Assalamualaikum.
Ustaz Khalil merupakan ustaz saya dalam kelas CTU(agama). Beliau pesan;
1. Baca Al-quran. walaupun satu muka surat sehari.
2. Jangan tinggal solat kerna Solat itu tiang agama.
3. Banyakkan membaca/mencari ilmu yang bermanfaat.
4. Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama bab (aurat).
5. Menuntut ilmu itu ibadah sehinggalah kita mati.
Selamat Beramal. Salam Jumaat Semua.
Thursday, 27 December 2012
REMINDER : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya
Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahi, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji ALLAH tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik, bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi dipertengahannya, dipenghujungnya malah sepanjang jalan ke SYURGA. Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
"Rahmat" Allah. Syukur Alhamdulillah
Bismillah
kisah benar dari seorang sahabat bernama Ashraf.
Scene Setan dan Aku
Kau : Awal lagi. Baru pukul 5.30 pagi.
Aku : dah azan. Aku nak pergi masjid.
Kau : ala.. Awal lagi. Nanti aku kejut pukul 6.30 pagi.
Aku : tapi...
Kau : takde tapi2. Yang penting kau solat.
Pukul 6.40 aku bangun. Terus ambil wuduk dan solat subuh. Menyesal tidak berjemaah dimasjid kerana 'kau'.
Pukul 4.50 petang aku dan kawan-kawan pergi bersiar-siar di kawasan felda jengka. Singgah sekejap mandi kolam. selesai mandi..
Scene kawan dan aku
Aku : pergilah solat dulu. Dah nak masuk maghrib.
Kau : nanti aku qadalah.
Aku : mana boleh. Surau kat bawah.
Scene kawan1 dan aku
Kau : kiranya kau solat, nanti bawa motor kitaorang mati kau taklah.
Aku : bukan macam tu. At least aku solat. Selamat aku dari diseksa sebb tak solat.
Kau : so kira kau dijamin masuk syurgalah.
Aku : taklah. Kau rasa allah pilih siapa yang layk masuk syurga dia. Orang yang tak solat atau orang yg solat?
Kami bergerak balik. Malam ahad ada pasar malam. Singgah Sebentar beli makanan. Maghrib disurau jengka bandar pusat.
Sampai rumah. Makan lauk yang beli. Ayam goreng dan nuget. Kedengaran azan isyak. Bersiap dan solat dimasjid lama rantau perintis.
Pukul 8.40 kawan ajak pergi makan. Aku tak buat apa, ikutlah. Mereka gerak dulu. Aku lmbat sikit... Sebenarnya aku tak tahu jalan, last2 aku terus ke UiTM. HOMSIS. Jumpa dengan kawan debat. Silat gayung. Eac. Dan kawan CA.
Kawan yang ajak pegi makan kol tanya dekat mana. Aku jawab aku tak tahu tempat dan bagi masa aku 20 minit.
Aku pun mencari. Bawa motor modenas gt. Cari punya cari. Sampai satu tempat motor tak boleh start. Habis minyak. Terpaksa tolak. Nasib baik tak jauh dari stesen minyk tapi jauhlah jugak. Motor gt berat. Aku tolak motor tak sampai suku jalan. Aku kol kawan. Tak minta tolong cuma aku kata aku terus pergi stesen minyak. Aku teruskan menolak. Tiba2...
Scene kau dan aku
Kau : assalamualaikum. Kenapa ni. Motor rosak ke takde minyak?
Aku : wassalam. takde minyak.
Kau : takpelah. Saya tolong tolakkan.alang2 saya pun nak pergi isi minyak.
Aku : ya Allah. Terima kasih bang.
Lelaki berbaju melayu. Tolak motor aku sampailah depan stesen minyak. Namanya rahmat. Kerja diselangor balik kampung dijengka. Terima kasih.
Mesej masuk dari kawan."kawan kan. Tunggu sana. Kiteorang datang." Terharu. Aku tunggu dorang kat stesen minyak. Terima kasih kawan.
Mungkin salah aku sebab minyak dah berkelip tapi aku tak isi. Akhirnya aku isi full rm 7.81 sen. Insaf sekejap.Rasanya mungkin ini ujian kesabaran.
Alhamdulillah selamat sampai rumah.
Scene kawan dan aku.
Kau : banyak dugaan kau hari ni.
Aku : dlam hati. Hanya allah tahu.
Scene kawan1 dan aku
Aku : tadi kau kata apa.
Kau : kau nak tahu?
Aku : ye aku tahu.
Kau : ingat ta petang tadi kau kata "at least aku solat" angkuh. Kan Allah dah tunjuk.
Aku mula berfikir. Terus ambil galaxy note kawan aku dan update.
Betul kata kawan1. Kan Allah dah tunjuk. Ya. Allah dah tunjukan aku erti kesabaran. Sentiasa ingatkan Allah. Semasa aku tolak motor aku tidak mengharap sesiapa kecuali DIA. Tiba2 muncul lelaki yang bernama rahmat. Aku rasa Mungkin Allah mengerakkan hatinya untuk menolong aku. Terima kasih Allah kerana memberi saya "rahmat" mu. Alhamdulillah syukur.
Dan aku terfikir adakah ini yang allah nak tunjukkan... Jika benar. Alhamdulillah syukur.
Hadith nabi saw katanya, ketahuilah Allah menguji hambanya kerana sayang padanya. SUBHANALLAH...
kisah benar dari seorang sahabat bernama Ashraf.
Scene Setan dan Aku
Kau : Awal lagi. Baru pukul 5.30 pagi.
Aku : dah azan. Aku nak pergi masjid.
Kau : ala.. Awal lagi. Nanti aku kejut pukul 6.30 pagi.
Aku : tapi...
Kau : takde tapi2. Yang penting kau solat.
Pukul 6.40 aku bangun. Terus ambil wuduk dan solat subuh. Menyesal tidak berjemaah dimasjid kerana 'kau'.
Pukul 4.50 petang aku dan kawan-kawan pergi bersiar-siar di kawasan felda jengka. Singgah sekejap mandi kolam. selesai mandi..
Scene kawan dan aku
Aku : pergilah solat dulu. Dah nak masuk maghrib.
Kau : nanti aku qadalah.
Aku : mana boleh. Surau kat bawah.
Scene kawan1 dan aku
Kau : kiranya kau solat, nanti bawa motor kitaorang mati kau taklah.
Aku : bukan macam tu. At least aku solat. Selamat aku dari diseksa sebb tak solat.
Kau : so kira kau dijamin masuk syurgalah.
Aku : taklah. Kau rasa allah pilih siapa yang layk masuk syurga dia. Orang yang tak solat atau orang yg solat?
Kami bergerak balik. Malam ahad ada pasar malam. Singgah Sebentar beli makanan. Maghrib disurau jengka bandar pusat.
Sampai rumah. Makan lauk yang beli. Ayam goreng dan nuget. Kedengaran azan isyak. Bersiap dan solat dimasjid lama rantau perintis.
Pukul 8.40 kawan ajak pergi makan. Aku tak buat apa, ikutlah. Mereka gerak dulu. Aku lmbat sikit... Sebenarnya aku tak tahu jalan, last2 aku terus ke UiTM. HOMSIS. Jumpa dengan kawan debat. Silat gayung. Eac. Dan kawan CA.
