba. Bukan tetiba sangatlah, sebenarnya aku dah lama praktikan . Nak tahu kenapa ? Meh aku cerita . Aku teringat masa dulu aku pernah sertai satu camp kat masjid as-salam puchong, ada sorang penceramah ni nama panggilannya abang joe . Dia ceria , kelakar dan buat kami as peserta gelak terbahak-bahak. Sampai satu masa , malam penginsafan dia ada beri tazkhirah kepada kami .


Masjid As-Salam Puchong Perdana

"Setiap apa yang kita buat akan ada balasan, jika kita buat baik maka baiklah balasannya , begitu juga dengan sebaliknya" kata abang joe.

 "Allah maha pengampun , Tidak semestinya setiap balasan tak kiralah baik ataupun jahat akan dihisab diakhirat kelak , tidak ! kadang-kadang Allah ada akan balasnya didunia" . sambungnya lagi.

sampuk salah seorang peserta "Habis tu macam mana ?"

"Sabar sat adik! abang tak habis lagi cerita. Okey beginilah, Allah itu maha pengampun .Sebenarnya Allah nak ampun sedikit demi sedikit dosa kita yang bertimbung-timbung  tetapi bagaimana caranya Allah mengampun? itu soalan adik kan" tanya pula pada peserta .

"Ya!" jawab dengan penuh semangat . aku yang duduk jauh kebelakang sikit khusyuk mendengar apa yang dikatakan oleh abang joe.

"Salah satu contohnya balasan didunia adalah demam!" ramai orang sekarang selalu maki demam , bila demam je "ohh s*** macam mana boleh demam nih" . Marah tak tentu pasal .(Bukan semua) . Aku tak nak cerita panjang pasal demam cuma aku nak korang baca hadith dibawah :-


Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.


"Contoh lain kalau ada antara kamu terjatuh kan , cepat-cepat ucap alhamdulillah kerana apa ? kerana itu juga antara balasan yang Allah balas kepada kita didunia. Jangan bila jatuh kita terus mencarut , banyakan istighfar kepada Allah sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa kita "

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".




Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahu Akhbar !!!

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh balasan Allah didunia cuma aku ceritakan contoh yang dekat dengan kita , insyallah sekarang korang dah tahu serba sedikit . Yang sudah tahu apa lagi bolehlah praktikan dalam kehidupan kita seharian . Kalau aku boleh korang lagi boleh ! 
Aku tertarik dengan satu petikan oleh Dr Zaharuddin . .

"Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda,"


Sekian .Terima kasih kerana Membaca . 


p/s Meeting start pukul 12 . Ingatkan penting sangat , rupa-rupanya tangkap gambar je . Baik aku sambung tidur balek ! 



Tuesday 26 June 2012

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


Assalamualaikum










- Imam Hassan Al-Banna











10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna





1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.






p/s:  Berdakwah itu wajib . Walaupun  kita seringkali melakukan kesilapan, wajib keatas seseorang itu untuk berdakwah kerana dengan berdakwah sebenarnya kita membaiki kesilapan kita dan sekaligus kita menyeru umat islam ke arah kebaikan . Insyallah .

TEPUK DADA TANYA IMAN

Monday 25 June 2012

Siapa Ashraf Muslim dengan Penulis ?

Assalamualaikum

Selamat malam buat roommate aku yang mungkin tengah dibuai mimpi indah bersama-sama bidadari syurga,  Insyallah . Dua student office management dan seorang lagi student account, 4 orang satu bilik termasuk aku.  Yang paling best , Uninet dekat tempat aku full kod, alhamdulillah tak sia-sia aku bayar uninet rm 20 sebulan. Bak kata kawan aku , acap boleh hidup dalam bilik sorang-sorang kalau ada internet . haha Well *Fliphair

Dengan adanya internet , aku boleh updates status kat facebook , boleh tweet dan sebagainya . Live the life . Ada internet kita gunakan dengan sebaik mungkin jangan ada internet asyik dok tengok benda yang lagha . Astaghfirullah.


Ini motif  sebenarnya aku update blog hari ini ..


Okey , tak perlulah aku bagitahu siapa dia. Siapa tak kenal dia ? Hot stuff kod, lagi-lagi sekarang dia belajar ilmu perubatan islam As-syifa . Habis tu apa kaitannya ? Yeah ada kaitan . Nanti aku bagitahu, teruskan membaca.

Ashraf Muslim
Sekarang dia dah jadi ustaz . Alhamdulillah , lagipun sejak dia berkecimpung dalam dunia ilmu perubatan islam aku terus minat dia . Bukan sebab dia artis ataupun sama nama macam aku Asyraf Muda , ini kerana dia mengambil jalan untuk membantu masyrakat . As fact aku memang nak belajar ilmu perubatan islam sejak aku masih tingkatan 5 . 



Meh aku nak cerita sikit , ini kisah dalam facebook . Aku pun tak tahu nak kata apa, terpulang pada korang menilai sendiri . Mungkin agak kelakar sikit . Jangan gelak ataupun buat muka annoying bagai segala. 

Roommate aku si Ebby punya member add aku kat facebook. Dengan baik hatinya aku approve lah, mungkin dia terbaca status 'islamik center'  aku sebab itu dia add aku , mungkin ! takpa prasangka baik . Hidup yang cemerlang hidup orang yang berfikiran positif . Banyak kesan baik apabila kita berfikiran positif , elehh kata pun positif kan.

Ada satu hari , aku buka facebook guna laptop roommate aku ebby . Pastuh dia usha facebook aku nampak member dia , ada ke dia kata aku add kawan dia . Hello~ ini asyraf muda tak add orang yang tak dikenali . Aku kata kat ebby yang kawan dia add aku , aku just app je .


                                     ******************************************


Selang beberapa hari kemudian , ebby kata kat aku . 

"Weyh . kau nak tahu tak kenapa member aku add kau"
"Ohh kenapa?" buat muka blur , lelaki .. siapa kesah !
"Aku tanya dia kenapa dia add kau , nak tahu dia jawab apa?" senyum kambing.
"Aahh kenapa ?". *kalau perempuan boleh jugaklah aku layan tapii .. lelaki .. arghh .. please ...

Trenggggg!!! 

Nak tahu apa si ebby bagitahu kat aku . 



"Dia kata kat aku yang dia add kau sebab muka kau macam Ashraf Muslim"

Hah! seriously ..

Mulanya aku iya kan saja , si ebby ni kadang-kadang suka menipu tetapi aku mula perasan dia kerap ulang perkara yang sama depan kawan-kawan so dari situ aku rasa mungkin betul kod.


LAGIPUN ...

Aku tak kisah pun korang nak cakap muka aku macam Ashraf Muslim ke, aaron aziz ke, terpulanglah . Yang pasti aku masih Asyraf Muda . haha Ececehh  seriously ayat macam nak makan kaki je kan . Maaf ini adalah gurauan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia . 

Wan : Bak kata firasat ..
Aku  : Ehh bukan bak kata pepatah ke?
Wan  : Alaa sama jelaa . .
Aku  : Okey.. 

Bak kata pepatah orang putih "Being yourself instead be someone else " . 

p/s : Sabar sat ! cek nak habaq sikit yang cek ni tak kuat perasan cuma ....hmm mungkin adalah sikit . Jujur lebih baik dari menipu kan . haha  Jumpa lagi .

Assalamualaikum ^-^
                  

FADHILAT WUDHUK

Assalamualaikum.




Hai guys , What's up !

Jumaat penghulu segala hari. Seperti biasa, setiap hari jumaat aku akan bersiap-siap dan memakai pakaian yang kemas , cantik untuk pergi ke masjid bagi menunaikan kewajipan sebagai salah seorang umat islam. Sebelum azan , aku dah jejak kaki kat masjid . Solat Jumaat , wajib bagi semua umat islam kecuali wanita , kanak-kanak kecil, uzur dan gila. Siapa yang gelar dirinya lelaki maka wajib keatas dia untuk solat Jumaat . Tiada alasan bagimu kecuali yang sudah tertera.

