Pages

Monday 26 November 2012

Riwayat Raja Iskandar Zulkarnain

Bismillah  

Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran bagi kita yang masih hidup..

Raja Iskandar Zulkarnain telah berpesan kepada jemaaH menterinya. Saya tidak tahu Raja Iskandar Zulkarnain yang ke berapa. Tapi akhirnya dia menjadi wali. Ketika dia duduk di singgah sana takhta kerajaannya, Iskandar Zulkarnain telah bertitah:

“Wahai menteri-menteriku sekalian. Apabila aku mati kelak, waktu kamu membawa mayat aku ke kubur, janganlah kau ikatkan tanganku. Bawalah aku ke kubur dengan tangan terbuka dan terkulai”

“Wahai Tuanku, adakah ini adalah satu pesanan atau amanah? Kalau amanah, terpaksalah kami lakukan. Tapi apa pula kata rakyat?” tanya menterinya.

“Kalau aku hidup menjadi pesanan. Kalau aku mati menjadi amanah. Kamu mesti melaksanakannya.”

“Kalau kami lakukan demikian, apa kata rakyat? Cuba Tuanku beriitahu mengapa kami mesti melakukan hal yang demikian? Jika rakyat bertanya kelak, kami boleh memberikan jawapan kepada mereka.”

“Aku menyuruh kamu melakukan seperti itu kerana aku yakin dan percaya apabila aku mati, pada waktu kamu membawa aku ke kubur itu, sudah tentu puluhan ribu rakyat-rakyatku akan berdiri dikiri kanan jalan yang kulalui itu kerana memberi penghormatan terakhir kepada raja mereka”.

“Dan ketika itu mereka bercakap sesama mereka; ‘Lihatlah raja kita, Iskandar Zulkarnain yang begitu besar takhta kerajaannya, begitu banyak harta bendanya, begitu banyak bintang-bintang kebesaran yang tersisip didadanya, tapi semua kemegahan dunia itu tidak dibawanya ke kubur. Dia diusung ke kubur hanya dengan tangan terkulai dan kaku’.

“Aku ingin memberi iktibar kepada rakyatku semua. Kalau aku seorang raja yang besar yang begitu banyak bilangan kebesaranku, tapi aku ke kubur hanya dengan tangan terkulai dan terbuka… tidak membawa apa-apa, apatah lagi mereka.”

Orang yang mati itu adalah menjadi iktibar kepada orang yang masih hidup. Sebab itu disunatkan kita mengiringi jenazah ke kubur. Tapi, orang perempuan dilarang mengiringinya ke kubur sama ada jenazah suaminya ataupun ayahnya. Dilarang sangat oleh agama, wanita mengiringi jenazah ke kubur.

Bayangkan, kalau sudah perempuan ke kubur mengiringi jenazah suaminya, apa yang nak kita iktibarkan? Nak tengok mayat atau nak tengok lenggang lenggoknya. Hilang iktibar, timbul pula keinginan. Takut dikhuatir akan timbul fitnah.

Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran bagi kita yang masih hidup ini.


-Ustaz Yazid Jaafar [PANGGILAN KEPADA MAYAT]- 

No comments:

Post a Comment