Kawan yang ajak pegi makan kol tanya dekat mana. Aku jawab aku tak tahu tempat dan bagi masa aku 20 minit.
Aku pun mencari. Bawa motor modenas gt. Cari punya cari. Sampai satu tempat motor tak boleh start. Habis minyak. Terpaksa tolak. Nasib baik tak jauh dari stesen minyk tapi jauhlah jugak. Motor gt berat. Aku tolak motor tak sampai suku jalan. Aku kol kawan. Tak minta tolong cuma aku kata aku terus pergi stesen minyak. Aku teruskan menolak. Tiba2...
Scene kau dan aku
Kau : assalamualaikum. Kenapa ni. Motor rosak ke takde minyak?
Aku : wassalam. takde minyak.
Kau : takpelah. Saya tolong tolakkan.alang2 saya pun nak pergi isi minyak.
Aku : ya Allah. Terima kasih bang.
Lelaki berbaju melayu. Tolak motor aku sampailah depan stesen minyak. Namanya rahmat. Kerja diselangor balik kampung dijengka. Terima kasih.
Mesej masuk dari kawan."kawan kan. Tunggu sana. Kiteorang datang." Terharu. Aku tunggu dorang kat stesen minyak. Terima kasih kawan.
Mungkin salah aku sebab minyak dah berkelip tapi aku tak isi. Akhirnya aku isi full rm 7.81 sen. Insaf sekejap.Rasanya mungkin ini ujian kesabaran.
Alhamdulillah selamat sampai rumah.
Scene kawan dan aku.
Kau : banyak dugaan kau hari ni.
Aku : dlam hati. Hanya allah tahu.
Scene kawan1 dan aku
Aku : tadi kau kata apa.
Kau : kau nak tahu?
Aku : ye aku tahu.
Kau : ingat ta petang tadi kau kata "at least aku solat" angkuh. Kan Allah dah tunjuk.
Aku mula berfikir. Terus ambil galaxy note kawan aku dan update.
Betul kata kawan1. Kan Allah dah tunjuk. Ya. Allah dah tunjukan aku erti kesabaran. Sentiasa ingatkan Allah. Semasa aku tolak motor aku tidak mengharap sesiapa kecuali DIA. Tiba2 muncul lelaki yang bernama rahmat. Aku rasa Mungkin Allah mengerakkan hatinya untuk menolong aku. Terima kasih Allah kerana memberi saya "rahmat" mu. Alhamdulillah syukur.
Dan aku terfikir adakah ini yang allah nak tunjukkan... Jika benar. Alhamdulillah syukur.
Hadith nabi saw katanya, ketahuilah Allah menguji hambanya kerana sayang padanya. SUBHANALLAH...
Tuesday, 27 November 2012
INGAT MATI sebelum menjadi MAYAT
BISMILLAH
Orang yang lupa mati itu adalah seperti mana banyak terdapat
di taman bunga Lake Garden. Kalau
malam-malam, apatah lagi malam minggu, tiap pokok mesti berhantu. Satu pokok
dua hantu; satu hantu jantan dan satu lagi hantu betina.
Apakah orang-orang yang jadi hantu pokok itu ingatkan mati?
Jika mereka ingatkan mati, sudah tentulah mereka tidak jadi hantu pokok. Tapi
bagaimana jika mereka sedang duduk-duduk berdua-duaan itu menceritakan hal-hal
akhirat?
“Ling-ling(Darling)… you
tau tak?”
“Apa?” jawab lelaki yang di sebalahnya.
“Ainamaa takuunuu
yudrikkumul maut, Di maja saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu,” kata si perempuan memetik ayat suci Al-Quran.
Kalau itulah yang diingatkan ketika berdua-duaan, sudah
tentulah tak jadi buat maksiat. Jelaslah di sini, sedang nak lakukan maksiat
teringat mati, kita tidak lakukan. Apatah lagi baru bercadang nak buat maksiat.
Selain dari itu, janganlah kita sia-siakan hidup di dunia
ini. Jangan buat maksiat. Jangan bercakap maksiat. Biarlah percakapan yang
keluar dari mulut kita itu ada manfaatnya. Kalau tidak, lebih baik kita diam.
Oleh itu, mulut kita ini hendaklah sentiasa zikirullah, ingatkan Allah.
Apa untungnya orang yang ingatkan mati? Apa ruginya orang
yang lupakan mati? Untungnya orang yang ingatkan mati ada tiga:
1) Dia ingin bertaubat.
2) Tidak mahu buat maksiat
3) Ingin memperbanyakkan ibadat kepada Allah.
Ruginya orang yang lupa akan mati;
1) Dia tidak mahu bertaubat atau menangguh-nanguhkan taubat.
2) Tidak mahu beribadat.
3) Suka melakukan maksiat.
Ingatlah Allah dengan membasahi bibir kita dengan zikirullah agar kita menjadi mayat yang kaya diakhirat kelak. Ingatlah mati sebagai peringatan sebelum kita menjadi MAYAT!
3) Ingin memperbanyakkan ibadat kepada Allah.
Ruginya orang yang lupa akan mati;
1) Dia tidak mahu bertaubat atau menangguh-nanguhkan taubat.
2) Tidak mahu beribadat.
3) Suka melakukan maksiat.
Ingatlah Allah dengan membasahi bibir kita dengan zikirullah agar kita menjadi mayat yang kaya diakhirat kelak. Ingatlah mati sebagai peringatan sebelum kita menjadi MAYAT!
-Ustaz Yazid Jaafar [PANGGILAN KEPADA MAYAT]-
Monday, 26 November 2012
ULAR yang Bernama ASY-SYUJAUL AQRAK
Bismillah
Semasa mayat yang diusung ke kubur itu berkata :
“Wahai orang ramai, ke manalah engkau nak bawa aku.
janganlah bawa aku masuk ke sana. Aku tak mahu ke sana. Tolonglah orang ramai,
jangan bawa aku ke sana.”
Mengapa dia tidak mahu ke sana (kubur?) Sebab dia sudah
nampak di kubur itu ada api yang menyala-nyala. Dia nampak di kubur itu ada
seekor ular yang menanti dia masuk. Ular itu bernama Asy-Syuja’ul Aqrak. Warna ular itu hitam dan matanya merah. Dia
hendak mematuk mayat itu. Mengapa? Sebab dia tidak sembahyang.
Kata Rasulullah SAW, sekali ular itu mematuk, bisanya terasa
selama empat puluh tahu. Jika dia tidak sembahyang, sejak masuk kubur hinggalah
hari kiamat dia dipatuk ular. Orang sembahyang? Dipatuk juga!
Orang yang bersembahyang, tapi dipatuk ular ialah orang yang
mengqada sembahyangnya. Sembahyang tidak boleh diqada. Sembahyang yang boleh
diqada itu ialah bila kita lupa, tertidur dan sembayang yang kita tinggal
semasa kita jahil dulu. Dan bilakita mula sembahyang, kita hendaklah bertaubat
tidak mahu lagi meninggalkannya.
Ada mayat yang takut dibawa ke kubur. Tapi ada juga yang
berkata :
“Wahai orang ramai,
mengapa engakau lambat-lambatkan aku. cepatkanlah bawa kau ke sana”
Amboi… terror juga mayat ini. Ini adalah mayat yang baik,
mayat yang banyak amalnya.
