Pages

Thursday 6 September 2012

Jawapan Ringkas bagi Soalan "Kau ada awek?" - AsyrafMuda

Assalamualaikum . 


Saya pernah ditanya oleh beberapa sahabat . Dibawah adalah sembang saya bersama mereka, dan jawapan saya kepada soalan yang ditanya . Setiap soalan pasti ada jawapan dan jawapan terletak pada hati kita . For readers, selamat membaca .  Mungkin ada antara kita pernah ditanya soalan ini , so mungkin ini juga boleh menjadi jawapan anda . 


Habis kelas agama, disapa seorang sahabat dari belakang. Dia bertanya

sahabat : kau dah ada awek ?

saya : belum . 

sahabat : yeke. kau tak payah nak membongak(menipu)

saya : Ya Allah , betullah . 

sahabat : kenapa pulak?

saya : Emm sebabnyaa.. aku tak nak memulakan hubungan aku dengan orang yang aku sayang dengan permulaan yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin aku gembira dengan si 'dia' dan pada masa yang sama Allah murka padaku .

saya : Lagipun ada awek nih tak best, tak boleh pegang-pegang. HARAM. sekali pegang Allah janji kat akhirat bakar hangus badan kita. Aduhai. Better kahwin kan, boleh pegang-pegang, ehh lebih dari tuh pun boleh.

saya : kalau aku couple sekarang, mana manisnya hubungan selepas perkahwinan nanti kan.

saya : kalau betul aku nak buktikan cinta aku padanya , bukan dengan ber'couple' tetapi merisik . itu baru bukti cinta! hehe

saya : kalau 'dia' cinta aku, dia akan menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. Jika dia boleh setia dengan Allah, aku yakin dia pasti setia dengan aku.

saya : InsyaAllah bila aku jumpa dengan si 'dia' , aku pergi dekat dia dan cuba mengorat. Ehh ngorat? Boleh ke? hehe boleh saja . Well, dalam islam kita ada sesi ta'aruf iaitu sesi perkenalan. Tak kenal maka ta'aruf , maka berkenallah. Yang penting PANDAI jaga batas pergaulan. hehe kang tak pasal2 kene fitnah kan susah, almaklumlah mulut orang melayu. haha maaf tapi realiti .

saya : Jika kita benar cintakan dia, cintailah Allah dulu. tunaikanlah perintahnya dan tinggalkan larangannya. Kalau yang simple pun tak dapat buat, tok sah pikir kahwin ye. Nanti tok imam pulak yang kahwin dengan bakal bini . haha

saya : Jika ditanya siapakah anda lebih mencintai adakah Allah atau 'dia' maka jawablah "aku mencintaimu kerana cintaku pada Allah" . konfem cair .

saya : Kepada #futurewife "Saya mungkin bukan yang terbaik tetapi insyaAllah saya cuba jadi terbaik untukmu".


The END. 



Thanks for reading . 

1 comment: