Pages

Thursday, 30 May 2013

Andai DapatKu Undur Masa




Andai Dapatku Undur Masa 

"Jangan setelah terhantuk(mati), barulah terngadah(sedar). Rupa-rupanya apa yang diburu selama ini hanyalah kepalsuan manakala apa yang dihindari adalah kebenaran." itulah kalimah yang sering keluar dimana-mana ceramah ataupun kuliah agama. Pesan ustaz, tujuan manusia diciptakan semata-mata beribadat kepada Allah, jadi sentiasa memohon keampunan dan keredhaanNYA. Teringat sabda Rasulullah SAW "setiap anak adam pasti melakukan kesilapan, dan sebaik-baik yang melakukan kesilapan adalah yang memohon keampunan daripada Allah SWT". 

Andai Dapatku Undur Masa merupakan Idea asal Islamic short film 'YOLT'. Mengisahkan seorang lelaki menyesal dengan perbuatannya masa lalu. Rohnya kembali menuntut tetapi masih tidak membuahkan hasil. kerana apa? yang mati tidak akan kembali. yang mati tidak dapat mengubah yang sudah terjadi.

" setiap manusia akan merasai mati. "

Directed by me AsyrafMuda with my group ASWAJA Production. 

Andai DapatKu Undur Masa
Mesti Tonton






Untuk Kita Pendosa. Sebelum terlambat, Mari Bertaubat.



Senyum

Tuesday, 23 April 2013

Tuesday, 16 April 2013

Program 'Mantapkan Solat' bersama Adik-adik Comel


Teringat Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

"Bila engkau ingin hati menjadi lembut dan damai dan anda mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai." (HR Thabrani)

Alhamdulillah, senyuman yang hadir dibibir mereka buat saya dan sahabat yang lain tumpang gembira. Kali ini, biarlah gambar yang berbicara...


Mari Adikku, Tunaikan Solat...
Rajin Adikku, rajinlah Solat...
Solatmu itu,
Tiang Agama.

Program "Mantapkan Solat" bersama Adik-adik Comel


Kami

Sis Airyss, Sis Nurul, Bro Asyraf, Bro Suhaimi, Bro Azlie
Bro Amin (cameraman)



Ingat Adikku, Perintah Allah...
Jangan Adikku, Tinggalkan Solat...
Solatmu itu,
Tiang Agama.

Solat itu Tiang Agama, Ingat tak Pesan Nabi S.A.W;
"Barangsiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agamanya.."




Alhamdulillah diberi kepercayaan. Sempat bergambar semasa 
sesi bersama saya. Senyum Semua.



Selesai Teori, Praktikal pula. Cara mengambil wuduk dengan sempurna. 
Adik-adik kene ingat, apabila sempurna wuduk, barulah hati jadi tenang 
dan khusyuk semasa solat.



kecomelan terserlah diwajahnya. Allahi adik sangat comel.



Diakhir program, ada game bersama bro Azlie, 
'Break Clap Times'



Selesai saja program selama 2 jam, kami semua berkesempatan
tangkap gambar bersama. Apa yang penting, SENYUM.
Kerna Senyum itu Sunnah Rasulillah.


****

Pesan Rasulullah S.A.W;

"Barangsiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim perempuan atau laki-laki, aku akan bersama dengannya disyurga" (HR Bukhari)

Kalau bukan kita siapa lagi,
membantu manusia tugas harmoni,
Insha-Allah pahala diberi,
Ganjaran syurga menanti.


p/s : kepada sahabat diluar sana yang ingin membantu dan mengajar mereka, sangat dialu-alukan. Tempatnya dirumah Anak Yatim Tunas Bakti, Jengka. Pahang. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact saya. Assalamualaikum.


Sunday, 24 March 2013

Anti-Virus Cinta 1.0 Version

Bismillahirrahmanirrahim





   Tanpa ada latihan, secara spontan. Ashraf dipanggil kedepan untuk bercerita tentang 'CINTA' dihadapan para peserta kursus kepimpinan "Mencari Da'i". Mulanya dia berkeras dan enggan, tapi tetap dipaksa oleh ustaz Amir kerana katanya "pendakwah mesti berani dan yakin untuk berdepan dengan manusia." Jadi Ashraf cuba memberanikan dirinya, bayangkan saja, semasa berada dihadapan,  Ashraf tidak tahu apa yang patut dia bicarakan, akan tetapi apa yang terlintas difikirannya adalah bisikan kawannya, Anti-Virus Cinta.

Ya, Anti-Virus Cinta...

