Pages

Saturday 11 August 2012

Disebabkan dia ! aku tak khusyuk ...

Assalamualaikum

Hello readers  !




Azan isyak berkumandang. Iqamat dilaungkan . Imam mengangkat takbir , diikuti oleh puluhan makmum. Menghadap dia yang ESA.

Aku budak biasa. Iman tak kuat. Cepat terganggu ,kekadang fikiran melayang ketika berhadapan dengan Allah. Malu rasanya..

Dan…

Aku perlukan ketenangan dan kesunyian apabila solat. Ya, aku perlukan kekhusyukkan.

Al-fatihah dibaca oleh imam, selesai bacaan pembuka diteruskan lagi dengan bacaan surah. Sebagai makmum, setelah imam selesai membaca al-fatihah, kita yang makmum perlu baca al-fatihah pula . para ulama bersepakat “tidak sah solat bagi seorang mukmin tanpa membaca alfatihah” . al-fatihah itu sendiri maknanya pembuka.

Aku membaca al-fatihah dengan suara yang perlahan, makmum sebelah kuatkan bacaannya. Aku hilang kekhusyukan . Aku hilang tumpuan. Contohnya, apabila kita tengah menghafal sesuatu tetiba ada kawan kita kacau,  tumpuan kita akan terganggu bukan?. Begitulah yang berlaku pada aku.

Aku kuatkan iman, teruskan mencari kekhusyukan yang hilang . Akhirnya aku hanya dapat berserah pada Allah agar terima solat aku.

Imam memberi salam. Aku menyapu muka . Alhamdulillah, selesai satu kewajipan untuk hari ini.

Jabat tangan dengan makmum sebelah, aku pandang tepat pada matanya…

Dia teruskan dengan solat sunat rawatib iaitu solat sunat selepas isyak. Aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk solat hajat. Hajat ingin menegurnya, biarlah khusyuk itu hilang pada aku, jangan dibiar terus menerus hingga makmum lain menjadi mangsa.

MAAF! Aku tidak kata kuatkan bacaan itu salah cumaaa.. Apakata kamu ikuti perbualan aku dengan dia .


Aku : Assalamualaikum Sahabat . *bersalaman

Amir : Waalaikumussalam .

Aku : Sapa nama?

Amir : Amir . awak ?

Aku  : tak payahlah berawak-awak . aku kau sudah. Nama aku Johan .

Amir : Oo! johan.

Aku : Maaflah tetiba tegur kan. Kau busy ke?

Amir : ehh tak laa. Ada apa?

Aku : oh begini, tadi kita solat bersebelahan kan. Bukan apa, aku nak tegur sikit kalau boleh perlahan kan sikit bacaan kita ketika solat. Contohnya , semasa kau baca alfatihah.

Amir : kenapa dengan bacaan saya ?

Aku : eh tiada salahnya. Cuma kalau boleh perlahankan sikit bacaan kau .

Amir : Ooo.. tak boleh ke?

Aku : Bukan tak boleh, tapi bila kita solat berjemaah. Kita mesti menghormati Jemaah lain. Mereka yang lain juga mengejar kekhusyukan seperti kau.


Amir menganguk kepalanya seakan memahami apa yang aku cuba terangkan. Aku terus kan.


Aku : Kita solat untuk apa?

Amir : untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Aku : Bagaimana solat yang dituntut oleh Allah?

Amir : khusyuk dalam solat.

Aku :  Khusyuk ?

Amir : yang menetapkan hatinya hanya pada Allah tanpa memikirkan hal dunia .

Aku : Suasana khusyuk ?

Amir : tenang, sunyi dan  yang paling penting tiada gangguan . kalau ada gangguan pasti hilang kekhusyukan dalam solat .

Aku : gangguan yang macam mana ye?

Amir : sebagai contoh bunyi bising semasa solat .

Aku : Apa hukum orang yang menganggu orang lain yang tengah solat ?

Amir : Setahu saya, hukumnya haram, dan berdosa.

Aku : kamu bayangkan, Kalau kita kuatkan bacaan semasa solat, tidakkah menganggu Jemaah sebelah yang sedang mencari kekhusyukan.

Amir : haih macam perli saya je bang .

Aku : Mana ada, teguran. Okey , beginilah ye, mungkin bila kita menguatkan bacaan dalam solat akan timbul kekhusyukan tetaapii… adakah kita ingin mendapatkan keredhaan Allah dengan perbuatan yang dimurkai oleh Allah? iaitu dengan menganggu mereka yang juga mencari keredhaan Allah . Ingat pesan nabi saw “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.”

Amir : oh begitu …

Aku : Pasal menguatkan bacaan dalam solat itu tak salah cumaaa.. hormatlah Jemaah yang lain. Boleh saja kalau kau nak baca kuat-kuat dalam solat tapi biarlah solat berseorangan bukan berjemaah. Lagi satu, jangan kau solat dalam masjid sorang-sorang pastuh baca kuat-kuat sudah, kang tak pasal-pasal kene cop gila . hehee gurau saja.


Aku akhiri perbualan aku dengan ucapan salam. Assalamualaikum

So agak-agak kita yang mana? tepuk dada tanya iman . Wallahu 'alam




Banyak lagi cara untuk khusyuk dalam solat selain dengan bacaan yang kuat. Insya Allah aku akan updates entry aku mengenai khusyuk dalam solat. Akhir kata, thanks for reading.

1 comment:

  1. Haih..aq ni an..bila aq solat je,adik aq atau kenkadang mak aq mesti pasang lagu kuat2..aq tau dorang perasan aq solat,tp still nk pasang lagu kuat2..dahla hukum mengganggu org solat haram..haih..aq un x tau nk buat camane..dgn dorang pon susah nk solat..sedih,kecewa suma ada..

    ReplyDelete