Pages

Thursday 18 July 2013

Ahlan WaSahlan Ya Ramadan AlKareem

Assalamualaikum



Tanpa diminta, Dia datang. Tanpa ditunggu, dia datang. Ya, dialah Ramadan Alkareem. Alhamdulillah, sudah sepuluh ramadan, ini bermakna berakhirlah fasa pertama. Sekarang kita menjalani fasa kedua, iaitu Fasa Pengampunan.

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah. Insha-Allah.

Salam Jumaat. Senyum.

No comments:

Post a Comment