Pages

Sunday, 4 November 2012

Debat Angkasawan dengan Ulama (Dimana Tuhan?)


BISMILLAH



Suatu masa dulu, dalam satu pertemuan. Seorang angkasawan muda dunia membuat sesi penjelajahannya ke negara asian iaitu di Indonesia. Dalam pertemuan itu Angkasawan tersebut bercerita tentang kehebatan dan keindahan alam semeste semasa berada di angkasa lepas. Semua hadirin terpegun dengan cerita yang disampaikannya. Yang turut hadir, kaum kerabat diraja, ulama-ulama, masyarakat tempatan dan juga para media massa. Sedang angkasawan itu bercerita, tiba-tiba dia selitkan...

Angkasawan : Aku dah sampai ke angkasa, luar dari galaksi bumi tetapi aku tidak
                          nampak kelibat tuhanmu? 

Semua rakyat Indonesia tergamam dengan soalan yang diajukan oleh angkasawan tersebut, dengan berani seorang ulama indonesia berkata..

Ulama            : Kenapa tuan berkata sedemikian?

Angkasawan : Seperti yang umat islam dakwa tuhan mereka berada diatas, sedangkan aku sudah keluar dari pusat bumi tetapi dimanakah tuhanmu?

Ulama           : Adakah semasa diangkasa , tuan berada didalam kapal?

Angkasawan : Ya, aku berada didalam kapal.

Ulama          : Aku tahu mengapa? Jika tuan ingin bertemu dengan tuhan kami, maka tuan kene
                       keluar daripada kapal yang tuan naiki?
  
Angkasawan : tapi.. jika aku keluar. aku akan mati .

Ulama         : Begitulah tuan, apabila tuan mati barulah tuan boleh berjumpa dengan tuhan kami
                      yakni ALLAH SWT .

Angkasawan terdiam, seakan memikirkan sesuatu. Suasana pula menjadi riuh apabila angkasawan mengambil keputusan ingin beredar.Ulama yang berani itu kelihatan hanya senyum manis.

Allah sudah berfirman "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,  lagi membanggakan diri." surah loqman ayat ke-18 .

Mari kita mengambil iktibar daripada Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya.. 

"Hai anakku. ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah."

Jazak Allah Khair Akhi Ukthi 


No comments:

Post a Comment