Pacaran bahasa mudahnya Couple
Amru Khalid menulis tentang orang yang berpacaran;
'Sebelum memasuki alam pernikahan, mereka yang bercinta di luar keizinan agama berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangannya. Namun, setelah mereka bersatu menerusi ikatan perkahwinan, mereka mendapati sesuatu yang berbeza berbanding sebelumnya. Hari hari yang dilalui tidak lagi indah.'
Katanya lagi;
'Seandainya kita belum mengetahui pasangan kita, sebenarnya kita masih boleh mencari kesesuaian. Kita akan berusaha memahami kehidupan pasangan kita. Namun kerana bercintaan dan hubungan itu tidak diberkati, masing-masing tetap pada tabiat serta bentuknya. Oleh itu, sangat sulit bagi keduanya untuk bersama-sama saling memahami dan saling menyesuaikan diri.'
Inilah yang aku nak bagitahu kau...
Thursday, 24 April 2014
Wednesday, 16 April 2014
Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 4]
Aku Terima Nikahnya.
Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.
Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor. Saudara mara belah lelaki, saudara mara sebelah perempuan, turut hadir kawan-kawan dan junior-junior dari UiTM.
Ashraf kaku berbaju melayu bersampin siap keris dicelah pinggang mengenggam erat tangan tok kadi dan melafaz dengan sekali lafaz;
“Aku terima nikahnya NurFarysa binti Ahmad dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai…”
Tok kadi memanding saksi kiri dan kanan.
“Sah..”
“Sah..”
“Sah..”
“Alhamdulillah..”
Selanjutnya, bacaan doa oleh tok kadi. dan
Ashraf yang tadi gugup terus menghembus nafas lega dan bersyukur.
Farysa pula berlinang air matanya.
Kedua-dua pasangan itu memanjatkan syukur pada illahi, tuhan yang telah menyatukan mereka bersama (ijab qabul). Barakah Allahu Lakuma wa Barakah. Ameen.
Sunday, 30 March 2014
PUISI CINTA
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ."
-Buya Hamka
Semasa dalam forum Pedagogi Cinta.
Saturday, 15 March 2014
Buku yang perlukan Pembaca
Awal semester lepas, aku dan kawan-kawan merancang ingin membuka perpustakaan terbuka disekitar dalam UiTM Pahang. Lebih kurang sama macam event buku jalanan, idea ni pun tercetusnya bila aku nampak aktifnya budaya membaca semasa berada disana termasuk budaya intelektual diskusi.
Aku mula kumpul buku dan mengutip sumbangan buku-buku dari kawan dan pensyarah disini. Tak banyak pun dapat, mungkin kurang publisiti dan tarikan. akan cuba lagi untuk semester depan.
Ini antara buku yang aku beli dan sumbangan yang perlukan pembaca setia;
1. Teologi Islam ; Harun Nasution
2. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
3. (New) Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Ust Dr Zulkifli
4. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
5. Kebangkitan Al-Islam ; Dr Ir Hidajat Nataatmadja
6. Haji ; Dr Ali Shariati
7. Sun Tzu Art of War
8. Motivasi Gaya Rasulullah
Buku-Buku yang perlukan pembaca;
1. Menyelami Pengurusan, Umar Abdul Aziz ; Prof Madya Rasid
2. Ini Bukan Klise'Himpunan Analisa Terpilih Seorang Aktivis ; Amin Iskandar
3. Anti Hadis, Inilah Jawapannya ; Dr Zulkifli Al Bakri
4. Kopiah ; Lejen Press
5. Cinta Ahmad Mutawakkil
6. SARAB, Antologi Cerpen Moden Syria
7. ABABIL ; Mariam Omar
8. Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trostsky Kamu Semua ; Lucius Maximus
9. Bercakap dengan Jun ; Hasrul Razman
10. Bukan Kitab Rumi 'Dapatkan EX Kembali' ; Rumi
12. Falsafah Kalam diEra Postmodernisme ; Prof Dr M Amin Abdullah
13. Teologi Islam ; Harun Nasution
14. Ayyuhal Walad ; Al Imam Hujjatul Islam, Imam AlGhazali
15. Haji ; Dr Ali Shariati
16. Kaedah Memahami Hadis Musykil ; Kapt Hafiz
17. Biblioholisme ; Shaharom TM Sulaiman
18. Tiga Kali Seminggu ; Dr Faisal Tehrani
19. Sun Tzu Art of War
aku tahu ada yang menarik bukan? ada buku yang kau nak baca kan?
