Thursday, 30 August 2012

Reminder : Aku jahat, Aku banyak buat DOSA !


Aku jahat , aku banyak buat dosa . Adakah Allah masih ampunkan dosa aku walaupun aku masih jahil ? jawapan terletak pada diri kita. Allah telah berfirman "Aku tidak akan merubah sesuatu kaum kecuali dirinya niat untuk berubah" (surah Ar-Rad:11). Berdoalah pada Allah sesungguhnya dia maha pendengar ! Allah berfirman lagi "Jika kau memohon keampunan dengan sebenar-benar keampunan nescaya aku akan ampunkan" . See semuanya terletak pada diri kita, nak atau tidak. Surah Alfatihah ayat 6-7 "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat".