Sunday, 21 October 2012

GELAP

Gelap..
                                                               

"Aku kat mana?"

"Kenapa Gelap?"

"Aku tak nampak apa-apa?"..

"Aku kat mana?"

Puas menjerit puas melalak, tetapi suara yang dilontar akhirnya 
kembali pada diri sendiri . Penat.

Dalam gelap, Amir terus berjalan. Sunyi. Hanya kedengaran langkah tapak
kakinya. Walaupun tiada arah tuju. Amir teruskan perjalanan.

Teruskan perjalanan tidak memandang kearah belakang.Bukan Takut.

Suasana gelap menjadi lebih seram...Perasaan tidak sedap hati mula hadir dihatinya.
Amir mulakan dengan bacaan zikir. ZikiruAllah. Teringat pesan ustaz, "Jika kita
merasa ada sesuatu benda yang tak baik, banyakkan zikir kepada Allah".

AstaghfiruAllah (Ya Allah, Ampunila aku)

SubhanaAllah (maha suci Allah)

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah)

Allahu Akhbar (Allah maha Besar)


Setiap langkah, bibir amir hanya dibasahi dengan zikiruAllah.Suaranya lebih kuat
daripada bunyi tapak kakinya. 

Fikiran Amir masih bercelaru, dimana dia berada? dah lah gelap. Sunyi pula. Tanpa
disedari, makin jauh perjalanannya. 

"Ya Allah, apa tuh!?" terkejut, badan mengeletar,terus pusing, lari. laju. sepantas harimau bintang mengejar mangsa.

Lari. Pandang belakang. Jangan HARAP. tak takut cuma terkejut. "ALLAH, ALLAH, ALLAH". teruskan berlari.

Desiran air mula dirasai oleh Amir. Ya seperti air sungai yang mengalir kecil. Dia masih berlari. 

Berlari untuk pergi dari gelap. Nyah kau Gelap. Aku perlukan cahaya. Nur. bukan kegelapan.

Pandang belakang. Jangan Harap. teruskan berlari...

Cahaya. "Ya Allah, aku nampak cahaya, aku nampak cahaya.." berlari lagi laju.

"Sedikit lagi. Aku akan capai cahaya. cahaya itu milik aku. sedikit lagi...."

Kakinya tersadung, kelapa terhentak. Bulatan cahaya hanya sejengkal.. Hilang..

Amir jatuh .. kabur pandangan..

pengsan .. 

berpeluh.. basah ..


***************

"Amir! Amir! Bangun! Subuh!" jerit Ashraf, rakan sebiliknya.

TRING....(bunyi handphone)

Ashraf dapat mesej dari Farysa..

    "Saya dah bangun, terima kasih."


Amir : "ALLAH jadikan aku cukup sifat. Aku tak buta. Alhamdulillah"


p/s Nyah kau gelap. Aku tak perlukan kau. Aku perlukan Cahaya. Nur Islam.