Sabda Rasulullah SAW;
“Kubur itu adakalanya
suatu lubang dari lubang-lubang neraka atau suatu taman dari taman-taman syurga.”
Maknanya, apabila
kita mati, sebaik saja kita masuk ke kubur, sebelum kita merasakan azab neraka
yang hakiki. Sebahagian azab neraka telah dirasai di dalam kubur itu. Dan ada pula mayat yang telah merasakan
berbagai nikmat syurga di dalam kubur
sebelum dia merasakan nikmat syurga yang hakiki.
Setelah kita ketahui itu semua, maka terpulanglah kepada
kita sama ada hendak menjadikan kubur itu neraka atau syurga. Tepuklah dada,
Tanya Iman.
-Ustaz Yazid Jaafar [PANGGILAN KEPADA MAYAT]-
Riwayat Raja Iskandar Zulkarnain
Bismillah
Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran
bagi kita yang masih hidup..
Raja Iskandar Zulkarnain telah berpesan kepada jemaaH menterinya.
Saya tidak tahu Raja Iskandar Zulkarnain yang ke berapa. Tapi akhirnya dia
menjadi wali. Ketika dia duduk di singgah sana takhta kerajaannya, Iskandar
Zulkarnain telah bertitah:
“Wahai menteri-menteriku sekalian. Apabila aku mati kelak,
waktu kamu membawa mayat aku ke kubur, janganlah kau ikatkan tanganku. Bawalah
aku ke kubur dengan tangan terbuka dan terkulai”
“Wahai Tuanku, adakah ini adalah satu pesanan atau amanah?
Kalau amanah, terpaksalah kami lakukan. Tapi apa pula kata rakyat?” tanya
menterinya.
“Kalau aku hidup menjadi pesanan. Kalau aku mati menjadi
amanah. Kamu mesti melaksanakannya.”
“Kalau kami lakukan demikian, apa kata rakyat? Cuba Tuanku
beriitahu mengapa kami mesti melakukan hal yang demikian? Jika rakyat bertanya
kelak, kami boleh memberikan jawapan kepada mereka.”
“Aku menyuruh kamu melakukan seperti itu kerana aku yakin
dan percaya apabila aku mati, pada waktu kamu membawa aku ke kubur itu, sudah
tentu puluhan ribu rakyat-rakyatku akan berdiri dikiri kanan jalan yang kulalui
itu kerana memberi penghormatan terakhir kepada raja mereka”.
“Dan ketika itu mereka bercakap sesama mereka; ‘Lihatlah raja
kita, Iskandar Zulkarnain yang begitu besar takhta kerajaannya, begitu banyak
harta bendanya, begitu banyak bintang-bintang kebesaran yang tersisip
didadanya, tapi semua kemegahan dunia itu tidak dibawanya ke kubur. Dia diusung
ke kubur hanya dengan tangan terkulai dan kaku’.
“Aku ingin memberi iktibar kepada rakyatku semua. Kalau aku
seorang raja yang besar yang begitu banyak bilangan kebesaranku, tapi aku ke
kubur hanya dengan tangan terkulai dan terbuka… tidak membawa apa-apa, apatah
lagi mereka.”
Orang yang mati itu adalah menjadi iktibar kepada orang yang
masih hidup. Sebab itu disunatkan kita mengiringi jenazah ke kubur. Tapi, orang
perempuan dilarang mengiringinya ke kubur sama ada jenazah suaminya ataupun
ayahnya. Dilarang sangat oleh agama, wanita mengiringi jenazah ke kubur.
Bayangkan, kalau sudah perempuan ke kubur mengiringi jenazah
suaminya, apa yang nak kita iktibarkan? Nak tengok mayat atau nak tengok
lenggang lenggoknya. Hilang iktibar, timbul pula keinginan. Takut dikhuatir
akan timbul fitnah.
Orang yang mati hendaklah kita jadikan iktibar, pengajaran
bagi kita yang masih hidup ini.
-Ustaz Yazid Jaafar [PANGGILAN KEPADA MAYAT]-
Friday, 23 November 2012
Derma Organ: Adakah Islam Membenarkan?
Mari Mencakar MINDA.
Dengan tajuk yang cukup mencabar, menarik kau tertarik de
boom..
Derma Organ dalam
Perspektif Islam
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”. Hadith Riwayat Muslim
Entri kali ini akan membuka minda kita dengan soal jawab mengenai hukum Derma Organ dalam Islam. Insha-Allah Allah sentiasa bersama mereka yang menuntut Ilmu. Mari Mencakar MINDA.
Apakah hukum derma
organ dalam islam?
Pertama sekali, kita perlu ketahui bahawa ini adalah perkara
mubah iaitu perkara yang dibenarkan oleh ugama. Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan
syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit oleh jumhur ulama.
Ada satu hadith sahih diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW pernah
menggunakan mukjizatnya untuk membetulkan mata sahabat yang buta semasa
berperang dan ada sahabat tangannya tercabut dan dia mengadu pada nabi SAW,
maka dengan mukjizatnya ia dapat disambungkan.
Begitu juga dengan teknologi sekarang, yang digunakan untuk
menyembuh dan menyelematkan nyawa. Maka hukum derma organ jatuh kepada hukum
harus dikalangan jumhur ulama. Perkara yang dibenarkan agama.
Sebenarnya ini bukan perkara baru, ulama salaf silam telah
lama membincangkan soal hukum hakam ini, Cuma di Malaysia lambat sikit
sampainya. Negeri yang pertama mengeluarkan fatwa harus kepada hukum derma
organ iaitu negeri Perlis oleh Mufti Perlis pada tahun 1964. Perkara ini sudah
dibincangkan, jika dulu yang dibincangkan hanya pemindahan cornia mata, kiranya
yang paling maju pada tahun 1964.
Kita juga perlu tahu bahawa dalam keadaan darurat,
menyelamatkan nyawa lebih penting daripada segala benda. Hatta sebagai contoh
jika terpaksa makan babi, jika tidak makan kita mati, jika makan kita hidup.
Maka disini jatuh hukumnya harus memakan untuk menyelamatkan diri walaupun kita tahu babi itu haram dimakan.
Kita mengambil contoh lain, ada sahabat kita nyaris mati
disebabkan kemalangan yang dialami. Buah pingangnya dua-dua rosak dan
kemungkinan dia akan lumpuh jika tiada penderma buah pingang. Sebagai sahabat,
kita buat keputusan untuk membantu. Menderma buah pingang kita kepadanya. Apa
hukumnya? adakah boleh dari sisi agama?
Boleh kerana ia perkara yang dibenarkan oleh ugama. Kerana
ia memberi faedah dan manfaat kepada orang lain. Seperkara lagi, kerana ia
dapat menyelamatkan kehidupan yang akan lumpuh kepada kehidupan yang normal.
Apa kata Nabi SAW “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat terhadap
manusia yang lain”. Selain itu, kita dapat melihat kegembiraan diwajah sahabat
yang sakit itu bersama keluarganya. Insha-Allah orang yang menderma akan
mendapat bonus daripada Allah iaitu pahala atas kebaikannya. Ada ulama berkata
membantu manusia itu dianggap amal soleh yang berterusan. SubhanaAllah.
Adakah terdapat
perselisihan pendapat antara ulama?
Kita perlu ketahui bahawa jika tiada khilaf antara ulama itu
adalah syariat. Yang telah ditetapkan. Tetapi bila berbicara ada khilaf antara
ulama itu adalah fiqh. Ilmu Fiqh.