Sampai dimasjid, aku ambil wudhuk dan terus melangkah kaki ke dalam masjid dengan memasukkan kaki kanan terlebih dahulu,  sunnah nabi SAW. Mata berkeliaran, melihat ada orang yang tengah menunduk kepalanya mungkin berzikir agaknya, ada juga yang khusyuk membaca Al-Quran. Kata hati , sejuk perut ibu mengandung. Bak kata ustaz aku , berprasangka baik terhadap manusia. 

Sedang memandang bakal-bakal ahli syurga , aku ternampak ratusan risalah disebelah tabung derma ikhlas . Mengambil sehelai kertas dengan niat ingin membaca . Aku tertarik dengan tajuk besar iaitu FADHILAT WUDHUK . Pengakuan jujur ,seriously selama aku ambil air sembahyang (wudhuk) tak pernah terlintas untuk mencari apa fadhilat wudhuk sebenarnya. Ahamdulillah pada hari itu ALLAH telah mengajar aku apa dia kelebihan-kelebihan yang ada pada wudhuk melalui risalah yang disebarkan oleh Kelab EAC UiTM Jengka, Pahang. Kali ini aku nak berkongsi kepada pembaca tentang FADHILAT WUDHUK! 




Rasanya tak perlu aku terangkan bagaimana cara nak ambil wudhuk . Korang boleh baca sendiri kan , Sebarang pertanyaan boleh IM aku kat facebook, terima kasih.
Sebab topik kali ini aku nak berkongsi mengenai fadhilat wudhuk .



                                      FADHILAT WUDHUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Janganlah kau berikan hisab-hisab ku ditangan kiriku".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari dipadang Masyar dengan Arasynya .

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berbiatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat ".



KETERANGAN / PENJELASAN


Penjelasan 1. Setiap hari kita bercakap benda-benda yang tidak berfaedah .

Penjelasan 2. Ahli Syurga mukanya putih berseri-seri.

Penjelasan 3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan 4. Ahli neraka pula diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan 5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan 6. Hari-Hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Penjelasan 7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Penjelasan 8. Qada' dan Qadar kita di tangan.


Sekian sahaja dari risalah yang berbentuk islamik. Insyallah kita boleh sama-sama dapat pratikkan selalu . Alhamdulillah kita sudah sampai ke pengakhiran . #ehh sekejap !

                             

                                  JANGAN LUPA BACA DOA LEPAS WUDHUK ya . 




Bismillah . Wallahu a'alam . SELAMAT BERIBADAH ! 



Sunday 24 June 2012

ASSIGNMENT Pertama

Assalamualaikum .



Baru masuk dua minggu sudah ada assignment, alahai kenapalah awal sangat. Semester lepas CSC128 kali ini sambungannya CSC138. Subjek berantai , siapa yang tak lepas subjek CSC128 tak boleh ambil CSC138 , alhamdulillah hasil tunjuk ajar 'abang lan' aku berjaya dapat A dalam subjek programming . Abang lan merupakan lecture yang tegas dan baik dengan anak muridnya .Terima kasih Sir Roslan .

Dua bulan cuti, memang format habislah pasal programming, coding semuanya . Almaklumlah cuti dua bulan takde masa nak pegang buku, busy dengan kerja. Cari duit sikit untuk simpan buat kahwin belajar nanti. Masuk kelas CSC138 puan Zalina, dia suruh kami buat exercise. Ada yang dapat buat dan ada juga yang tak dapat buat , salah seorang yang tak dapat buat aku ler. Mana taknya lupa habis pasal coding , naseb baik masih tahu time bila nak guna cin dan cout. Hari tu dia tanya siapa tak tahu chapter array dan function , Yeah ! dengan bangga aku orang pertama angkat tangan dan diikuti oleh satu kelas angkat tangan. Mimik muka lecture berubah kerana sebelum ni dia tanya siapa dapat A dalam subjek programming , boleh tahan ramai. tidak lama selepas tu, dia teruskan mengajar seperti biasa.

