Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran
bagi kita yang masih hidup..
Raja Iskandar Zulkarnain telah berpesan kepada jemaaH menterinya.
Saya tidak tahu Raja Iskandar Zulkarnain yang ke berapa. Tapi akhirnya dia
menjadi wali. Ketika dia duduk di singgah sana takhta kerajaannya, Iskandar
Zulkarnain telah bertitah:
“Wahai menteri-menteriku sekalian. Apabila aku mati kelak,
waktu kamu membawa mayat aku ke kubur, janganlah kau ikatkan tanganku. Bawalah
aku ke kubur dengan tangan terbuka dan terkulai”
“Wahai Tuanku, adakah ini adalah satu pesanan atau amanah?
Kalau amanah, terpaksalah kami lakukan. Tapi apa pula kata rakyat?” tanya
menterinya.
“Kalau aku hidup menjadi pesanan. Kalau aku mati menjadi
amanah. Kamu mesti melaksanakannya.”
“Kalau kami lakukan demikian, apa kata rakyat? Cuba Tuanku
beriitahu mengapa kami mesti melakukan hal yang demikian? Jika rakyat bertanya
kelak, kami boleh memberikan jawapan kepada mereka.”
“Aku menyuruh kamu melakukan seperti itu kerana aku yakin
dan percaya apabila aku mati, pada waktu kamu membawa aku ke kubur itu, sudah
tentu puluhan ribu rakyat-rakyatku akan berdiri dikiri kanan jalan yang kulalui
itu kerana memberi penghormatan terakhir kepada raja mereka”.
“Dan ketika itu mereka bercakap sesama mereka; ‘Lihatlah raja
kita, Iskandar Zulkarnain yang begitu besar takhta kerajaannya, begitu banyak
harta bendanya, begitu banyak bintang-bintang kebesaran yang tersisip
didadanya, tapi semua kemegahan dunia itu tidak dibawanya ke kubur. Dia diusung
ke kubur hanya dengan tangan terkulai dan kaku’.
“Aku ingin memberi iktibar kepada rakyatku semua. Kalau aku
seorang raja yang besar yang begitu banyak bilangan kebesaranku, tapi aku ke
kubur hanya dengan tangan terkulai dan terbuka… tidak membawa apa-apa, apatah
lagi mereka.”
Orang yang mati itu adalah menjadi iktibar kepada orang yang
masih hidup. Sebab itu disunatkan kita mengiringi jenazah ke kubur. Tapi, orang
perempuan dilarang mengiringinya ke kubur sama ada jenazah suaminya ataupun
ayahnya. Dilarang sangat oleh agama, wanita mengiringi jenazah ke kubur.
Bayangkan, kalau sudah perempuan ke kubur mengiringi jenazah
suaminya, apa yang nak kita iktibarkan? Nak tengok mayat atau nak tengok
lenggang lenggoknya. Hilang iktibar, timbul pula keinginan. Takut dikhuatir
akan timbul fitnah.
Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran
bagi kita yang masih hidup ini.
-Ustaz Yazid Jaafar [PANGGILAN KEPADA MAYAT]-
No comments:
Post a Comment