Kebanyakan ulama mengatakan harus derma organ dan ada
segenlitir ulama yang mengatakan haram atas nas-nas lain. Yang menjadi khilaf
antara ulama adalah kaedah. Kaedah permindahan contohnya translane ini masih
baru dalam lebih kurang 100 tahun. Berbalik kepada hukum , jika dalam keadaan
darurat menyelamatkan nyawa lebih
penting dari segala benda. Dan kita sudah ketahui bahawa hukum derma organ
adalah harus dalam perspektif islam.
Perkara ini sudah dibincangkan oleh ulama-ulama terdahulu
contonya dalam ilmu fiqh. Salah seorang imam mazhab iaitu Imam AsSyafie
berkata, jika ada seorang ibu yang mengandung mati, bagaimana dengan
kandungannya? Maka jumhur ulama bersepakat perlu dibelah dan selamatkan
kandungan itu., selamatkan nyawa bayi tersebut kerana ia menyelamatkan
nyawa manusia.
Mengambil contoh yang kedua , kata Imam AsSyafie, ada
seorang pencuri. Dia mencuri gelang emas, yang nilainya sangat berharga. Lalu
pencuri itu masukkan gelang emas itu kedalam mulutny dan telan. Dan pencuri itu
mati. Adakah boleh dibelah perutnya? Boleh jawabnya kerana gelang emas itu hak kepunyaan
orang dan ia mempunyai nilai.
Waallahu a’lam.
Bagaimana pula dengan
pelajar perubatan yang membelah mayat? Tidakkah akan menyakiti mayat tersebut?
Setiap agama mengajar supaya menghormati semasa manusia
tidak kiralah yang masih hidup atau yang sudah mati. Kata Dr Juanda Jaya yang
merupakan mufti Perlis katanya, Dalam konsep pembelajaran, saya yakin bahwa
pensyarah-pensyarah disana akan memberi taklimat dan mengingatkan kepada
pelajar supaya menghormati jenazah terlebih dahulu sebelum pelajar membuat
persiapan untuk membelah mayat. Amat Penting bagi kita menghormati jenazah.
Tidak kiralah agama apa.
Berkait dengan hadith sahih. Pada suatu hari, Ada jenazah
yahudi lalu depan nabi SAW, lalu nabi SAW bangun dari duduk. Dan tingkahlaku
baginda ditegur “kenapa kau bangun, dia yahudi” maka jawab nabi SAW “dia sudah
mati dan dia juga manusia”.
Hadith lain yang melarang kita kasar terhadap jenazah. Kata
Nabi SAW “Mematah tulang mayat ibarat mematah tulang manusia yang masih hidup”
. maksudnya disini bahawa jika kita mematah matah tulang mayat dalam keadaan hina
contohnya macam kita cabut tulang itu tulang ini dengan kasar, maka hukumnya
haram, dan berdosa. Kene ingat bahawa mayat itu juga pernah menjadi seorang
manusia dan hormatilah haknya.
Dr Juanda Jaya menjawab mengenai hukum boleh atau tidak
boleh mengenai kajian pelajar perubatan “tiada ulama berani membuat kesimpulan
tentang perkara ini tetapi satu perkara perlu ingat iaitu perlu hormati mayat
dan buat dengan penuh kehormatan. Waallahu a’lam.”
Bolehkah derma organ
kepada mereka yang bukan Islam?
Untuk lebih memahami , saya mengambil hadith Nabi SAW.
Daripada Abu Hurairah r.a;
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.
Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah
kami menyayangi haiwan ini?” Jawab Rasulullah
saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada
pahalanya).” Hadis Sahih Muslim
Seperti yang kita tahu pastinya anjing itu lebih hina lebih
buruk dari manusia. Allah menciptakan manusia sebaik-baik makhluk ciptaanNYA.
Bayangkan saja, jika kita menolong haiwan , diampunkan dosa apatah lagi jika
kita menolong manusia. Tidak kiralah mereka Islam atau bukan Islam, Islam
mengajar kita untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Kata Ulama,
membantu manusia adalah amal soleh yang berterusan.
Saya mengambil satu kisah benar yang mana anaknya baru meninggal
akibat kemalangan motorsikal. Secara ringkas, si ayah tidak membenarkan jasad anaknya
diberi kepada mereka bukan Islam, katanya anaknya seorang tahfiz dan menghafal
beberapa ayat mulia Allah. Kerana anaknya seorang tahfiz, dia tidak mahu jasad
anaknya diberikan kepada mereka bukan Islam. Tetapi isterinya berkata “takpelah
bang, ini semua ketentuan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Berikanlah.
Mungkin dia tidak masuk islam, tetapi kemungkinan besar salah seorang daripada
keluarganya akn melihat Islam ini indah” . Suami Isteri menangis akhirnya
bersetuju. SubhanaAllah sungguh mulia hati seorang ibu. Saya terkesima sebentar
seakan ingin menitis air mata mendengar kisah mereka.
Teringat hadith Nabi SAW ;
Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik manusia adalah yang
memberi manfaat terhadap manusia yang lain”.
Insha-Allah mereka yang menderma akan mendapat bonus daripada
Allah iaitu pahala atas kebaikannya. Kata Ulama, membantu manusia itu dianggap
amal soleh yang berterusan. SubhanaAllah.
Jika ditanya persoalan yang mana lebih baik derma organ pada
orang Islam atau bukan Islam ? Pastinya lebih afdal kita menderma pada orang
islam . Kata ustaz azhar idrus, menolong orang bukan Islam hukumnya
harus. Jadi tidak salah jika kita saling bantu membantu atas konsep kemanusian.
Satu Malaysia kan.
Waallahu Taala A’lam
Bukankah jasad
manusia hak Allah?
Firman Allah “KepadaNYa kita diciptakan dan KepadaNYA juga
kita kembali”
Ulama mentafsir bahwa kita hidup didunia ini hanya sementara
dan akhirat kekal selamanya. Kehidupan kita lalui sekrang hanyalah sementara. Hanyalah
pinjaman untuk kita merasai kehidupan didunia sebelum mencapai kehidupan
diakhirat kelak.
Firman Allah “Setiap
yang hidup pasti merasai mati”.
Kata Ulama , setiap yang bernyawa pasti akan mati tidak
kiralah manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.
Tidak dinafikan Kita adalah hak Allah, setiap yang kita ada,
itu semua atas pinjamanNYA. Sebenarnya bicara soal hukum memerlukan kajian
lebih mendalam. Jika disalah tafsir kemungkinan akan timbul fitnah, saya yang
mendapat saham dosa. Maka saya perlu berhati-hati supaya tidak memberi info
yang salah. Kata pensyarah UM, Dr Wan Adli “Kita masih belajar, dalam belajar
pasti akan ada melakukan kesalahan”. Alhamdulillah, dalam hal ini saya merujuk
pada yang pakar iaitu Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Soalan diatas dijawab oleh Dr Juanda Jaya sendiri katanya,
jasad manusia adalah sementara, ditumpangkan olehnya roh. Allah meniupkan roh kedalam
jasad manusia sejak dalam kandungan lagi, oleh sebab itu pada hari ini kita
dapat merasai nikmat pemberian Allah.