ASSIGNMENT Pertama CSC138 .





25 jun 2012 pukul 5 petang kena hantar assignment 1. Hari isnin hari ini lah . 























Soalan untuk assignment pertama kami. Dibahagikan kepada dua orang satu kumpulan dan aku kumpulan dengan Faziq ketua part 2.  Kejap lagi sebelum 5 petang nak kena hantar tapi belum siap lagi. Alahai~









Petang tadi aku dan faziq telah berkerjasama untuk menyiapkan assignment dalam bentuk C++ bukan dalam kertas . Buat punya buat akhirnya siap juga rangka , boleh tarik nafaz lega. Jam tepat pukul 6 petang, kami berhenti berehat , aku kembali pada facebook dan twitter . 

Habis makan malam bersama faziq dan naqib kat dewan makan DM, kami sambung buat assignment dalam bilik aku, rangka dah siap dan kami cuba 'run' the file , aduhai banyak pula salahnya . Aku cuba cari apa yang salah , disebabkan aku bukan pakar aku serahkan kepada yang pakar , faziq . AND Now dia tengah buat, hope dia berjaya 'run' file . Insyallah . Sementara dia tengah buat , aku tolong update blog. Jahat gila aku, astaghfirullah . 

Hasil kerjasama kami :-




Jumpa lagi.. Assalamualaikum! 

Pesan saya "Jangan Cepat Putus Asa"

-Kami suka Sains Komputer-



Jawab AZAN !



Assalamualaikum             
                                                              


Azan zuhur berkumandang .Tengah syok layan facebook dan twitter tiba-tiba terdengar azan , terus terlintas difikiran "Ya ALLAH , dah zuhur rupanya" . Astaghfirullah , leka sangat sampai tidak perasan sudah tiba waktunya bagi umat islam untuk bertemu dengan ALLAH .


OFFLINE facebook ...

ONLINE dengan ALLAH !


Alhamdulillah selesai satu kewajiban. Kejap lagi , asar . Wahai umat islam seluruh dunia , jom sahut seruan illahi jangan leka dengan duniawi kerana dunia sementara manakala akhirat selamanya .


Sebenarnya aku ada satu cerita, begini ceritanya . . . .


Petang-petang belajar calculus , memang mengantuklah aku . Best memang best belajar calculus sebab aku suka kira-kira , dulu masa sekolah menengah aku teringin sangat nak jadi cikgu math. Boleh mencurah ilmu kepada mereka yang memerlukan.

Otak aku cepat sikit blank. Yela , mana taknya lecture ajar mengalahkan kereta lamboghini . alahai~ terlintas diminda aku "kalau nak berjaya jangan capat mengalah" . Aku kuatkan semangat untuk dengar, lihat dan tulis apa yang lecture mengajar dihadapan .

Jam tepat pukul 3.50, kelas berakhir . fuhhh ! hembus nafaz lega.

Kelas seterusnya, kelas agama . kali pertama lecture masuk , mulanya kami ingat ustaz sebab dalam jadual tulis ustaz pakej D . Rupanya ustazah yang mengajar kami subjek CTU 151. Dia suruh kami kenalkan diri masing2 . Nama, umur , asal mana dan juga matlamat . Masing-masing berdiri mengenalkan diri .

Panjang sangat aku bercerita, takpe aku ringkaskan .

Tengah ustazah bercakap dihadapan, tepat masanya tiba azan berkumandang. Kuat lagi jelas . Aku pelik kenapa ustazah ni tak berhenti sekejap dengar azan, dengan niat rendah diri aku tegur dia . Tanggapan aku mungkin dia tak dengar maka aku tegurlah . Aku bersuara "err ustazah . ." balasnya "azan ke ? takpe kita boleh bercakap" . Aku terkejut . Bermain difikiranku 'boleh ke kita bercakap sedangkan azan berkumandang bukan ke perlu diam sebentar'. Aku menyimpan hasrat untuk bertanya akhir kelas nanti.