Ashraf memulakan langkah dengan membaca kalimah Allah, dan sedikit pujian kepada Allah ta'ala. 

Ashraf memetik sebuah lagu lama lalu melagukan...

Bila cinta didusta,
hati mulai gelisah,
hilang kekasih hilang,
hidup jadi meranaaaa....

Itulah bahana cinta jika cinta itu melanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah ta'ala... 

Assalamualaikum para da'i . para pendakwah semua. tajuk yang saya ingin bicarakan pada hari ini cukup menarik yang mana tajuknya berbunyi Anti-Virus Cinta.

Tapi sebelum saya memulakan, saya ingin bertnya kepada kamu semua, apa itu cinta?

Cinta itu apa sebenarnya?

Ehh Kenapa diam? Ya Allah, tadi bukan main riuh rendah lagi kat belakang sana, hmm takpalah, bialah saya jawab, saya tanya saya jawab. haha nak buat lagu mana, dah semua pemalukan..

saya teringat pada sahabat saya yang mana dia pernah menyanyikan lagu ini pada anak muridnya, tapi disebbkan para da'i semua sebaya saya, umur pun sudah mencecah 20-an. jadi terima lagu ini buat semua.. ecehh..

Tanya sama hati,
apa itu Cinta,
nanti jawab hati,
tanyalah saya...

Tanya sama saya,
apa itu Cinta,
nanti jawab saya,
Kasih dan Sayang....

Benar, Cinta itu sebenarnya adalah Kasih dan Sayang. Kenapa? Sebab apa? Sebabnya Allah menciptakan dunia, alam, dan manusia dengan ; Kasih dan.... Sayaanggg.

Jadi?

Jika kita Cinta kepada Allah Ta'ala, kita mesti kasih dan sayang kepadanya dengan cara melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. dan...

Jika kita Cinta kepada Nabi Muhammad SAW, kita mesti kasih dan sayang kepadanya dengan cara mengikuti ajaran dan sunnah yang dibawanya dalam kehidupan kita.

Barulah Cinta itu cinta yang Diredhai, ada faham? ehh dah macam penceramah pulak. maafkan saya. saya bukan ustaz tapi baru nak start. hehe

Berbalik kepada tajuk kita, Anti-Virus Cinta. Sperti aplikasi komputer, kenapa tercipta aplikasi Anti-Virus Komputer? kerana adanya Virus yang merosakkan sistem dalam komputer. Begitu juga dengan terciptanya Anti-virus Cinta, kerana adanya Virus yang menjadi perosak kepada cinta yang suci.

saya ada satu pantun, cilok daripada ustazah fatimah syarha yang mana...

Damai tercipta,
Cinta membara,
senyuman tercipta,
kasih antara kita...

Kita ketahui bahwa Jatuh Cinta itu Fitrah, tetapi yang mengawal Fitrah dari menjadi Fitnah itu dengan cara berIstighfar kepada Allah ta'ala..

Disini saya ingin berkongsi kepada kamu semua beberapa Virus perosak;

Pertama, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Benar, nampak macam biasa, tetapi ini adalah virus yang paling besar pengaruhnya, kenapa saya kata begitu? kerana mulanya cinta yang terlarang kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. mulanya berkenalan, berkawan, bercouple dan akhirnyaa.. lu pikirlah sendiri.

Kedua, hilangnya takut pada Allah. yang mana mereka lupa akan kekuasaan Allah taala. Mengambil ringan tentang hukumhakam, dan melanggar perintah yang telah ditetapkan. 

dan terakhir adalah hilangnya rasa malu dan iman. saya teringat satu hadith yang disampaikan oleh ustaz hazlin;

"Al haya'u, wal imanu
quraana ul jamian.. "

Malu dan Iman,
Berjalan berirngan berdua-duaan,

Jadi,andaikata salah satu dicabut, 
yang satu lagi pastikan pergi jua.

Contohnya, orang yang tidak solat, imannya takde. dan bila imannya takda, hilanglah malu kepada tuhannya. Lihat, betapa pentingnya malu dan iman ini dalam setiap diri seorang insan.

Okey, kalau ada virus mesti ada anti-virus kan. Jadi apa Anti-Virus tu? mesti semua nak tahu kan. tapi.. disebabkan masa mencemburui kita, tak jadilah saya cerita pada petang ni.. 

ehh nak dengar lagi ke? tapi masa tak mencukupi? nanti semua balik lambat kang?. hmm Baik baik, tapi kena tanya ustaz dulu, boleh tak saya sambung ustaz?  terima kasih ye ustaz.

Anti-Virus Cinta. dapat menghapuskan perosak kepada cinta dan menyelamatkan cinta daripada menjadi bahana kepada kebahagiaan. Setiap insan yang bercinta pasti inginkan kebahagian dan ketenangan tanpa ada kecelakaan.

Jadi, apa yang ada dalam Anti-Virus Cinta;


Ingat Mati ---- Solat ---- Istighfar ---- Puasa ---- Jaga Pergaulan


5 in 1. jika kita mampu lakukan kesemuanya, insha-Allah, bukan sahaja virus perosak, andaikata bapa segala perosak pun tidak mampu mengalahkan. saya jamin.

Seperti yang kita tahu, jatuh cinta fitrah, Istighfar adalah cara yang efektif menguruskan fitrah. Jadikan fitrah sebagai barakah. Selalu berIstighfar kepada Allah. Kerana bila kita berIstighfar bermakna kita ingat kepadanya. Contoh mudah bila mana, kita jumpa pakwa makwa yang seksi dan hensem, cepat-cepatlah kita beristighfar kerna takut iman kita dan virus-virus ini mula menusuk dalam diri. Jadi, caranya adalah dengan persetankan virus ini dengan selalu Istighfar. "Astaghfirullah al azim" . Insha-Allah.

"Orang yang bijak itu adalah orang yang ingat mati." Jika kita bijak, pasti kita tidak mahu menjejakkan kaki ke pi neraka, disebabkan itu orang yang ingat mati itu sentiasa berhati-hati dan bijak dalam setiap langkah apa yang dilakukan agar tidak melakukan sesuatu yang dimurkai Allah ta'ala.

Solat merupakan tiang agama yang mana barangsiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya. Jadi, Bagaimana tegaknya syiar agama dalam diri adalah dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Mereka yang solat tidak akan melakukan apa yang dilarang atas firman Allah ta'ala 'Inna sholata tanha anil fasha'i wal mungkar" yang bermaksud Sesungguhnya solat itu mencegah daripada syak wasangka dan perkara mungkar juga maksiat. 

Saya teringat pesan Rasululllah SAW bermaksud "Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan jahil." ada ulama menafsirkan bahwa puasa dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat. Ternyata disini,  bahwa puasa juga dapat menjaga hati seseorang daripada segala perosak lebih-lebih lagi virus cinta.

dan yang terakhir adalah...

Menjaga perbatasan dalam Pergaulan. Allah meciptakan setiap manusia itu berpasang-pasangan. jadi tidak mustahil jika ada antara kita disini merasa suka sama suka, kerna Allah telah meletakan sesuatu yang tiada nilainya dalam diri kita iaitu hati. bila hati suka, semuanya jadi indah. tetapi adakah kita sudah bersedia? kalau sudah, bernikah. kalau belum, bersabar. Insha-Allah masa kan tiba. eceh.

Sekadar penkongsian, bayangkan saja, andai kita memulakan hubungan cinta kita dengan orang yang kita cintai dengan permulaan yang dimurkai Allah, benar! mungkin kita berasa gembira dan senang disamping kekasih kita tetapi dalam masa yang sama kita dimurkai? adakah itu yang kita impiankan? adakah itu yang kita inginkan? pasti tidak. Jika benar cinta, mustahil ajak orang yang kita melakukan dosa, jika benar cinta, pasti kita hendak membawa orang yang kita cintai bersama menuju kesyurgaNya. Bukan dengan bercouple, bukan dengan cinta terlarang tetapi dengan melangkah kesebuah pernikahan. Halal itu.... Selamat...

Insha-Allah sampai sini saja pengkongsian saya, moga 'Anti-Virus Cinta' ini menjadi benteng dan penghapuskan yang dapat menghapuskan perosak kepada cinta yang suci.

Pesan saya mudah, apa yang penting mulakan dengan niat. kerna bila niat kita ia akan menjadi baik dan begitu dengan sebaliknya. Ya, niat sangat penting. dan yang kedua, Istiqamah dalam setiap langkah agar kita tidak berhenti setakat itu saja. dan yang terakhir...

"man taa'jalla bisyaiin u'qiba bihimanihi"
siapa tergesa-gesa mahu cepat, akibatnya dia tidak dapat.

Kiranya, siapa yang dok pikir nak bercinta, tok sah lah. sebab apa? bila kamu bercinta sekarang, kasih dan sayang kamu pasti berkurang andaikata kamu berkahwin kelak. tetapiii andaikata...

Bila cinta didusta,
hati mulai gelisah,
hilang kekasih hati,
hidup jadi merana...

saya dah kata... haha sekian dari saya. yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu pastinya diri saya sendiri. Assalamualaikum. Wallahu a'alam. 


p/s ; syukran ukhti syaz kerna memberi idea yang hebat ini bagi meneruskan penulisan entry dalam blog ini.