Sapa nak pinjam boleh, tapi hanya dalam lingkungan daerah jengka saja. yang jauh, harap maaflah, aku bukan penjual buku. aku cuma inginkan budaya membaca itu merebak terutamanya dalam kalangan mahasiswa UiTM Pahang. kenapa? kerana aku belajaq kat sana. kahkahkah
kepada kawan-kawan yang nak sumbangkan buku sangat dialu-alukan, boleh email kepada aku terus , flashar1022@gmail.com . tak pun pi twitter aku, asyraf muda.
Sekian saja . Buku yang perlukan pembaca.
p/s: ke kita boleh bergabung sekali dengan buku jalanan kuantan dan temerloh!
Thursday, 20 February 2014
Kerana Cinta Kami Setia
Kata-kata mereka..... kerana cinta kami setia.
Kerana Cinta, Kami Setia mengajar adik2 dirumah tunas harapan semai bakti, jengka Pahang. Terima Kash tuhan kerana Adanya manusia-manusia yang ikhlas mengajar tanpa bayaran dan mengorbankan masa dan tenaga setiap hujung minggu demi membantu adik-adik dalam pelajaran agar dewasa kelak menjadi manusia yang berguna.
Setiap hari ahad pukul 9 pagi , kami akan mengajar diRumah Tunas Harapan Semai Bakti, siapa yang berkelapangan boleh turut sertai. kami perlukan ramai lagi sukarelawan yang berhati ikhlas .
Moga tuhan saja mampu balas jasa dan pengorbanan anda. Amin
Asyraf Muda
Timb Kelab CA UiTM Pahang
PM TFTN Ray Jengka
Sukarelawan
Forum Pedagogi Cinta
Kerna Cinta, Aku masih menulis. Pedagogi Cinta
Terima Kasih pada kawan-kawan yang membantu dan menjayakan Forum Pedagogi Cinta semalam. Secara ringkasnya, kita berbincang mengenai pedagogi cinta secara umum dan khusus dan akhirnya diklasifikasikan sebagai Kaedah pendidikan berteraskan cinta.
banyak yang aku pelajari dari para panel; prof madya ust rashid, cik asmidar dan sdr wan khairul azman, biarpun masa itu aku seorang moderator. syukur program berjalan dengan lancar.
tertarik dengan kata ahli falsafah plato "Knowledge is a act of love" , kiranya pendidikan adalah satu cara untuk mempamerkan cinta, cinta adalah penyelesaian kepada ekonomi, politik , pendidikan dan sebagainya.
adanya dalam forum ini membicarakan hal cinta yang mana definisi cinta yang aku rasa sangat luas dan tidak hanya khusus kepada hubungan lelaki dan perempuan. forum ini juga membicarakan tentang hal pendidikan. lagi menampakkan adanya daya intellektual secara santai menjadikan pedidikan berteraskan cinta capai tahap.
apa yang menariknya, jarang mahasiswa dpt mnjadi panel dalam sesebuah forum, kalau ada pun hanya moderator. semalam menampakkn mahasiswa pun boleh. jadi takda masalah jika kita buat satu diskusi mahasiswa menampilkan mahasiswa pula berforum sesama mereka. bolehlah invite aku ke sebb semalam jadi moderator tak boleh cakap banyak nanti bertukar sapa panel sapa moderator. haha
kalau ditanya , apakah cukup masa untuk terangkan keseluruhan apa itu pedagogi cinta secara mendalam, rasanya belum tentu cukup jika hanya dua jam berbicara. mungkin kita boleh buat kelas yang fokus khas untuk pedagogi cinta saja. insya allah akan kami cuba set masa dan tarikh, kemungkinan panel dah ada.
ini kali kedua aku terlibat dengan forum menjadi moderator, kurang gugup dan nervous. pertama kali forum penah bersama imam muda najdi dan imam muda amar diprogram anak angkat dikuala krau. cerita lanjut boleh baca di blog.
selepas saja selesai forum pedagogi cinta, aku dan para panel terus menjamah jamuan ringkas yg telah disediakan, ada perbincangan tentang sistem kupon, kelas pencerahan, budaya diskusi , budaya ilmu, pemikiran student uitm jengka, ziarah intelektual dan banyak lagi bersama nydp mpp sekali. aku seronok dengar.
ada post mortem pukul 12 tengah malam, jadi ada sedikit perbincangan dan penambaikan. dan aku tak rasa mereka tahu apa yang aku nak bawa dan kenapa adanya forum ini yang mana aku rasa sendiri, tak sama seperti program lain. tapi aku tak nafikan ada baik dan buruk, itu normal. kelemahan kena perbaiki, cuma kalau kita letak taraf pemikiran serata dalam kengkangan ataupun dalam kerangka 'budaya biasa' uitm, maka tak kemanalah kita. padahal kita boleh berfikir jauh dan bukan hanya mengangguk kepala, kata pemimpin tanpa ada kajian dan analisis biarpun siapa dia pangkat dia apa.
contoh, " saya penah jaga biro ini dan ini, ada tetamu ni terpaksa layan karenah apalah, siap makanan pun dia pilih", kalau tanya aku, aku tak kan ajak dia , dan siapa dia peduli apa. aku percaya manusia diberi akal oleh tuhan untuk berfikir bukan mengikut-ikut tanpa tujuan. sedang dato rektor lepas pun tak banyak kerenah dan sangat respek pada tolenransi beliau semasa ceramah pasal syiah ust aizam jakim semester lepas, sekrang beliau berada diuitm machang. manusia pelbagai ragam.
tapi seperti yang saya kata, tak nafikan ada baik ada buruk, itu normal, kelemahan kena perbaikan, dan kritikan sebagai penambaikan. selepas saja post mortem, suma ajk dijemput makan, ada makanan khas yang ditempah lebih. terima kasih danTahniah semua!
habis berkemas dan nak balik, aku perasan cik asmidar, azman, fatin dan faiz masih duduk lepak depan DIS, aku pergi sergah sekejap. dan aku rasa mungkin ini post mortem kedua, kami berbincang isu berat seperti sistem kupon diuitm dan ipt lain, mengenai pendidikan , sukarelawan dan banyak lagi selain isu cawan dan dulang. hahaha
Forum Pedagogi cinta membincangkan isu pendidikan berteraskan cinta kasih dan sayang. analogi mudah, mana mungkin kamu suka dia, kalau kamu tidak mencintainya. bukankah ada satu hadith, jika kamu tidak menyayanyi, kamu tidak akan disayangi.
Sekian;
Asyraf Muda
Pengarah Forum Pedagogi Cinta
Timbalan Kelab CA
PM TFTN Ray Jengka
Sukarelawan
Saturday, 4 January 2014
Tahun 2014 "Masyarakat Membaca, Masyarakat Berilmu"
"Setiap tahun baharu menjelang, kita pasti memperbaharui azam dan iltizam untuk mencapai sesuatu dengan cemerlang, sama ada untuk menjadi kaya, naik pangkat, tambah anak dan bermacam-macam lagi. Namun, pernahkah kita memasang azam untuk membaca buku yang dibeli setiap tahun atau sepanjang hayat dikandung badan atau membaca sejumlah buku yang dibeli, atau membaca buku kegemaran yang tidak sempat dihabiskan ataupun mungkin sahaja tidak ada keazaman sama sekali untuk membaca buku pada tahun ini? "
Shaharom Tm Sulaiman dalam bukunya Bibloholisme, 'Menelurusi pesona dunia buku dan pencintanya'.
Tahun baharu bersama teman ke dataran, habis saja program singgah kekedai sambil bersembang santai. sampai saja dirumah lebih kurang pukul 2.30 pagi. seperti biasa, sebelum tidur, sempatlah menelaah dan membaca 'Buku yang perlu dibaca sebelum 'Mati'' pada malam tahun baharu sehinggalah ketiduran. Diantara 10 azam yang telah aku senaraikan, ingin menghabiskan masa terluang dengan membaca buku yang dibeli selain mencari bakal zaujah peneman syurga duniawi dan ukhrawi.
Ana berjubah putih dan teman sebelah, Zulhazizi berjubah hitam.
p/s: 'Masyarakat Membaca, Masyarakat Berilmu'. Tahun baharu bukan setakat azam baru saja tanpa ada tindakan seterusnya. Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)