Pages

Sunday, 4 November 2012

IZINKAN AKU MENJADI YANG TERBAIK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM




WAHAI PENCIPTA SEGALA SESUATU TOLONGLAH AKU,
KERNA HARI INI AKU KELUAR KE DUNIA DALAM
KEADAAN TELANJANG DAN BERSENDIRIAN,
DAN TANPA BIMBINGANMU,
AKU AKAN HANYUT JAUH DARI JALAN MENUJU
KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN.

AKU TIDAK MAHU MEMINTA SESUATU YANG LEBIH
BERBANDING DENGAN KEMAMPUAN KU; SEBALIKNYA
BIMBINGLAH AKU SEHINGGA AKU DAPAT MEMPEROLEHI
KEMAMPUAN YANG SAMA DENGAN PELUANG KU

KAU TELAH MENGAJARKAN SINGA DAN HELANG
BAGAIMANA CARA
BERBURU DAN BERJAYA DENGAN GIGI DAN CAKAR,
AJARKAN KEPADA KU BAGAIMANA BERBURU DENGAN
KATA-KATA DAN KERINGAT KU
SUPAYA AKU BOLEH MENJADI TERBAIK DILAPANGAN KU

BANTULAH AKU AGAR TETAP TABAH HATI MENEMPUHI
RINTANGAN DAN KEGAGALAN; NAMUN JANGANLAH 
MENYEMBUNGIKAN DARI MATAKU HADIAH YANG AKAN
DATANG DENGAN KEMENANGAN

LUAHKAN BUAT KU SECUKUP HARI UNTUK MENCAPAI 
TUJUAN KU
DISIPLINKANLAH AKU AGAR TETAP MENCUBA DAN
MENCUBA LAGI
ANUGERAHILAH AKU AKAN KESABARAN YANG AKAN 
MEMUSATKAN KEKUATANKU
BIMBINGLAH AKU, BANTULAH AKU, TUNJUKILAH AKU
JALANNYA
YA TUHAN KU AKU AKAN TUNAI KEHENDAK YANG 
SEPATUTNYA
MENJADI TANGGUNGJAWAB KU
IZINKAN AKU MENJADI YANG TERBAIK 


p/s : Doa dan Ikrar semangat untuk kita menjadi yang TERBAIK.

No comments:

Post a Comment