Post ini diambil dari page facebook asyraf muda sendiri.
Luahan Hati Seorang 'Promoter'
Tak tahu la kalau aku seorang saja yang perasan. Aku kerja promoter since 2010 lagi disebuah pasaraya besar. Then sambung study dekat pahang. Bila cuti semester, aku habiskan masa kerja cari duit sikit. Sehinggalah srkrg, aku cuti semester dan kerja disana.
Mungkin masa kita kerja, ad custemer sepahkan tempat yg kita dah kemas. Rasa macam nak marah, kalau boleh, nak je pukul dengn penukul besi. tak boleh ke tanya kita yg ad jaga kat situ nak cari saiz itu ini. Dah terang2 kami pakai tag promoter.
Pelbagai gelagat dan karenah manusia aku tengok, ad yg sporting, yg okey, yg tak dgr kata, yg degil, dan yg tak paham bahasa. Kami kata saiz takda, dia tetap nak cari dua tiga kali, last2 bersepah dan dia terus blah. Yg kene kemas kami yg berdiri dari pagi sampai pukul 10 malam.
Tak minta kesian dan simpati sebb itu kerja kami. Walaupun gaji tak seberapa, cukuplah buat berbelanja. Nasiblah tambang bas rapid dan mini tak naik, tak sepadan dgn gaji.
Tp bila pikir balik, kita memang rasa nak marah. Apa boleh buat, kita pekerjs and we doing our job layan custemer termasuk kerenah menyampah dorang.
Kepada promoter, kalau jumpa custemer mcm ni, jgn marah balik tapi balas dengn senyuman. Bagi akulah, bayangkanlah kalau kauorang marah custemer, tak mustahil kalau nnti ad promoter lain akn buat sebegitu pada ibubapamu yg sedang mncari pakaian baru.
Walaupun kita mengelar diri sendiri 'hipokrit'. Depan senyum belakang maki. Hanya kita yg tahu. Tp yg maki tu eloklah dikurangkn. Tak baik. dan tidak diajarkan oleh agama.
Teringat aku akan dua pesanan seorang ustaz, diakhir ucapan beliau dalam satu program dikaca televisyen.
"Yang pertama, hendaklah kita selalu senyum. sebagaimana Nabi SAW bersabda 'senyuman diwajahmu terhadap saudaramu adalah sedekah', murahkannya. kekadang orang itu selalu senyum hidupnya dipermudah."
"Yang kedua pula, jangan sesekali punya sifat hasad dengki dalam diri, kerana apa, orang yang hidupnya lama, didalam hatinya penuh dengan hasad dengki, pasti setiap masa hati dia tidak akan tenteram dan tenang."
Sekian saja dari seorang 'promoter'.
Senyum!
Monday, 11 November 2013
Tuesday, 8 October 2013
Generasi Pertama "Budak Arab SMKPP"
2 Cerdas
Kami generasi pertama pelajar yang ambil subjek Arab dan kemahiran Alquran di SMK Puchong Perdana. Sama seperti pelajar lain, cuma bezanya kami tambah lagi satu subjek iaitu bahasa Arab.
Masa UPSR saya cuma dapat 2A 2B 1C dan PSRA hanya jaid saja. entah bagaimana boleh terpilih untuk memasuki satu kelas khas yang mana kelas itu saja yang mengmbil subjek Arab di SMK.
Tiga tahu lamanya kami bersama. dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga, setia mengmbil subjek Arab biarpun agak susah. yela, kami tidak mempunyai contoh kerna kami adalah generasi pertama(Kelas Arab).
yang tak boleh blah, kalau nak kenal budak arab(kami), yang lelaki wajib pakai songkok. yang perempuan mestilah bertudung. budak arab la katakan. hahaha
Masih ingat lagi, bila kami tanggal songkok, nanti cikgu affendi marah, kata 'kamu ni kelas arab, tunjuk contoh baik2 pada pelajar lain" . padahal kelas kami sendiri nakal nak mampuih. paling bising, siap ada yang bercinta dalam kelas. haha
inilah kenangan kami, budak Arab. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang agak okeylah dalam peperiksaan komunikasi, jaid jiddan. tapi malangnya keputusan PMR Arab saya teruk. mungkin masa tuh soalan susah. tak pun, saya yang malas belajaq.
Banyak kenangan nak diceritakan, tapi cukuplah sampai sini saja. sudah 3 tahun tinggalkan sekolah. Mula rindu . mula cinta. Sekian saja dari ex kelas Arab generasi pertama.
p/s : kami mase muda. comel belako suma. hehe
Berkongsi Ilmu bersama Bro Hilal Ashraf.
Bersama Bro Hilal Ashraf
Banyak input yg best dikongsikan oleh para panel. Sepanjng forum itu brlansung sempatlah aku ambil beberapa nasihat yg bermanfaat dan taip dlm phone. Jadi jgn salah faham ye. Hahaha
Selesai saja forum, sempat lah aku jumpa direct dgn bro hilal lalu Pekenalkn diri.