Sunday, 17 March 2013

Ilmu Manusia Hanya Setitis ditengah Lautan yang Luas







        Sebenarnya saya ingin sangat menulis tentang ini sendiri, tetapi apakan daya sudah ada yang menulis dengan kata yang lebih tersusun lagi mendalam tentang islam. jadi apa yang mampu saya buat adalah copy paste dan berkongsi dengan anda semua... Selamat Membaca.
               Ada kata hikmah yang menyatakan : “Ilmu ada tiga tahap. Jika seorang memasuki tahap pertama, ia akan sombong. Jika ia memasuki tahap kedua ia akan tawadhu’. Dan jika ia memasuki tahap ketiga ia akan merasa dirinya tidak ada apa-apanya”.
Maksud kata hikmah tersebut adalah :
Pada tahap pertama, seorang penuntut ilmu yang baru belajar biasanya akan sombong. Ia tidak menyadari keadaan dirinya dan mengira telah mencapai kedudukan yang mulia. Bahkan tak jarang ia melecehkan ulama yang lebih alim darinya. Padahal dirinyalah yang masih jahil dan masih banyak kekurangannya. Para ahli ilmu dapat mengetahui jejak orang-orang semacam ini seperti dikatakan Al Khathib Al Baghdadi :
العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما
“Orang alim dapat mengenali orang jahil karena dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”. (Al Faqih Wal Mutafaqqih : 2/365).

Pada tahap kedua, ia akan tawadhu’ karena mulai merasakan bahwa ilmunya tidak seberapa dan ternyata masih banyak yang belum diketahuinya. Ia pun mulai sadar akan kekurangan dirinya, dan ini menuntunnya untuk lebih banyak belajar dan menimba ilmu yang berguna.
Pada tahap ketiga, ia merasa tidak ada apa-apanya karena ternyata ilmu bagaikan samudera tak bertepi. Bahkan jika ia menghabiskan seluruh hidupnya untuk menuntut ilmu, maka yang ia dapatkan masih sedikit karena lautan ilmu tak terhingga luasnya. Sampai-sampai seorang penyair berkata :
ما حوى العلم جميعا أحد
لا ، ولو مارسه ألف سنة
“Tak ada seorangpun yang dapat menguasai semua ilmu yang ada,
Tak akan bisa, meskipun ia mempelajarinya selama seribu tahun lamanya”.
(Miftahus Sa’adah, Ahmad bin Musthafa : 1/6).
Memang demikianlah sebenarnya hakikat ilmu manusia, sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala :
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS. Al-Kahfi : 109).
Ibnu Katsir dalam kitab Tafsir-nya menukil perkataan ar-Rabi’ ibnu Anas yang berkata : “Ayat tersebut menggambarkan perumpamaan ilmu seluruh manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah bagaikan setetes air dibanding seluruh samudera”.
Cintailah Ilmu, Kejarlah Ilmu dan Aplikasikan Ilmu dengan mengamalkannya. Insha-Allah kita mampu menjadi Hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat. Yang penting, jangan sombong dengan Ilmu yang kita miliki, seperti yang disabdakan oleh yang mulia Rasulullah SAW, "sebarkan ilmu dariku walaupun satu ayat". Semoga kita menjadi Hamba Illahi yang taat.

Saturday, 9 February 2013

MOTIVASI


Alkisah seorang kurang bermotivasi oleh Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man


Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpu dengan Tok Guru Mat Ubas.

“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.

“Nak buat, buat terus,” jawab Mat Ubas.

“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.

“Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Mat Ubas.

“Telur,” jawab Ahsan.

“Dari mana telur datang?” jawab Mat Ubas. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Mat Ubas mula berceramah…

“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Apa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Mat Ubas.

“Motivasi dulu,” jawab Ahsan.

“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Mat Ubas tanya kembali.

“Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, sealalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Mat Ubas.

Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Mat Ubas dan tidak berkata apa-apa.

“Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Mat Abus.

Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi

Pengajaran cerita ini ialah:

Kita harus bertindak sekarang apabila terasa itu betul dan bahawa ia adalah benar, dan percayalah motivasi akan datang selepas tindakan diambil.

MASA


Pesanan Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man

Malam ini pendek saja.

Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.

Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.

Apa yang kita akan buat?

Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.

Betul tak?

.........
.........
.........

Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.

Akaun itu bernama 'MASA'.

Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.

Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.

Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.

Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.

Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.

Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.

Senyum