Lagi beberapa minit hendak habis kelas, ustazah ada membuka persoalan kepada kami sesiapa yang mengingin bertanya. Setelah lama menyimpan , aku luahkan .

Jawapan yang aku terima : "Dulu masa saya belajar kat jordan, ada seorang ustaz ni tengah syok bercakap , tiba-tiba kedengaran laungan azan dan dia teruskan tanpa berhenti, pastuh ustaz itu bercerita yang kita boleh berkata-kata ketika azan berkumandang" .

Well aku jenis selagi tiada bukti susah sikit nak percaya . Maklumat dihujung jari , aku mulakan dengan pencarian . Apa yang aku dapat ? yes betul kata ustazah . Boleh berkata-kata ketika azan .

Hasil Pencarian .

- menjawab azan adalah sunnah.
- tiada hadith sahih menunjukan berdosa kalau tak jawab azan .
- imam bukhari dalam bab 'berkata-kata ketika azan' hukumnya boleh(tiada masalah) .

Banyak lagi , tetapi aku rasa ini mungkin sudah memadai .

Keterangan .

-Menjawab azan adalah sunnah , bila cerita bab sunnah . Kita lakukan dapat pahala , kita tinggalkan tiada apa-apa , tidak berdosa .

-Tiada hadith sahih yang menunjukan kalau tak jawab azan berdosa . Mungkin ada yang tertanya kenapa ada orang berhujah guna hadith dibawah :-

 "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukanlidahnya ketika maut menghampirinya..."

Hadith riwayat oleh siapa??? jeng.. jeng.. jeng ..

Jumhur ulama telah bersepakat bahawa hadith ini daif atau palsu .

-Imam bukhari dalam kitabnya menyentuh bab berkata-kata ketika azan hukumya boleh, tiada masalah untuk berkata-kata kerana terdapat hadith sahih bahawa nabi dan para sahabat juga berbincang ketika azan berkumandang .

Alhamdulillah selesai juga pencarian saya. sebelum saya akhiri , saya tertarik dengan satu blog ni katanya "kalau kita boleh berdiri tegak dan diam masa nyayian lagu negaraku, kenapa tidak bila mendengar azan ?" Sebagai seorang yang beragama islam kita perlu menghormati azan , kerana banyak fadhilatnya . Dengar ,  menghayati serta mengambil iktibar. 


Dengan ini saya akhiri dengan Bismillah . Wallahu a'lam.

Saturday 23 June 2012

Sebelum Aku Bukan Penulis . .

Assalamualaikum .

Selamat malam semua . . .

Topik kali ini :-

Sebelum Aku Bukan Penulis . . .

Ini blog aku dulu. Patutnya sudah deactive, alahai sudah macam facebook pula. Kembali aktif dengan niat ingin mencari sesuatu yang baru dalam dunia blog nih . Mana tahu dapat awek ilmu baru . Boleh berkongsi dengan para pembaca  ^0^  

"Kenapa aku aktif balek?"

Sebabnya ada kawan aku kata better kau tulis kat blog dari kau buat status panjang-panjang kat facebook . Makan dalam bhai ayat dia . Sangat terasa , dah lah jiwa aku jiwa sensitif sikit . Nasib baik ayat dia diakhiri , bolehlah nanti aku baca blog kau . fuuhhh !! sejuk hati .  

"Suka tulis panjang-panjang kat facebook ke?"

Mana ada suka cuma bila menulis ada saja idea mencurah-curah. Mungkin ini kelebihan para penulis blog sebab itulah ramai pembaca daripada penulis . Baru perasan aku berbakat. *Fliphair

"Nama kat facebook apa?"

Asyraf Muda , klik saya . .

"Lagi satu , kenapa sudah tak active blog lama?"