Katanya lagi, jasad dikenderai oleh roh. Yang akan dinilai
diakhirat kelak adalah amalan jasadnya bukan jasad seseorang itu. Maksudnya disini
yang akan dihisab adalah amal soleh seseorang itu. Jika baik amalnya maka
syurga tempatnya, jika sebaliknya neraka lebih layak untuknya. Seperkara lagi,
kita kene ingat membantu manusia adalah amalan mulia para Nabi, para sahabat
dan para ulama yang terdahulu.
Kesimpulannya.
Secara Ringkas
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Jika seseorang meninggal
dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah
jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”. Hadith Riwayat Muslim
Dr Juanda Jaya membuat kesimpulan akhir, membantu manusia
yang kesusahan adalah salah satu amal soleh dan amal jariah yang akan dihisab
diakhirat kelak. Kata ulama membantu manusia itu dianggap amal soleh yang
berterusan. Ini adalah kebaikan yang dijanjikan oleh Allah, kebaikan yang
berterusan. Insha-Allah
Firman Allah “Barang siapa yang menghidupkan satu nyawa,
maka dia seolah-olah telah menghidupkan jiwa manusia seluruhnya…”
Waallahu Taala A’lam.
Sekian dari saya..
Selesai saja bicara Derma Organ dalam Perspektif Islam. Alhamdulillah dalam hal ini, saya merujuk pada yang lebih pakar iaitu Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Jika saudara/ri ada persoalan, maka saya sedia menjawab. InshaAllah dengan ilmu yang saya pelajari amatlah rugi jika tidak berkongsi bersama.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk lagi jahil dari diri saya sendiri. Jika ada kesalahan yang tampak jelas, mohon ditegur kerana saya juga masih belajar. Waallahu taala a'lam .
Dari Anas Bin Malik Katanya:Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak sempurna Iman seseorang
Kamu sehinggalah dia mencintai diriKu lebih dari kecintaannya kepada
anaknya,bapanya dan sekalian manusia".(H.R Bukhari&Muslim)
Saturday, 17 November 2012
SMS : HUKUM BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MAHRAM
Bismillah
Sedang aku sibuk mencari pakaian untuk dibeli, aku mendapat
SMS dari kawan aku. Disebabkan terlalu sibuk mencari, aku tidak endahkan. Bagi
aku mungkin tidak penting. Lagipun tidak
berapa manis jika bermain SMS bila keluar dengan keluarga tercinta.
SMS masuk dari kawan aku, namanya Amalina (bukan nama
sebenar).
“Salam Asyraf. Nak
Tanya boleh?”
Aku balas SMSnya…
“Waalaikumsalam. Tanya
apa?”.
SMS masuk dari Amalina lagi berbentuk soalan…
“Boleh ke kalau lelaki
dengan perempuan salam? I mean , kalau like prime minister nak salam kita, dia
hulur tangan dekat kita. Boleh ke kita sambut?”
Aku balas SMS…
“Ada dua pendapat.
Pendapat pertama kalau pegang tanpa nafsu tidak berdosa. Kedua, walaupun pegang
tanpa ada sebab tetap berdosa. Yang pertama ada hujah tapi yang penting jangan
hulur tangan dulu. Siapa yang hulur dia berdosa. Sebenarnya banyak lagi
pendapat, aku Cuma ambil dua pendapat ini.”
SMS masuk dari Amalina…
“Hmm. Aku kene hentam
habis-habis semalam dan hari ni sebab itu lah. Sumpah sedih.”
Aku balas SMS…
“Okey. Macam ini laa.
Jangan sedeh. Aku tak boleh bagi hokum tapi apa yang aku tahu aku sampaikan.
Pertama kau tak berdosa sebab bukan kau hulurkan tangan terlebih dahulu. Kedua,
kau salam tanpa bernafsu. Ketiga, kau mesti nak jaga air muka dia, itu yang kau
salam dan kau takde niat nak salam kan.
Apapun bagi aku, kau still bersalah kalau ikut pendapat kedua.
Walaubagaimanapun islam tetap melarang . memohon taubat dari Allah jalan terbaik.”
Beberapa minit. Amalina membalas SMS aku…
“Asyraf. Aku tak salam
lah. Sebab itu aku kene hentam semalam”.
Aku balas SMS…
“Alhamd. Aku ingat kau
salam. Kalau macam itu orang yang hentam kau mungkin jahil bab agama. Tidak
pelihara diri hanya untuk yang halal. Haha tak bagitahu awal-awal. Apelah kau.”
*malu
SMS masuk dari Amalina…
“Kalau aku salam. Aku
takkan message kau. Hmm aku dan member aku saja tak salam menteri tu, yang lain
semua salam. Kiteorang just tunduk. Lepas itu timbalan naib canselor kiteorang
cakap “be professional” . Dia macam hentam aku dan member aku ni. Entahlah
weyh. Ada yang cakap kene sambut sebab nak jaga maruah dia. Maruah dia jelah
nak jaga, habis maruah aku? sumpah sedih gila tapi aku faham. **** ini bukan
macam UIA . nak taknak kene mengadap juga benda macam ini.”
Aku balas SMS nya…
“Oh yeke. Haha Mana tahu kau tanya pendapat aku ke.. FYI kat
kat arab pun pernah berlaku kes macam tuh la. Bukan **** je tahu . Kat sana nak
jaga hati ratu, ada ulama salam, isu dibincangkan. Menjadi khilaf antara ulama,
mereka berbincang berpandukan Alquran dan hadis serta ijmak antara ulama.
Akhirnya Hukumnya harus sebab tidak bernafsu. Tapi kene ingat ada hadith dari
aisyah diriwayatkan berkata Nabi SAW tidak pernah bersentuhan dengan wanita
bukan mhrm. Apa yang kau buat betul. Aku sokong.”
Ibu sudah melelapkan matanya , mungkin penat ber’shopping’.
Begitu juga dengan ayah aku yang sedang lena dibuai mimpi, mungkin penat me’neman’.
Aku
dan adik beradik lain baring atas katil sambil tengok cerita Hindustan. SMS
masuk dari Amalina…
“Hmm. Tengs Asyraf.
Aku taktahu nak mengadu kat sapa lagi. Ada akak ni dari shah alam pun cakap
jangan risau sebab ini semua hak kita
sendiri. Orang itu tak perlu nak persoalkan. Tapi benda ni macam dah tersebar
tau. Kiranya dorang anggap salam tanpa nafsu tak dosa. Huh. Tapi aku tetap
dengan pendirian aku.”
Aku balas SMS…
“Haha Aku rasa aku pun
pernah buat macam itu dulu masa kat sekolah menengah. Masa ambil hadiah, aku
just tunduk dan aku tak salam.
Alhamdulillah member belakang pun ikut
aku tak salam juga dan pengetua pun
fikir dua kali nak salam ke tak. Yelakan. Kalau kita tak mulakan, siapa yang
nak mulakan.”
SMS masuk dari Amalina…
“Hmm. Tau. Tapi tula.
Kalau orang tak faham hukum sebenar susah jga. Btw . tengss k. Kau tolong
explain kan kat aku. takdelah aku rasa down sangat. Tengss again friend :D”
Aku akhirnya SMS kami…
“Apa yang aku tahu aku
sampaikan. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk jahil itu dari diri aku
sendiri . Sama-sama. Assalamualaikum”
Aku terus lelapkan mata . Penat ber‘shopping’ .
*****
Mari kita mencakar MINDA.
