Pages

Tuesday 8 October 2013

Generasi Pertama "Budak Arab SMKPP"


 2 Cerdas


Kami generasi pertama pelajar yang ambil subjek Arab dan kemahiran Alquran di SMK Puchong Perdana. Sama seperti pelajar lain, cuma bezanya kami tambah lagi satu subjek iaitu bahasa Arab. 

Masa UPSR saya cuma dapat 2A 2B 1C dan PSRA hanya jaid saja. entah bagaimana boleh terpilih untuk memasuki satu kelas khas yang mana kelas itu saja yang mengmbil subjek Arab di SMK.

Tiga tahu lamanya kami bersama. dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga, setia mengmbil subjek Arab biarpun agak susah. yela, kami tidak mempunyai contoh kerna kami adalah generasi pertama(Kelas Arab).

yang tak boleh blah, kalau nak kenal budak arab(kami), yang lelaki wajib pakai songkok. yang perempuan mestilah bertudung. budak arab la katakan. hahaha

Masih ingat lagi, bila kami tanggal songkok, nanti cikgu affendi marah, kata 'kamu ni kelas arab, tunjuk contoh baik2 pada pelajar lain" . padahal kelas kami sendiri nakal nak mampuih. paling bising, siap ada yang bercinta dalam kelas. haha

inilah kenangan kami, budak Arab. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang agak okeylah dalam peperiksaan komunikasi, jaid jiddan. tapi malangnya keputusan PMR Arab saya teruk. mungkin masa tuh soalan susah. tak pun, saya yang malas belajaq.

Banyak kenangan nak diceritakan, tapi cukuplah sampai sini saja. sudah 3 tahun tinggalkan sekolah. Mula rindu . mula cinta. Sekian saja dari ex kelas Arab generasi pertama.

p/s : kami mase muda. comel belako suma. hehe

No comments:

Post a Comment