Blog lama 'islam ni simple je' . Mulanya memang nak terus guna blog lama tetapi bila tengok balik blog lama sudah bercampur aduk dengan pelbagai cerita serta puisi yang pernah aku tulis . Dan dari situ juga aku terfikir andai lebih baik aku ada blog baru yang sistem pengisian topik lebih terbuka. FYI banyak pengajaran yang kita semua boleh kongsi bersama dalam cerita yang aku tulis dalam blog lama. Persilakan kalau korang nak tengok blog aku . Just klik ini ! jangan risau no virus no penipuan .

"Sekarang dah pukul 2.40 , kenapa tak tidur lagi?"

Nak tidur lah ni . Okey sampai sini saja penulisan saya hari ini . Insyallah jika panjang umur , saya akan update dari semasa ke semasa . 


mutiara kata :
Belajar dari kesilapan buat bermakna kita akan melakukan kesilapan lagi tetapi kita belajar dari kesilapan agar kesilapan yang pernah kita lalui tidak akan berulang lagi  .


Wallahu'alam . . jazakallah !

FSKM !

Assalamualaikum .

Perkenalan :-

Nama  : Muhammad Asyraf bin Muda
Lahir   : 1993
Asal    : Puchong, Selangor .
Status : belum berpunya.

Sekarang belajar di UiTM Pahang , kampus Jengka. Seorang perantau yang mencari ilmu ke negeri orang. Biarpun berjauhan disamping keluarga, tidak menjatuhkan harapan aku untuk menjadi perantau ilmu .

"Oh kamu UiTM pahang ya , dalam hutan kan!"
"Aah , hutan .ermm agaklahhh"
"Ambil course apa?"
"Saya ke?"
"Yela , awaklah! siapa lagi?"
"Saya . . .


Saya dibawah FSKM iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik. 

"Yelaa, course apa? Banyakkan course dibawah FSKM?"

"DIPLOMA IN SCIENCE COMPUTER CS110"

"PART 2"

"ASYRAF MUDA"









Cara Terbaik untuk Balas DENDAM

Assalamualaikum

Hello guys . What's up?



Topik kali ini khas untuk kawan-kawan kita yang suka sangat berdendam tak tentu pasal . Sekadar pengkongsian , saya nak share sikit bagimana cara untuk Balas DENDAM mengikut ajaran islam . Ada ke ? ya , ada saja . Islam adalah agama paling efektif dan kreatif dalam apa jua masalah yang timbul . Semuanya sudah tertulis dalam Al-Quran dan sunnah, cuma kita saja yang malas mencari dan mengaji ilmu tersebut . Tidak mengapalah , disebabkan adanya medium baru iaitu internet yang boleh kita mencari maklumat dengan  cepat dan tepat . insyallah !

Petikan yang aku nak share ini dari tokoh islam negara kita , tak lain tak bukan Dato' Mohd Fadzilah Kamsah . Seorang yang segak , bergaya , dan ada cara penyampaian yang tersendiri . Sekejap ! bukan fadzilah come to me ye lain-lain , itu johan raja lawak .

Proceed . . .

berdasarkan apa yang guru2 saya pesan, saya nak rumuskan kaedah terbaik untuk BALAS DENDAM .

Bagaimana Cara Terbaik untuk Balas DENDAM ?

1. Maafkan dia .
2. Doakan .
3. Sedekahkan Al-fatihah kepadanya.
4. Sentiasa ceria didepan dia.
5. Usaha kuat agar lebih hebat daripada dia .
6. Beri dia Hadiah
7. Sebarkan perkara baik tentang dia .
8. Bela dia jika orang kutuk dia .
9. Buat baik kepada anak2 dan juga ahli keluarganya.
10. Pesan kepada anak2 kita untuk berbuat baik kepada keluarganya.


Katanya lagi , Insya Allah dia akan INSAF ataupun dia JADI GILA!!!

Apalagi kita tunggu, lakukan sekarang . Kepada sesiapa yang tengah berdendam , maafkan dia . Insyallah kita dapat pahala . Ingat marah itu sifat syaitan , kita nak jadi macam syaitan ke , tak nak kan. so maafkan sebagaimana nabi SAW memaafkan umatnya, sebagaimana nabi kita terdahulu .  Syukran .

pepatah melayu "ego dan dendam umpama membakar diri sendiri" .