"oh.. awak ke asyraf muda, tdi ad kawan awak cerita pasal awak dekat saya. Sihat?"
Aku rasa. Oh k. HAha.
Teruskn dengn menanyakn persoalan pada bro hilal tentang bagaimana kita nak menyakinkn parent yg kita boleh dah kawin. Jawabny yg kahwin usia 23 thn dan punya anak seorang.
Pertama, bagaimana kita dengn ibubapa? Cara kita berinteraksi? Cara kita bercakap? Menjaga dan sebagaimana? Kalau itupun payah, bagaimana nanti bila sudah punya pasangn.
Kedua, bukan ibubapa tak kasi tp ibubapa tahu apa kekurangn kita, mereka lebih berpenglmn. Mana ada ibubapa nak lihat anak mereka tak bahagia.
Ketiga, jgn marah mereka. Mereka tahu ap yg kamu tak tahu. Kalau bilik tak kemas? Bila ad barang bersepah? Mereka always perhatikan kita.
Keempat, tunjuk yg kita dah bersedia. Kestabiln kewangn, ekonomi, kematangan dan cukup serba serbi. Barulah parent yakin dgn kita.
Kelima, tunjukkan yg kita boleh. Jgn kita marah mereka, kerna ibubapa ni kerjany perhatikan kita, jalan yg terbaik adlh tunjukkan bukti yg kita memang dah boleh nikah. Buktikan. ekonomi okey, kerja okey, belajar okey dan sebagainya. Itu jln yg terbaik to make parent yakin dgn kita.insya Allah.
Banyk lagi sebenarny tapi akan dikongsikan pd hari yg akn datang.
Dlm forum 'Aku dibius cinta', bro hilal mndefinisikan cinta itu adlh cinta yg mmbawa kita ke syurga dan menjauhi dr neraka.
Jika benar cinta, kita pasti ingin mmbawa pasangn kita ke syurga dan pastinya jauh dari neraka. Sekian saja.
Senyum.
Saturday, 7 September 2013
Moderator yang Gagap diatas Pentas Forum
Assalamualaikum
Pernah sekali aku jadi moderator disatu forum agama, bersama panelis IM Najdi dan IM Amar. kedua-duanya merupakan IM Musim ke-2. Mulanya memang niat aku tak nak jadi atas sebab pertama, tak layak . kedua, tak pandai berbicara dan ketiga, tiada pengalaman. Sememang apa yang aku takuti, memang benar terjadi dipentas forum.
Gagap, gugup, nervous, dan bila nak mulakan kata-kata, terus hilang idea. Dapat aku rasakan yang forum tu tak meriah seperti lain walaupun menampilkan para panelis yang hebat belako. Banyak kelemahan terserlah, dan aku akui. dan kelemahan itu tidak putus disitu.
Selesai forum tersebut, aku terus tanya kawan apa yang lemah, katakan jujur. lantas dia kata , memang banyak yang perlu diperbaiki. adalah beberapa tips yang diberi. dan masa tu aku rasa bukanlah aku yang terbaik jika ingin dipanggil menjadi moderator.
aku mulakan pengajian, baca buku, akhbar dan artikel. sambil tonton video serta pergi kuliah dan ceramah jika ada masa lapang. Belajar dan memperbaiki kelemahan diri, dan masih banyak yang perlu aku kecapi , yang perlu aku hadapi, yang perlu aku mencari.
Betullah kata bijak pandai, pengalaman adalah pengajaran yang terbaik buat kita, yang menuntut supaya kita menjadi yang lebih baik. Pengalaman menjadi moderator yang gagap diatas pentas mengajar aku supaya menjadi seorang yang hebat, tak kisahlah dalam berbicara ataupun menulis. asalkan adanya ilmu untuk dikongsikan bersama.
Sabda Rasulullah SAW "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" -hadith sahih riwayat Bukhari.
.Kenangan Bersama Imam Muda Najdi dan Imam Muda Amar.

Tuesday, 20 August 2013
#R4BIA Bukan Sekadar Trending!
Bismillah
Up-to-date isu semasa. Kepada sahabat yang masih tidak tahu atau mencari-cari apa yang sebenarnya berlaku diMesir sekarang, cuba fahami gambar dibawah. Siapa pemberontak siapa pejuang?
Up-to-date isu semasa. Kepada sahabat yang masih tidak tahu atau mencari-cari apa yang sebenarnya berlaku diMesir sekarang, cuba fahami gambar dibawah. Siapa pemberontak siapa pejuang?