HUKUM BERSENTUH DGN BUKAN MAHRAM
1. Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit/bersalam
dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak
harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam
kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang
terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu
menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya
bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman
daripada fitnah.Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak
memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim. Bagaimanapun, majoriti
ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan
di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Wallahu a'alam.
2.Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan
yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:
Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah
r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap
beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun
dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya:
"Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat
Bukhari)
Keterangan:
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul
Bari berkata: "Maksud
ucapan Rasulullah s.a.w.: "Benar-benar telah bai'at kamu dengan
ucapan." adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana
yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu
bai'ah dijalankan.
Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a.
berkata: "Rasulullah
s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam
pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)
Keterangan:
Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama
perempuan ketika bertemu.
3. Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan
itu ialah bersentuhan (al-massu)..."
4. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram
Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah
mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang
perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:
“Hai Nabi, apabila
datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia
bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan
berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka
ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam
urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)
Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini.
Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar
telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”,
kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak
menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah
dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR
al-Bukhari)
Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah
s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki
(isterinya). (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat
tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).
Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah,
katanya: “Saya pernah datang kepada
Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam.
Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya
kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan
berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami
ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam
urusan yang baik.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing
mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia
kepadamu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku
kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR
Malik & Nasa’i)
Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala
salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik
baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan
mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam
bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah
memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina
tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan
sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)”
(HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia
keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).”
(HR At-Tirmizi)
Waallahu Alam..
Sumber: Internet
p/s:
Anak pak ali jumpa Aweknya
maria,
Berdua-duaan berpegang tangan,
Lupa Dosa dan juga Pahala,
Nanti mati tak sempat taubat,
NERAKA jawabnya.
Andai kita masih bernyawa,
Jika hati ingin berubah, Jangan
Kita lengah-lengahkan.
Cepat berubah, Kerana
Allah itu maha pengampun.
Segala dosa Hambanya ,
Yang ingin berHijrah,
Kearah kebaikan.
Insha Allah
Salam Ma’al Hijrah 1434H dari saya sekeluarga.
p/s2:
Kalau anda masih tidak memahami atau masih tidak mengerti bolehlah tanya saya di twitter @asyrafmuda ataupun anda boleh tanya saya di ask.fm ask.fm Soal Asyraf . Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk lagi jahil datang dari diri saya sendiri . Bismillah. Wallahu alam. Allahumma Amen.
My Name is Asyraf Muda
Salam Ma'al Hijrah 1434H
Mari Kita BerHijrah Kearah Kebaikan
Insha Allah
p/s : berada di Pulau Melaka, Kelantan. Bersiap untuk solat maghrib di Masjid Tuan Guru Nik Aziz.
Dawah Project : Let's Spread The Message
Friday, 9 November 2012
Kau MakmumKu dan Aku ImamMu [Ep 3]
Setelah mereka
berbincang, akhirnya mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga
masing-masing. Walaupun terlalu awal bagi mereka tetapi sebelum apa-apa perkara
yang tidak diingini berlaku lebih baik mereka bersatu. Ada yang memberi
cadangan supaya tidak perlu terburu-buru, ada juga yang menyokong mereka.
Mereka mengetahui bahawa mereka terlibat dengan dosa zina, zina mata , zina
mulut dan termasuk zina hati. Jika ia berterusan, mereka akan mencipta kasih
dineraka Jahanam. Ashraf - dua kali solat ikhtikarah menyata hasratnya untuk
menjadikan farysa sebagai teman hidupnya. Satu sebelum membuat keputusan dan kali
kedua semasa memberi keputusan.
Alhamdulillah mereka tekad, mereka yakin bahawa Allah
ciptakan mereka untuk bersama. Terbukti apabila Ashraf dalam sujudnya ternampak
bayangan dia, farysa dan anaknya sedang bermain diruang tamu rumahnya. Hubungan
yang indah adalah hubungan yang rapat pada Allah. Yang menjadikan Allah sebagai
khalik untuk mereka terus bersama. Mereka bercinta kerana Cintakan Allah. Jika
hilangnya cinta pada Allah, maka hilanglah cinta mereka. Cinta itu sungguh
Indah.
Keputusan telah dibuat setelah memohon pertolongan Allah,
pendapat sahabat karib, dan juga pandangan beberapa ustaz dan ustazah. Dan “Aku
terima Nikahnya”…
*****
Sebuah rumah teres dua tingkat berdepan dengan jalan raya,
mereka tinggal bersama. Hidup sederhana, tetapi cinta mereka terus mekar setiap
kali mereka bertentang mata.. Indahnya Hidup bercinta. Indahnya Hidup
bersyariat.
Farysa : Abang! ini kopi yang abang minta?
Asyraf : Allah *menyapu muka
Farysa : Aih bang, termenung jauh nampak?
Ashraf : takdelah sayang..
Cinta itu bermula dengan senyuman, hadirnya kasih dan
sayang. Kerana senyuman itu sedekah, menjadi barokah yang berterusan. Zauj dan
zaujan ditakdirkan bersama untuk mencapai cinta syurga.
*****
“Kahwin bukanlah suatu permainan. Apabila sudah sah
bernikah, boleh main cerai-cerai. TIDAK! Kahwin merupakan suatu tanggungjawab.
Tanggungjawab antara dua pihak, baik laki-laki mahupun perempuan. Allah suka
hambanya berkahwin dan Allah benci hambanya bercerai. Oleh itu pesan saya,
jangan anggap perkahwinan itu permainan tetapi anggaplah suatu tanggungjawab
yang diberikan untuk kalian sentiasa bersama dalam mencapai syurga Allah,
InshaAllah.” kata prof. madya ustaz Attar bin Syafie kepada kami yang meminta
pandangannya mengenai perkahwinan. Alhamdulillah beliau tidak menghalang malah
memberi semangat kepada kami untuk terus bernikah. Katanya lagi “Saya dulu pun,
kahwin awal, tahun akhir diploma.”. Bilik kecil itu menjadi ceria dengan gelak ketawa kami.
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa diantara remaja berkahwin
dalam usia muda, maka menangis lah syaitan.” (HR. Ibnu ‘Addi)
Aliyah : Haih Asyraf, senyum semacam nampak? Ada apa-apa ke
?
Asyraf : Laa. Senyum kan sedekah, salah ye?
Aliyah : tak salah , cuma.. yelakan. Bakal isteri depan
mata.
Asyraf : dah! dah! ke situ pula dia. *senyum manis
Sedang mereka sibuk membincang perancangan untuk
berkahwin..Aliyah mengajukan soalan kepada Ashraf. Farysa memandang.
Aliyah : Kau dah sedia ke?
Ashraf : hmm InshaAllah. Aku dah sedia. cuma .. cuma..
Aliyah : Cuma apa!! *nada tengking.
Ashraf : Cuma aku takut farysa tak sedia..
Farysa yang menundukkan wajahnya, pipinya kemerahan seperti
Rasulullah memanggil isterinya, Aishah dengan gelaran humairah yang bermaksud
pipi kemerahan. Diusik lagi oleh Aliyah, sehingga malu dibuatnya. Kata Aliyah
“orang dulu ada kata, malu tanda setuju”..
*****
Hujan lebat, sangat lebat. Angin bertiup kuat. Cuaca diluar
gelap, bukan disebabkan hujan tetapi tanda sudah lewat malam. Dalam bilik, di
atas katil. Mereka ...