Friday 22 June 2012

Perantau iLmu


Assalamualaikum sahabat .

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam . Hari yang penuh dengan barokah , insyallah !





Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA . Bukan sekadar hanya menuntut ilmu tetapi belajar berdikari dinegeri orang . Kalau dulu , sekolah belakang rumah sekarang ditengah-tengah peta Malaysia . Kata ibu "Belajar rajin-rajin" , kata ayah "hati-hati dinegeri orang" dan kata-kata ini menjadi pendoman untuk aku hidup di alam universiti . Itulah ada pepatah "tuntutlah ilmu sampai ke negeri China" . biar jauh kita mencari ilmu , biar kita menjadi perantau dunia , jangan sekali kita pinggirkan ilmu kerana ilmu pemangkin kehidupan abadi .



Dari Anas bin Malik r.a., katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibn Majah dan lain-lainnya) .




Secara ringkasnya , nabi SAW pun menyuruh kita menuntut ilmu . ALLAH juga mengangkat darjat seseorang bukan kerana dia pemimpin malaysia, bukan juga imam masjid negeri tetapi ilmu yang ada pada seseorang itu . 


Firman Allah bermaksud : Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (al-Mujadalah, ayat 11) 



pesan saya "selamat menuntut ilmu" .

Kebaikan Facebook


Sekarang jam menunjukkan dekat pukul 2.30 pagi . Uninet pagi-pagi macam ni boleh tahan lajunya , rasanya boleh kod download movie . 

Facebook ! well ada apa dengan facebook pun aku tak tahulah .Yang aku tahu facebook adalah laman muka buku  :)

bila bercerita pasal facebook aku teringat kelas pertama bagi pelajaran CTU 151 iaitu agama islam . Pengajarnya ustazah , masih memegang gelaran 'cik' . 


ustazah bertanya kepada kami berikan saya 10 kebaikan facebook dan twitter ? 



Masa tu aku tunduk dan letakkan muka keatas meja dengan niat memang tak nak jawab soalan ustazah , entah aku tak tahu kenapa nama aku disebut-sebut . alahai~  masa itu hanya ALLAH saja tahu betapa malunya . Habis merah muka , ececehh bertambah comel . Dalam kotak pemikiran aku , mereka sengaja nak kenakan aku dengan "ustaz facebook" . nampak sangat ! 

Disebabkan tiada siapa nak jawab persoalan diberi, jadi aku berdiri sambil menolak kerusi sedikit ke belakang . Dengan lafaz bismillah aku menerangkan satu per satu kebaikan facebook dan twitter , alhamdulillah ustazah menerima dengan fikiran terbuka . salah satu kebaikan facebook :-

 - boleh menjadi medan untuk berdakwah . 
 - boleh mengetahui isu semasa .
 - boleh bertukar-tukar pendapat mengenai agama dan bangsa
 - mencari ilmu .
 - mencari cinta . 
Ada lagi tapi aku dah lupa . alahai~ tak dapat aku nak kongsikan . mana tahu lepas ni soalan SPM tahun 2012 keluar pasal kebaikan facebook . Kan dah ada isi cuma tambah huraian saja , piece of cake lah *fliphair . haha

Facebook boleh memberi banyak kebaikan dan juga keburukan . terpulang kepada kita yang menggunanya , jika kita berkongsi pandangan baik bersama kawan yang lain insyallah dapat pahala  . saya tertarik pada salah satu kebaikan iaitu mencari cinta di internet . Walaupun nampak apalah , macam annoying kan tetapi inilah yang berlaku , yup reality di dunia laman muka buku . Yang penting berhati-hati kerana banyak kes penipuan , kes rogol , kes culik, kes bunuh . kebanyakan mangsa adalah wanita , oleh itu kaum hawa perlu berhati-hati ! jangan cepat terpedaya dengan kata-kata lelaki yang tidak dikenali . Aku rasa korang dah besar kan boleh jaga diri sendiri tak perlulah panjang lebar aku membebel . Fikir dahulu sebelum membuat keputusan . Yela , aku lelaki tulen mesti kahwin dengan perempuan . thats why aku take care perempuan dari lelaki  . 



cinta itu fitrah ! 

