Pages

Friday, 23 November 2012

Derma Organ: Adakah Islam Membenarkan?

Mari Mencakar MINDA.
Dengan tajuk yang cukup mencabar, menarik kau tertarik de boom..

Derma Organ dalam Perspektif Islam

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”. Hadith Riwayat Muslim

Entri kali ini akan membuka minda kita dengan soal jawab mengenai hukum Derma Organ dalam Islam. Insha-Allah Allah sentiasa bersama mereka yang menuntut Ilmu. Mari Mencakar MINDA.

Apakah hukum derma organ dalam islam?

Pertama sekali, kita perlu ketahui bahawa ini adalah perkara mubah iaitu perkara yang dibenarkan oleh ugama. Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit oleh jumhur ulama.

Ada satu hadith sahih diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW pernah menggunakan mukjizatnya untuk membetulkan mata sahabat yang buta semasa berperang dan ada sahabat tangannya tercabut dan dia mengadu pada nabi SAW, maka dengan mukjizatnya ia dapat disambungkan.

Begitu juga dengan teknologi sekarang, yang digunakan untuk menyembuh dan menyelematkan nyawa. Maka hukum derma organ jatuh kepada hukum harus dikalangan jumhur ulama. Perkara yang dibenarkan agama.

Sebenarnya ini bukan perkara baru, ulama salaf silam telah lama membincangkan soal hukum hakam ini, Cuma di Malaysia lambat sikit sampainya. Negeri yang pertama mengeluarkan fatwa harus kepada hukum derma organ iaitu negeri Perlis oleh Mufti Perlis pada tahun 1964. Perkara ini sudah dibincangkan, jika dulu yang dibincangkan hanya pemindahan cornia mata, kiranya yang paling maju pada tahun 1964.

Kita juga perlu tahu bahawa dalam keadaan darurat, menyelamatkan nyawa lebih penting daripada segala benda. Hatta sebagai contoh jika terpaksa makan babi, jika tidak makan kita mati, jika makan kita hidup. Maka disini jatuh hukumnya harus memakan untuk menyelamatkan diri  walaupun kita tahu babi itu haram dimakan.

Kita mengambil contoh lain, ada sahabat kita nyaris mati disebabkan kemalangan yang dialami. Buah pingangnya dua-dua rosak dan kemungkinan dia akan lumpuh jika tiada penderma buah pingang. Sebagai sahabat, kita buat keputusan untuk membantu. Menderma buah pingang kita kepadanya. Apa hukumnya? adakah boleh dari sisi agama?

Boleh kerana ia perkara yang dibenarkan oleh ugama. Kerana ia memberi faedah dan manfaat kepada orang lain. Seperkara lagi, kerana ia dapat menyelamatkan kehidupan yang akan lumpuh kepada kehidupan yang normal. Apa kata Nabi SAW “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat terhadap manusia yang lain”. Selain itu, kita dapat melihat kegembiraan diwajah sahabat yang sakit itu bersama keluarganya. Insha-Allah orang yang menderma akan mendapat bonus daripada Allah iaitu pahala atas kebaikannya. Ada ulama berkata membantu manusia itu dianggap amal soleh yang berterusan. SubhanaAllah.

Adakah terdapat perselisihan pendapat antara ulama?

Kita perlu ketahui bahawa jika tiada khilaf antara ulama itu adalah syariat. Yang telah ditetapkan. Tetapi bila berbicara ada khilaf antara ulama itu adalah fiqh. Ilmu Fiqh.

Kebanyakan ulama mengatakan harus derma organ dan ada segenlitir ulama yang mengatakan haram atas nas-nas lain. Yang menjadi khilaf antara ulama adalah kaedah. Kaedah permindahan contohnya translane ini masih baru dalam lebih kurang 100 tahun. Berbalik kepada hukum , jika dalam keadaan darurat  menyelamatkan nyawa lebih penting dari segala benda. Dan kita sudah ketahui bahawa hukum derma organ adalah harus dalam perspektif islam.