Ashraf : Sayang ingat lagi tak? *menyelak rambut isterinya
ke belakang.
Farysa : kalau abang tak bagitahu macamana sayang nak ingat?
Ashraf : Ala., yang first time abang telefon umi sayang..
Farysa yang mula ingat kembali ketawa kecil, mana tidaknya,
semasa Ashraf telefon ibunya, dia mengigil. Percakapannya pun gagap. Masa tu
farysa ada bersamanya. *Setelah penat mereka bergurau senda, sehinggalah Ashraf
bangun dari katil. Tutup lampu..
*****
Mereka membuat keputusan untuk memberitahu keluarga
masing-masing. Ashraf sudah bercakap dengan keluarganya. Alhamdulillah walaupun
mulanya ditentang, tetapi bila dipujuk beberapa kali akhirnya mereka setuju.
BUkan senang untuk memujuk mereka. Ashraf terpaksa menunjukkan dia sudah
bersedia, sudah matang untuk menjadi seorang anak dan suami yang
bertanggungjawab; kerana perkahwinan itu merupakan suatu tanggungjawab yang
berat. Yela sebagai orang muda, kita hanya berhujah berdasarkan teori tetapi
ibubapa berhujah berdasarkan pengalaman dan pengalaman mengajar kita erti
kehidupan. Apa sahaja syarat yang diletakkan, Ashraf menuruti dengan tenang.
Kata ulama terdahulu “Seorang yang jiwanya besar, apa saja
halangan mahupun masalah yang datang, dia dapat hadapinya dengan tenang”.
Farysa juga sudah berbincang dengan ibunya. Dia mendapat
tentangan hebat. Walaupun sudah dipujuk beberapa kali tetap tidak diendahkan.
Bukan ibunya menolak niat Farysa untuk kahwin awal tetapi dia ingin melihat
anaknya berjaya kerana Farysa merupakan satu-satunya anak kesayangannya. Mana
ada ibu tidak sayang pada anaknya. Dalam masa yang sama, Dia juga ingin melihat
kebahagian dimata farysa. Setelah beberapa hari, Entah mengapa pintu hati ibunya
terbuka untuk mengenali lelaki yang diceritakan oleh Farysa. Perkara ini
disembunyikan daripada suaminya, ayah Farysa. Dia mencapai telefon bimbit..
Farysa : Assalamualaikum umi, ada apa telefon esha?
Umi : Waalaikumsalam. Umi rindu esha..
Farysa : esha pun rindu umi. Rindu sangat.
Umi : ni umi nak cakap sikit.. betul ke esha sedia nak
berlaki? Esha masih belajar tau?
Farysa : InshaAllah umi, Allah sentiasa bersama esha. Esha
sedia.
Umi : tapi esha ..
Farysa : Umi, Hnya Allah saja tahu perasan esha pada dia,
Allah sebagai khalik antara kami berdua. Esha cinta dia kerana agama padanya,
jika hilang agama padanya maka hilanglah cinta esha. Umi, percayalah. Esha diciptakan
untuk dia. Bersama dia mencapai syurga yang dijanjikan Allah.
Ibunya mengakhiri dengan ucapan salam. Air mata seorang ibu mengalir ke
pipi akhirnya jatuh ke bumi, dia menangis bukan kerana anaknya melawan kata
tetapi Kerana anaknya menemui cinta sebenar. Cinta yang mengenal tuhan.
“Redha Allah terletak pada redha ibubapa dan murka Allah
terletak pada murka ibubapa” (Hadith riwayat At-Tirmidzi)
Farysa juga menangis. Menahan sebak di dada. Air matanya mengalir, dia mengambil kain mengesat air mata yang membasahi pipi. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu dia patut bersedih ataupun gembira. Alhamdulillah syukur hadrat Illahi, dia tahu ibunya pasti merestui niatnya untuk bernikah. Itulah yang dikatakan tangisan kegembiraan. Walau bagaimanapun ada syaratnya….
Sunday, 4 November 2012
MIMPI ATAU REALITI : Bolehkah kita percaya pada mimpi?
Saya mendapat panggilan daripada rakan masjid, katanya ingin menjemput
saya untuk memberi ceramah maghrib memandangkan ustaz yang patut memberi
ceramah tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Sebenarnya agak keberatan kerana
esok saya ada presentation projek pembangunan rumah rakyat. Beliau tidak
memaksa, terpulang kepada saya. Bila bincang bersama isteri, dia pun dah lama
tak dengar saya berceramah dan meluangkan masa dimasjid As Syahkir.
Alhamdulillah saya terima.
“Sayang, cepatlah sikit siap.
kita nak ke masjid bukan ke pasar raya pun.” Jerit manja memanggil isteri
tersayang.
Azan berkumandang bermakna telah masuknya waktu maghrib. Setelah
beberapa minit, Iqamat pula dilaungkan oleh bilal sementara masjid- Akmar. Diimamkan
oleh Imam masjid 1- Ust. Radhi Nurhisyam dan diakhiri dengan bacaan doa yang
diaminkan oleh puluhan makmum.
“Tuan dan puan, pada hari ini
kita ada penceramah istimewa dan dia juga merupakan sahabat saya semasa di universiti
dulu” Kata Akmar yang sekarang bekerja dibawah syarikat milik ayahnya.
Saya diberikan kerusi dan
microphone. Teringat kali terakhir pegang microphone semasa memberi ceramah bertajuk
“Couple Islamik” kepada mahasiswa dan mahasiswi di IPT kerajaan.
“Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, Apa khabar? Saya berharap tuan dan
puan dalam keadaan yang sihat ye, Al-maklumlah cuaca sekrang makin hari makin menjadi
jerebunya. Sebenarnya semalam saya mendapat panggilan dari tuan Akmar sahabat
saya, untuk memberi ceramah malam ini. Syukur Alhamdulillah Allah izinkan kita
untuk berkumpul bersama-sama menuntut mencari ilmu, InshaAllah”
“InshaAllah malam ini kita akan
membincang persoalan yang ada dan saya akan cuba menjawab berdasarkan ilmu yang
saya pelajari. Ada soalan?” Ust. Radhi Nurhisyam memberi saya beberapa helai
kertas. Soalan yang diajukan
“Bolehkah kita percaya pada
mimpi?”
Bismillah.. Terima kasih kepada
yang bertanya. Oleh kerana soalannya ringkas, maka jawapan saya pun ringkas
jugalah..
Pertama sekali saya ingin
katakan adalah teruskan lah bermimpi kerana mimpi itu merupakan anugerah
Allah,dan jangan lupa bahawa mimpi itu boleh jadi mainan syaitan. Jika kita
bermimpi perkara yang baik inshaAllah ia datang daripada Allah, andai
sebaliknya seperti mimpi yang menakutkan, ngeri dan kotor itu mungkin datang
daripada syaitan yang ingin menganggu anak adam.
Saya teringat sahabat saya
pernah menceritakan mimpinya, InshaAllah saya akan berkongsi dengan para
hadirin dan hadirat yang hadir pada malam ini. Beliau bercerita dalam mimpinya,
dia sedang berjalan menghampiri seorang wanita yang terdedah auratnya. Pada
mulanya, memanglah pelik apabila seseorang yang tidak dikenali menegur kita.