ALLAH ciptakan manusia berpasangan lelaki dan juga perempuan . bagi aku , untuk memulakan perhubungan kita perlukan cinta, untuk menjalinkan hubungan juga kita perlukan cinta , untuk mengukuhkan hubungan kita memerlukan cinta . cinta itu ibarat tiang untuk mengukuhkan sesuatu bangunan(perkahwinan) . tetapi ingat jangan lebihkan cinta kita pada pasangan lebih dari cinta kita pada ALLAH . 

agama itu nasihat .

assalamualaikum;

Facebook VS Twitter

Assalamualaikum .



   
                                  Facebook 
              
VS



                                                                       Twitter





Aku Bukan Penulis


Assalamualaikum sahabat semua .




                                            Aku Bukan Penulis .


                                            Aku Bukan Penulis .


                                                    sekejap !


                                            aku tengah buat apa?


                                               tengah menulis .


                                               jadi aku penulis .


                                                ya aku penulis .




                Setiap pertemuan pasti ada sesi taa'ruf iaitu sesi perkenalan. Sangat tak suka sebenarnya tapi nak buat macam mana, terpaksa. Macam budak sekolah dulu, bila masuk kelas pertama mesti cikgu suruh memperkenalkan diri dulu. "Saya nak awak bagitahu nama, asal mana, cita-cita apa?" kata seorang cikgu sekolah rendah. "Okey mulakan dengan awak?" balasnya lagi. Satu per satu murid berdiri, tiba giliran aku. Aku darah gemuruh sikit, badan mula mengigil. "Err.. nama saya.. ahhh .. muhammad asyraf bin muda.. rumah kat depan jalan.. hmmm sebelah kompleks hijau.. err cita-cita ehh, aahh ahh jadi polis" . Gagap rupanya aku, kelakar bila kenang balik zaman sekolah dulu, Bila teringat pasti senyum, rasa macam nak kembalikan masa saja. Alahai~ Yang lepas biar lepas, kenangan lepas jadikan pengajaran untuk menghadapi masa yang akan datang . Sekarang alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran ke IPTA, syukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang untuk aku mencari bakal wife *ehh silap mencari ilmu untuk menjadi seorang yang boleh mencurah ilmu kepada masyarakat kerana nabi muhammad SAW pernah bersabda bahawa "manusia yang baik adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain".

               Perkara yang sama berlaku apabila kelas pertama bersama dengan lecture dan sahabat baru . Sesi perkenalan , seorang demi seorang memperkenalkan diri . Tiba giliran aku , "Nama saya muhammad asyraf bin muda , boleh panggil asyraf , asal puchong ,Selangor , umur masih 18 tahun ."  kata seorang bekas ahli MPP form 6 SMKP . Ecehhh . Ya , dulu saya ambil form 6 subjek sastera selama beberapa bulan tetapi hanya tinggal kenangan kerana saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA . Mereka panggil takdir ! yup , kita merancang ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH lebih baik . 

               
                Cukup sampai di sini sesi perkenalan kita , nama saya asyraf . Selamat berkenalan dalam dunia blog . Assalamualaikum bagi seluruh umat islam . Terima kasih kerana membaca , insyallah ini mungkin bukan post yang terakhir tetapi ini post permulaan . Banyak info dan cerita yang menarik untuk kita berkongsi bersama. "Hidup kita panjang tetapi masa tidak mencukupi" . Gunakan masa untuk beribadah pada ALLAH jangan leka dengan duniawi nanti menyesal tak sudah di makhamah ALLAH . 


facebook: asyraf muda      twitter : @asyrafmuda

jumpa lagi :D


sekejap !


saya masih single . #motif 


jumpa lagi ^v^ . . Assalamualaikum