Perkara ini sudah dibincangkan oleh ulama-ulama terdahulu contonya dalam ilmu fiqh. Salah seorang imam mazhab iaitu Imam AsSyafie berkata, jika ada seorang ibu yang mengandung mati, bagaimana dengan kandungannya? Maka jumhur ulama bersepakat perlu dibelah dan selamatkan kandungan itu., selamatkan nyawa bayi tersebut kerana ia menyelamatkan nyawa  manusia.

Mengambil contoh yang kedua , kata Imam AsSyafie, ada seorang pencuri. Dia mencuri gelang emas, yang nilainya sangat berharga. Lalu pencuri itu masukkan gelang emas itu kedalam mulutny dan telan. Dan pencuri itu mati. Adakah boleh dibelah perutnya? Boleh jawabnya kerana gelang emas itu hak kepunyaan orang dan ia mempunyai nilai. 
Waallahu a’lam.

Bagaimana pula dengan pelajar perubatan yang membelah mayat? Tidakkah akan menyakiti mayat tersebut?

Setiap agama mengajar supaya menghormati semasa manusia tidak kiralah yang masih hidup atau yang sudah mati. Kata Dr Juanda Jaya yang merupakan mufti Perlis katanya, Dalam konsep pembelajaran, saya yakin bahwa pensyarah-pensyarah disana akan memberi taklimat dan mengingatkan kepada pelajar supaya menghormati jenazah terlebih dahulu sebelum pelajar membuat persiapan untuk membelah mayat. Amat Penting bagi kita menghormati jenazah. Tidak kiralah agama apa.

Berkait dengan hadith sahih. Pada suatu hari, Ada jenazah yahudi lalu depan nabi SAW, lalu nabi SAW bangun dari duduk. Dan tingkahlaku baginda ditegur “kenapa kau bangun, dia yahudi” maka jawab nabi SAW “dia sudah mati dan dia juga manusia”.

Hadith lain yang melarang kita kasar terhadap jenazah. Kata Nabi SAW “Mematah tulang mayat ibarat mematah tulang manusia yang masih hidup” . maksudnya disini bahawa jika kita mematah matah tulang mayat dalam keadaan hina contohnya macam kita cabut tulang itu tulang ini dengan kasar, maka hukumnya haram, dan berdosa. Kene ingat bahawa mayat itu juga pernah menjadi seorang manusia dan hormatilah haknya.

Dr Juanda Jaya menjawab mengenai hukum boleh atau tidak boleh mengenai kajian pelajar perubatan “tiada ulama berani membuat kesimpulan tentang perkara ini tetapi satu perkara perlu ingat iaitu perlu hormati mayat dan buat dengan penuh kehormatan. Waallahu a’lam.”

Bolehkah derma organ kepada mereka yang bukan Islam?

Untuk lebih memahami , saya mengambil hadith Nabi SAW.

Daripada Abu Hurairah r.a;
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.

Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?”  Jawab Rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya).” Hadis Sahih Muslim

Seperti yang kita tahu pastinya anjing itu lebih hina lebih buruk dari manusia. Allah menciptakan manusia sebaik-baik makhluk ciptaanNYA. Bayangkan saja, jika kita menolong haiwan , diampunkan dosa apatah lagi jika kita menolong manusia. Tidak kiralah mereka Islam atau bukan Islam, Islam mengajar kita untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Kata Ulama, membantu manusia adalah amal soleh yang berterusan.

Saya mengambil satu kisah benar yang mana anaknya baru meninggal akibat kemalangan motorsikal. Secara ringkas, si ayah tidak membenarkan jasad anaknya diberi kepada mereka bukan Islam, katanya anaknya seorang tahfiz dan menghafal beberapa ayat mulia Allah. Kerana anaknya seorang tahfiz, dia tidak mahu jasad anaknya diberikan kepada mereka bukan Islam. Tetapi isterinya berkata “takpelah bang, ini semua ketentuan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Berikanlah. Mungkin dia tidak masuk islam, tetapi kemungkinan besar salah seorang daripada keluarganya akn melihat Islam ini indah” . Suami Isteri menangis akhirnya bersetuju. SubhanaAllah sungguh mulia hati seorang ibu. Saya terkesima sebentar seakan ingin menitis air mata mendengar kisah mereka.