Okey, dah faham apa yang berlaku. Secara ringkas, Dr-Morsi merupakan Presiden Mesir yang baru dilantik selepas memenangi pilihanraya tahun lepas, 2 bulan lepas beliau telah digulingkan oleh jeneral yang dipercayainya sendiri. Akhirnya, Dr-Morsi dipaksa meletak jawatan sebagai presiden atas desakan tentera dan pemberontak. Jadi, Berlakulah pertembungan diantara pro-morsi dan pemberontak (tahghut). Sedangkan tidak patut sama sekali beliau(Morsi) diperlakukan begitu.
Seterusnya korang boleh baca entry sedara 'angel pakai guci' . Khas buat sedara sedari yang nak tahu lebih lanjut konflik diMesir. cara penyampaianny simple. boleh faham . serius talk, bagi saya. wajib baca. "Konflik Mesir untuk dummies" .
Jika Sedara sedari yang kaki facebook juga boleh up-to-date dengan page Mesir Kini , Prihatin Mesir , Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir , dan Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini . Insya-Allah yang baik kita boleh percaya.
Okey, sekarang diFacebook dan twitter kita penuh dengan hash tag #R4BIA kan.
" Why is #R4BIA is trending right now?
The “Rabaa Sign” has become the sign of the anti-coup protests in Egypt. It literally means number four or fourth in Arabic.
The "Rabaa Sign", like the "Peace Sign" for Palestine, symbolizes a specific event that is the massacre on August 14 at the famous Rabaa al-Adawiya Square where the anti-coup protesters voice their demands by raising their four fingers.
~ Ameen Misran

Dengan kata lain. Raba'ah / Arbaah = Empat
Dimana "Raba'ah" atau "Dataran Rabiah Adawiyah" merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.
Maksudnya juga :
1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.

4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.
Jadi kita boleh kata #R4BIA adalah satu tanda protes kepada kekejaman yang berlaku diMesir. Tanda Kebebasan . Solidariti buat mereka.
And I hope please don't underestimate the power of a sincere do'a. No matter who you are, your sincerity will break any barriers between you and Allah. Done solah, pray for them.
"Allahumma mansur ikhwanana majahideen fi Palestine, fi Gaza, fi Syria, fi Mesir, fi Kashmir, fi kulli makan wa kulli zaman ya Allah."
Akhir kalam, aku harap ini bukan semata-mata trending. dulu masa raya tahun lepas isu palestin kena serang zionis israel, kita kecoh sampai nangis-nangis serta boikot McD dan sebagainya , tapi bila dah lama, korang pun senyap. Tak lama selepas itu, Isu diSyria. punya bersemangat sehingga penuh dengan kata makian terhadap basyar diFB dan twitter. tapi bila dah lama, korang pun senyap. Sekarang , berlaku perkara yang sama diMesir. adakah korang masih begitu?
Jika sama, aku harap moga tarbiyyah ikut musim ini menjadi istiqamah dalam diri anda semua. Buka minda dan hati, Bangkit dari pintu-pintu khayalan anda, sedara kita disana serang berperang menegakkan kebenaran. tak kan lah kita hendak berdiam saja.
Aku ingin berkongsi dengan sedara sedari satu text daripada adik kepada 'ustazah' yang aku kenal belajar dimesir, katanya..
"Urung mangen, orak eneng selero. saudara ku kabeh wes syahid neng medan perjuangan masakan ak neng kene mangen seenaknyo. sedih loh troso waey perasaan ko, yo ler kok cedek banget tmpt peperangan neng kene. ak ki sedang menghafal quran, orak iso turu. masjid cedek neng kene yagudi wes bakarin"
Dia orang jawa aku rasa. jadi suruh dia translate.
"Belum makan. takda selera, saudaraku semua syahid dimedan peperangan. tak kan aku nak makan seenaknya. sedihlah terasa sangat kat perasaan ni, teruk sangat peperangan kat sini. aku sekarang kena menghafal al-quran, tak boleh tidur dah. masjid habis kena bakar dengan yahudi"
Jangan berdiam saja, Bangkitlah daripada tidur. Umat disana sedang berperang!
"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."
[al-Anfal, 8:22]
Andai sedara sedari sudah bertindak. Don't Stop. Keep it going. Assalamualaikum.
Thursday, 25 July 2013
Kisah Mancis dan Pokok
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis. Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita TIDAK perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. JANGAN merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.
Ketika kita tua, kita baru tahu masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama - sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect".
Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai!
Selamat Berpuasa Dan Berjihad . Senyum.
Sumber: Cikgu Cyber
Thursday, 18 July 2013
Ahlan WaSahlan Ya Ramadan AlKareem
Assalamualaikum
Tanpa diminta, Dia datang. Tanpa ditunggu, dia datang. Ya, dialah Ramadan Alkareem. Alhamdulillah, sudah sepuluh ramadan, ini bermakna berakhirlah fasa pertama. Sekarang kita menjalani fasa kedua, iaitu Fasa Pengampunan.
Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah. Insha-Allah.
Salam Jumaat. Senyum.

Subscribe to:
Posts (Atom)