Pages

Monday 29 October 2012

Tuhan Penulis Skrip..


Attar Seorang Pelakon - Cara Nak Bangun Pagi (Subuh)



Subuh



Kehidupan yang aku lalui sekarang tidak ubah seperti filem atau cerita pendek yang
berada di kaca televisyen. Seakan aku lah pelakon dan aku jugalah pengarah. Dulu
aku masih kecil, impian setinggi gunung ingin menjadi seorang pelakon.Anugerah Pelakon Popular menjadi harapan setelah melihat artis yang mendapat anugerah itu ramai peminat. Usia makin meningkat -misai, janggut, bulu uri turut tumbuh membuktikan aku sudah dewasa. bila usia meningkat, pemikiran mulai matang. Akhirnya aku sedar yang selama ini Aku tertipu dengan budaya artis yang melampau sehingga mengetepikan agama .Mungkin tak semua. Kalau dulu aku ingin menjadi pelakon dan menginginkan anugerah Pelakon Popular, sekarang tidak lagi.

Allah telah tetapkan takdir kita, dan Allah juga telah tentukan takdir kita. Dialah yang menulis skrip cerita kehidupan kita dan dia juga yang merakam gerak-geri kita untuk difilemkan dimakhamah pengadilan nanti. 

Aku hanyalah seorang pelakon, dan juga pengarah. Mengarah pelakon agar berlakon. Biarlah aku menjadi pelakon yang mengikut skrip ditetapkan.


1 2 3 Action!!!


Jam tepat 5.25 pagi ,berbunyi . Kuat . Terlalu kuat sehingga menganggu kelenaan Attar. Disebabkan bunyi jam loceng yang bising, Attar terpaksa turun dari katil untuk mematikan jam locengnya. Dalam keadaan mengeliat, mengangat dua belah tangan keatas sambil menguap . 

Azan subuh berkumandang. Kolej dan masjid berdepan . Laungan indah itu sangat jelas singgah ditelinga Attar. Mengharapkan teman sebilik, mereka belajar lewat malam, Memang jawabnya tak bangun kalau tak dikejut. Almaklumlah budak universiti, waktu subuh adalah antara waktu yang paling susah nak bangun.

"Hamka, Ali , Saiful , bangun! solat !" pekik Attar yang sedang bersiap untuk ke masjid. 
Attar - berbaju melayu, berkain pelikat, dipadankan dengan memakai songkok.  

Pekikan Attar tidak dihiraukan oleh teman sebiliknya. Kedengaran iqamat oleh bilal, Attar meninggalkan mereka dan bergerak laju ke rumah Allah untuk menjawab panggilan Tuhannya . Pagi Jumaat. Tok Imam membaca surah as sajadah dan melakukan sujud sajdah. Tahiyat awal tahiyat akhir , salam diberi , tangan menadah doa dan diaminkan oleh lima orang makmum termasuk Attar.


1 2 3 Cut !!!


Menurut kajian, hampir 80 peratus penduduk kolej lelaki yang tidak solat subuh, termasuklah mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja. Sehinggakan ada seorang ustaz pernah menyoal pelajar lelaki di IPTA yang hampir 100 orang yang hanya solat subuh 8 hingga 9 orang sahaja, dimanakah yang lain? Disini  Attar akan memberi tips bagaimana nak bangun subuh ataupun bangun pagi? 


1 2 3 Action!!!


Attar seorang pelajar biasa, tiada beza dengan pelajar lain. bila pergi kelas dia pergi , bila ada aktiviti dia pergi.tetapi apa yang membuatkan dia boleh bangun pagi untuk menunaikan kewajibannya sebagai seorang islam ?

INIlah CARAnya ...

1. Muhasabah diri .
- Ingat Mati dan Kebesaran Allah S.W.T .

2. Niat.
- Setiap amalan kita bermula dengan niat. Pasangkan niat kita untuk bangun subuh bagi memudahkan mindset kita untuk bangun subuh. Contohnya "Ya Allah, aku ingin bangun esok pagi dengan izinMU"

3. Set Alarm.
- kalau susah nak bangun jangan lupa set jam loceng atau jam handphone. lagipun ini lagi memudahkan kita untuk bangun. Perhatian, jangan letakkan jam loceng berdekatan dengan kita . Yelah, bila jam berbunyi korang mesti tekan butang snooze kan. So letakkan jauh sedikit.

4. Bangun setelah terjaga daripada tidur .
- Maksudnya bila kita dah terjaga daripada tidur terus bangun jangan baring-baring nanti tertidur lagi. Contohnya jam loceng berbunyi dan kamu terjaga, tangan korang yang gatal mencapai jam loceng and matikan. And akhirnya kamu terus dibuai mimpi . Disebabkan itu, letakkan jauh sedikit agar kita boleh bergerak untuk mematikan seperti cerita Attar diatas . Bila terjaga terus bangun, jangan baring nanti ada yang menghasut.

5. Lawan bisikan syaitan dengan banyakan berdoa.
- Kuatkan semangat kita melawan bisikan syaitan yang menhasut kita dengan banyakkan berdoa kepada Allah. Lawan syaitan dengan kekuatan hati kita. Remember Allah, pray to him. 
InshaAllah boleh. Malaysia Boleh , Korang pun boleh !


1 2 3 Cut!!

Set Off


Director: Finish!!
Ashraf  : Sorry tuan director, its not end yet...
Director: Say what !!..


1 2 3 Action!!


Attar balik bilik, beri salam tiada menjawab, melihat teman sebilik masih terbongkang tidur .Terfikir satu alternatif, Buka laptop pasang speaker , lagu selimut putih "Bila izrail datang memanggil , jasad terkujur dipembaringan.." kuat. Seram sejuk jadinya . Bukan saja orang dalam bilik terkejut terus terbangun, orang bilik sebelah menjerit "Oii!!" . jawab Attar dalam hati "Alhamdulillah" , melihat teman sebiliknya menunaikan kewajipan mereka .


1 2 3 Cut!! 


END


No comments:

Post a Comment