Teringat hadith Nabi SAW ;
Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat terhadap manusia yang lain”.

Insha-Allah mereka yang menderma akan mendapat bonus daripada Allah iaitu pahala atas kebaikannya. Kata Ulama, membantu manusia itu dianggap amal soleh yang berterusan. SubhanaAllah.

Jika ditanya persoalan yang mana lebih baik derma organ pada orang Islam atau bukan Islam ? Pastinya lebih afdal kita menderma pada orang islam . Kata ustaz azhar idrus, menolong orang bukan Islam hukumnya harus. Jadi tidak salah jika kita saling bantu membantu atas konsep kemanusian. Satu Malaysia kan.

Waallahu Taala A’lam

Bukankah jasad manusia hak Allah?

Firman Allah “KepadaNYa kita diciptakan dan KepadaNYA juga kita kembali”

Ulama mentafsir bahwa kita hidup didunia ini hanya sementara dan akhirat kekal selamanya. Kehidupan kita lalui sekrang hanyalah sementara. Hanyalah pinjaman untuk kita merasai kehidupan didunia sebelum mencapai kehidupan diakhirat kelak.

Firman Allah “Setiap yang hidup pasti merasai mati”.

Kata Ulama , setiap yang bernyawa pasti akan mati tidak kiralah manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Tidak dinafikan Kita adalah hak Allah, setiap yang kita ada, itu semua atas pinjamanNYA. Sebenarnya bicara soal hukum memerlukan kajian lebih mendalam. Jika disalah tafsir kemungkinan akan timbul fitnah, saya yang mendapat saham dosa. Maka saya perlu berhati-hati supaya tidak memberi info yang salah. Kata pensyarah UM, Dr Wan Adli “Kita masih belajar, dalam belajar pasti akan ada melakukan kesalahan”. Alhamdulillah, dalam hal ini saya merujuk pada yang pakar iaitu Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Soalan diatas dijawab oleh Dr Juanda Jaya sendiri katanya, jasad manusia adalah sementara, ditumpangkan olehnya roh. Allah meniupkan roh kedalam jasad manusia sejak dalam kandungan lagi, oleh sebab itu pada hari ini kita dapat merasai nikmat pemberian Allah.

Katanya lagi, jasad dikenderai oleh roh. Yang akan dinilai diakhirat kelak adalah amalan jasadnya bukan jasad seseorang itu. Maksudnya disini yang akan dihisab adalah amal soleh seseorang itu. Jika baik amalnya maka syurga tempatnya, jika sebaliknya neraka lebih layak untuknya. Seperkara lagi, kita kene ingat membantu manusia adalah amalan mulia para Nabi, para sahabat dan para ulama yang terdahulu.

Kesimpulannya.

Secara Ringkas

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”. Hadith Riwayat Muslim

Dr Juanda Jaya membuat kesimpulan akhir, membantu manusia yang kesusahan adalah salah satu amal soleh dan amal jariah yang akan dihisab diakhirat kelak. Kata ulama membantu manusia itu dianggap amal soleh yang berterusan. Ini adalah kebaikan yang dijanjikan oleh Allah, kebaikan yang berterusan. Insha-Allah

Firman Allah “Barang siapa yang menghidupkan satu nyawa, maka dia seolah-olah telah menghidupkan jiwa manusia seluruhnya…”

Waallahu Taala A’lam.

Sekian dari saya..

Selesai saja bicara Derma Organ dalam Perspektif Islam. Alhamdulillah dalam hal ini, saya merujuk pada yang lebih pakar iaitu Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Jika saudara/ri ada persoalan, maka saya sedia menjawab. InshaAllah dengan ilmu yang saya pelajari amatlah rugi jika tidak berkongsi bersama. 

Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk lagi jahil dari diri saya sendiri. Jika ada kesalahan yang tampak jelas, mohon ditegur kerana saya juga masih belajar. Waallahu taala a'lam . 

Dari Anas Bin Malik Katanya:Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak sempurna Iman seseorang Kamu sehinggalah dia mencintai diriKu lebih dari kecintaannya kepada anaknya,bapanya dan sekalian manusia".(H.R Bukhari&Muslim)


No comments:

Post a Comment