Dia berkata kepada wanita itu “Kenapa kamu tidak menutup aurat, tidakkah kamu
berasa sedih?” . Dengan bangga wanita itu menjawab “Kau siapa nak nasihat aku,
sukahati aku lah badan aku bukan badan kau dan kenapa aku nak berasa sedih
pula”.
Lelaki itu berkata lagi “Kamu
tidak mahu masuk syurga ke?”. Dengan pantas “Orang gila mana yang tak nak masuk
syurga!” .
“Adakah kamu sudah membuat
sebarang persiapan untuk ke syurga?” Tanya si lelaki . Wanita itu terdiam
seketika. Dia berkata “Belum dapat hidayah lagi, nanti aku tua taubatlah apa
susah, Allah kan maha pengam…” sebelum sempat menjawab lelaki itu mencelah “tetapi
bagaimana jika kamu tidak sempat tua dah mati, sempatkah bertaubat?”.
Wanita itu tidak tahu apa lagi
ingin menjawab, setiap jawapan lelaki itu pasti mencelah.Tunduk seakan
memikirkan jawapan untuk memenangkan apa yang terbukti salah. Dengan suara yang
agak kasar “Bukan kau yang tentukan hidup mati aku kan?”. “Ya, betul bukan saya
yang tentukan tetapi Allah, Jika Dia kata kun fayakun maka jadilah ia, akan
terjadi, begitu juga dengan kamu, jika Dia ingin kamu mati , kamu akan mati”. Dengan
mudah lelaki itu mematahkan soalan wanita tersebut.
Lelaki itu bertanya “Tidakkah
kamu berasa sedih pada ibubapamu, adakah kamu tidak lagi menyayangi mereka,
jawab pertanyaan saya dengan jujur?”. Menjawab dengan nada perlahan “ibu yang
melahirkan, ayah yang menjaga makan dan minum sejak aku masih kecil, mestilah
aku menyayangi mereka, tetapi kenapa harus bersedih pula?”
“Tidakkah kamu kesian melihat
ayah dan ibumu diseksa diakhirat kelak, kamu kata kamu amat menyintai mereka
tetapi cinta kamu hanya mengheret mereka ke neraka. Adakah itu tanda kamu
menyayangi mereka? Tidak. Kamu tahu mengapa? Kerana mereka gagal mendidikmu
dengan agama yang cukup. Mungkin mereka memberi didikan agama tetapi kamu masih
tetap tidak menutup aurat. IbuBapa kamu terseksa. Adakah itu tanda kamu sayang
mereka, cinta mereka. Kamu telah membuat kesilapan besar kerana membuatkan
mereka diseksa teruk. Allahu Rabbi. Kesianlah pada ibumu, kesianlah pada
ayahmu. Aku tidak paksa kamu menutup aurat tetapi kesianlah kamu terhadap
ibubapa yang menjagamu sewaktu kamu masih telanjang bulat sehingga kamu dewasa.
Sebab kamu, ayahmu yang mungkin hanya selangkah ke syurga jatuh dari sidratul
muntaha kerana gagal mendidikmu dalam hal agama.”
Dalam diam-diam ,wanita itu
menangis. Air matanya jatuh mencecah ke bumi. Dia berkata “Ya Allah,
sesungguhnya aku banyak melakukan dosa, Ya Allah ampunilah aku .” Lelaki itu
berkata “Setiap anak adam itu tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, tetapi
sebaik-baik pelaku dosa adalah memohon taubat daripada-NYA”. Sambungnya lagi
“Jika kamu sayang keluarga, taatilah perintah Allah dan jauhilah larangannya
kerana Nabi SAW pernah menyebut wanita paling senang masuk syurga tetapi wanita
paling banyak masuk neraka”.
Alhamdulillah, sekian saja kisah
mimpi sahabat saya itu. Mungkin ada yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan
hadith Nabi SAW “Wanita paling senang masuk syurga” dan “wanita paling banyak
masuk neraka”. Kalau lelaki tahu tentang rahsia betapa senangnya wanita masuk
syurga, rasanya ada yang lelaki sanggup tukar jantina. Hehe .
Apa Nabi SAW kata “Wanita itu,
jika solatnya penuh lima waktu sehari semalam, jika puasa dibulan ramadan,
menjaga maruah diri dan mentaati suaminya , dan masuklah mana-mana pintu syurga
tuhanMU”. SubhaAllah .Bagi wanita yang belum berkahwin, taatilah ibubapa
kalian.
Wanita tak wajib berkerja, tak
berdosa tetapi kalau lelaki tak berkerja, tak mencari nafkah untuk isteri dan
anak-anak, berdoo !! jawablah sendiri .Bagaimana tuan-tuan semua? Apa
perancangan anda? Ehem..ehem.. saya
bergurau. Rasanya masa amat mencemburui kita. Sebelum saya akhiri, mimpi
sahabat saya tadi mungkin ada kebaikannya kerana dia bermimpi berdakwah semasa
tidur. Alhamdulillah. Hebatkan anugerah Allah. Soalan Bolehkah kita percaya
pada mimpi? Sebenarnya hal ini menjadi khilaf antara ulama. ada sebahagian ulama mengharuskan percaya selagi mimpi itu tidak mendatang perkara yang memudaratkan
atau perkara buruk. InshaALLAH dan sebahagian lagi mengatakan tidak boleh langsung. Bolehkah kita menjadi mimpi itu sebagai panduan? tak boleh sebab Al-quran dan sunnah adalah panduan kita.
Yang baik itu datangnya daripada
Allah, yang buruk, hina lagi jahil itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Assalamualaikum wbt.
“Dijemput penceramah dan para
Jemaah ke dewan, ada juadah sedikit dari pihak masjid As- Syahkir” Kata Akmar
sambil menarik tangan saya ke dewan makan.
Selesai makan, saya bersalaman
dengan Jemaah masjid untuk mengundur diri. Melangkah keluar dari masjid As
Syahkir. Menghidupkan enjin kereta Honda Accord kepunyaannya. Sunnah Nabi SAW
baca doa kenderaan. Kereta auto itu mula bergerak perlahan.. Tiba-tiba “Ya
ALLAH, bini aku tertinggal !!” tepuk dahi.
(“Bang! Bang ! Ya Allah,
tertidur dia. Dah sejuk kopi yang abang minta tadi.” Suara isteri saya
mengejutkan. Saya tertidur rupanya. “SubhanALLAH, hebatnya anugerah Allah ini”
bisik hati.
“Abang, jom masuk tidur. Dah
lewat malam ni?” isteri saya mengajak tidur bersama .
(“ASHRAF ! BANGUN !” kejut Amir apabila
masuknya waktu subuh. ‘Laptop’ didepan mata masih menyala. Entry blog untuk
minggu ini belum bermula. Baru ‘ditulis’ didalam mimpi . Alhamdulillah. Kolej
dengan masjid berdepan, kami bersiap dan solat Jemaah di masjid . Selesai solat
saya cerita pada Amir mengenai mimpi saya “Weh Amir, Aku jadi Ustaz!” .
p/s : Jika ada salah silap, tegurlah kerana saya juga masih belajar . Entry berbentuk ceramah berlainan sedikit dengan entry cerpen . Lebih matang dan lebih santai untuk pembaca untuk memahami. InshaALLAH. "tanya hati, iman okey?"
Subscribe to:
Posts (Atom)